Sumber: Google
Pernah tak tengah driving ke, tetiba rasa haus. Singgah kedai runcit atau stesen minyak beli air manis dalam botol. Ice lemon tea, air berkarbonat, air kotak. Kalau nak sihat sikit, green tea dalam botol. Tapi masalahnya air ni semua ada gula!
Air manis dah memang lama dah jadi punca utama ramai gagal turunkan berat badan. Minum air manis setiap hari memang boleh sabotaj diet. Bukan tu je, silap silap naik berat badan lagi ada.Walaupun kopi o, teh o, sirap je, green tea, kalau dah manis tu tetap ada gula, tetap boleh kacau diet. So elakkan langsung! Gula bukan je boleh menambah berat badan malah memang tak baik untuk kesihatan.
Tak salah tambah sedikit gula dalam masakan. Tapi kalau air manis memang tak berbaloi. Kecuali kalau anda memang nak rasa seteguk dua, atau tiga. Mungkin bolehlah.Tapi ingat rule ni, kalau nak minum air manis, pastikan ianya berbaloi. Pastikan nak minum sikit je, rasa rasa je, bukan nak hilangkan dahaga. Kalau nak kurus, try buang air gula dari diet harian anda. Cuba sebulan, confirm banyak beza!
Liez pernah cuba elak minum manis selama 2 minggu, alhamdulillah turun 3kg
9 Comments
ni lah masalah sha. bila dah biasa minum air takmanis pastu TER minum pastu susah pulak la nak tinggal huhu pastu tak kurus hahaha!
ReplyDeletekena cuba.. mmg awal2 memang nak biasakan tak minum manis mmg susah.. sbb kita craving for sweet kan..
Deletekan... bila dh mula biasakan minum air kosong.. nak minum air manis balik pun rasanya dah xboleh. sebab dh xserasi dgn tekak.. manis sgt kot..
ReplyDeletebetul tu syaz... nak tinggal air manis susah awal2 tu... bila dah lama tinggal air manis.. rs mcm susah nak minum air manis balik...bagus sebenarnya
Deleteesok kita x minum nescafe tarik buatan sendiri yang sedap tu...haha
ReplyDeleteair manis mmg menyebabkan berat susah nak turun, tapi nak buat cemane, minum kadang2 aje la...hehe
ReplyDeletesekali sekala takpe... mcm seminggu sekali ke klau teringin sgt nak minum
DeleteBetul tu sis walaupun kat botol tu tulis less sugar.
ReplyDeleteKena banyakkan minum air kosong. Bawa bekal air.
Sedikit tips, kalau rasa lapar cuba minum air kosong dulu, dah minum tapi still lapar baru makan yang lain-lain..TQ :)
Nota Vitamin
wow! 3 kg liez??
ReplyDeletepatut cuba ni.
aida la salah sorang yg memang x reti nak avoid air manis tau.
memang mengaku.
pastu bising, nape diet tak menjadik :) ha ha ha...