8 TANDA-TANDA KANDUNGAN GULA YANG TINGGI DALAM DARAH

Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh mencetuskan rasa tidak keselesaan dalam kehidupan harian kita. Ini juga boleh membuatkan seseorang menghidap kencing manis. Terkejut bila satu laporan akhbar menyatakan antara yang ramai menghidapi kencing manis adalah dikalangan kita yang berusia 20 - 40 tahun. Tapi Liez ada baca satu keratan akhbar ada seorang remaja berusia 11 tahun sudah menghidap kencing manis kronik. 

Waaaaa muda - muda lagi dah kena penyakit kencing manis. Kencing manis bukan sahaja disebabkan oleh keturunan (sejarah keluarga terdekat yang menghidap kencing manis) tetapi cara hidup kita seharian juga mempengaruhi tahap kesihatan kita. Mungkin kita ada menghidapi kencing manis tapi sebabkan tidak mendapat tanda-tanda yang jelas, jadi kita buat endah tak endah

Jom kita tengok 8 Tanda - Tanda badan kita mengandungi kadar gula yang tinggi


 1. Keletihan yang melampau
Ia mungkin disebabkan paras gula yang tinggi menyebabkan keradangan pada pembuluh darah. Ada kajian mengatakan bahawa menghantar sel-sel imun dipanggil monosit ke dalam otak yang mencetuskan keletihan.


2. Kehausan yang melampau
Semakin tinggi kadar gula dalam darah, semakin sukar buah pinggang berfungsi dengan baik. Ia menarik cecair dalam tisu-tisu badan dan ia menjadi kering. Korang boleh rasanya bila mulut korang rasa sangat kering dan perit.


3. Kerap membuang air kecil
Korang akan kerap ke tandas untuk membuang air kecil. Ini kerana buah pinggang menggunakan kesemua cecair dan glukos dalam badan.


4. Sentiasa lapar dan berat badan naik mendadak
Ini kerana gula yang berlebihan menghalang insulin yang membawa glukos ke dalam sel untuk menghasilkan tenaga. Insulin yang berlebihan dalam badan juga akan menggalakkan penyimpanan lemak berlebihan dan akan membuatkan korang sentiasa lapar. Ini akan menyebabkan berat badan akan naik dengan mendadak.


5. Rasa kebas dan panas
Ini adalah kerana tanda Neuropati dan kebiasan disebabkan paras gula pada kadar jangka masa panjang. Gula akan merosakkan saraf-saraf dan menghalang aliran darah, nutrien ke sel-sel badan. Rasa kebas dan panas selalu dirasai dibahagian kaki dan tapak kaki.

6. Penglihatan kabur
Ini adalah tanda pertama yang menunjukkan kadar gula yang tinggi. Ia menyebabkan bendalir mengalir ke dalam mata.


7. Sakit kepala
Sakit kepala boleh dicetuskan oleh buah pinggang yang membuang banyak cecair. Itu menyebabkan dehidrasi dan sakit dibahagian kepala.


8. Penyakit gusi
Gusi akan menjadi merah, lembut dan bengkak kerana bakteria telah menyerang bahagian gusi dan mungkin akan berdarah kerana gula yang tinggi.

Jadi berwaspadalah kita jika ada merasa tanda-tanda seperti diatas. Ia boleh dikesan dengan awal dan yang pasti boleh dicegah. Kita kena menjaga permakanan seharian kita dan sentiasa bersenam untuk memastikan badan sentiasa sihat.

Post a Comment

3 Comments

  1. 11 tahun dah kronik...mesti waktu dalam kandungan la kot..ishh risau ahh

    ReplyDelete
  2. sebab tu kena minum banyak air masak untuk singkirkan gula dalam badan.. eh !! bersukan jugak.. sebab gula akan bertukar jadi lemak.. em.. sama2 la kita jaga kesihatan ya.. risau macam2 penyakit sekarang ni..

    ReplyDelete