APA ITU MIANG KHAM?

Bahan utama untuk Miang Kham

Akhirnya selepas misi mencari Miang Kham tercapai. Liez dapat info pun dari sahabat. Rupanya orang yang menjual Miang Kham ini adalah orang kelantan yang datang ke Giant Batu Caves setiap bulan untuk menjual barangan dari negara jiran Thailand. Liez minta tolong ayah Liez untuk collect Miang Kham tu.

Miang Kham adalah makanan ringan atau snek bagi orang Thailand dan Laos. Ia diperkenalkan di Mahkamah Thailand King Rama oleh Permaisuri Dara Rasamee. Miang Kham kalau di terjemahkan bermaksud " One bite wrap" dari perkataan Miang (makanan yang dibalut daun) dan Kham bermaksud " one bite".


 Sebenarnya Liez beli 3 pek. Satu pek dah makan pukul 1 pagi

Bahan utama untuk Miang Kham


Maing Kham menggunakan daun kaduk yang diisi dengan beberapa bahan sampingan seperti
1. Bawang kecil yang dipotong dadu
2. Cili padi yang dipotong kecil
3. Halia yang dipotong dadu
4. Limau nipis yang dipotong dadu bersama kulit sekali
5. Udang kering
6. Kacang tanah atau gajus 
7. Kelapa yang diparut kasar dan disangai
8. Sos Miang Kham

Liez jatuh cinta dengan Miang Kham sejak kali pertama mencuba nya di Food Festival di TTDI 2 tahun yang lalu.

Cuma sekarang masih mencari Vietnam Spring Roll yang menepati citarasa Liez. Katanya ada dijual di Foodtruck TAPAK. Nanti Liez nak kejan pulak yang tue.

Post a Comment

9 Comments

  1. Berkebetulan.. baru je lepas makan miang kham member office bawak pagi tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi Aiza suka tak? Liez suka walaupun ms mula2 risau daun kaduk rasa mcm sireh

      Delete
    2. Buat sendiri je miangkham tu..senang sgt

      Delete
  2. jangan lupa roger ana kalau org tu dtg lagi. harapnya dpt lah sebelum puasa. kempunan teruk dh ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liez dh tanya if dia dtg b4 puasa... tapi dia tak respond lagi

      Delete
  3. First time dengar menu ni.. nampak cili api means pedas lah eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... nak kena dengan rasa bwg halia kacang dan sos yg manis tu... kena ada cili api bagu uhhmmppp

      Delete
  4. Yeah... LeYa dah makan dan sukakannya.. Memang sedap

    ReplyDelete
  5. blh conact sy di talian 012-2919154 utk dptkan set ready to eat Mieng kham dgn sos yg mantap..serious anda tidak akn kecewa malah akan repeat order

    ReplyDelete