PENGALAMAN MENJALANI PEMEBEDAHAN BAHAGIAN 3


Sumber: Google


Bila Liez baring, datang 5 orang doktor. Masing-masing memperkenalkan diri. Dan salah sorang doktor memberi penerangan mengenai prosider pembedahan. Dan mereka juga memberi kata-kata semangat untuk menenangkan Liez. Perasaan takut tetap ada sebab Liez dah nekad untuk buat juga pembedahan itu.. Liez sempat pandang kanan dan kiri.  Melihat mesin sana sini. Liez teruskan berselawat dan mengucap.Nervous sangat-sangat..Tapi Liez tawakal.

Yang tak berapa best tu, semua doktor lelaki. Sempat lagi seorang doktor tu tanya tatikh lahir Liez. Katanya dia pun lahir pada tarikh dan tahun yang sama.Lagi la Liez malu. Samnil sembang-sembang,Doctor buat pemeriksaan. Dan ubat bius diberikan pada payudara kiri. Waktu ni tak rasa sakit pun. Dan doktor memberitahu dia akan mulakan dengan menoreh bahagian yang ada ketulan. Dup dap dup dap. 

Serius,Liezboleh rasa pisau tue bergerak dan menoreh payudara Liez. Doktop bertanya adakah Liez rasa sakit. Tak sakit pun. Dan tiba la momen Liez rasa doktor memasukkan jari ke dalam belahan itu. Allahuakbar.. Tak tahu nak cakap apa,bukan sakit pun tapi Liez rasa jari itu merayap dalam belah itu dan kena pada tisu-tisu payudara. Ngeri tau...hihihi bila pembedahan dibuat hidup-hidup,memang akan rasa dan tahu apa yang berlaku...

Ketika jari doktor mencari dan berpusing didalam tu, tiba-tiba Liez dengar doktor bagitahu yang dia tidak jumpa ketulan itu. Sudahhhhh...... Pergi mana pulak ketulan tu? Sudahhhh...Doktor bertanya pada Liez untuk Liez tenang, dia akan belah sikit lagi dan cari. Huhuhuhu aduhhhh memang tragis betul. Time ni dia belah pakai laser. Dan mungkin bius dah habis, terasa kesakitan itu. Liez hanya mampu gengam tangan menahan sakit. Nurse bertanya kalau Liez rasa sakit. Liez mengaku dan dia kata akan bius sekali lagi. Sebelum tu terbau benda hangit. Mungkin bau laser tu. Doktor pun masuk kan kembali carinya dan dalam beberapa saat selepas itu, doktor pun bagitahu dia dan menjumpai ketulan itu.Alhamdulillah selamat. Doktor siap tunjuk dekat Liez 2 ketulan itu. Adalah sebesar hujung jari kelingking. Lega rasanya.

Selesai bab tu, bab menjahit semula luka tu pulak. Doktor bagitahu yang dia kan jahit belahan tu dan akan rasa sedikit sakit. Liez pun faham dan tahan sepanjang proses itu. Doktor pun tanya macam-macam la untuk buat Liez lupa sikit rasa sakit tu.. Selepas sejam, akhirnya Liez dibenarkan balik. Nurse berikan ubat cuci dan sapu untuk Liez gunakan selama seminggu. Dan temujanji selepas sebulan pembedahan.

Dah selesai pembedahan, tapi risau nak tahu keputusan adakah ketulan itu sel kanser atau tidak?


Post a Comment

0 Comments