KEUNIKKAN KEDIAMAN MERTUA

"MEMANG CANTIK DAN UNIK DEKORASINYA"

Dah lama sebenarnya nak story tapi biasalah bila sumber gambar cantik tak mencukupi jadi niat pun dibatalkan. Tapi kali ni Liez balik Ipoh dan ambik gambar sebanyak yang boleh tapi still juga rasa tak cukup.... krik krik sangat kan???

Kalau ditanya tentang apakah konsep hiasan rumah yang Liez suka, pasti liez akan cakap Liez suka yang simple dan minimalist. Liez tidak suka perhiasan yang sarat atau tertumpu pada satu konsep.

Tapi Liez sangat suka dekorasi kediaman Baba dan Mama mertua Liez di Ipoh. Kali pertama Liez masuk ke rumah mereka, Liez terpegun. Nak tahu tak kenapa agaknya? Jom Liez bawa korang ronda- ronda

Bahagian ruang tamu





Bahagian parkir rumah








Baba mertua Liez memang minat dengan hiasan vintage, lain dari yang lain dan yang unik. Jadi apa sahaja yang beliau jumpa atau berkenan memang akan dibelinya. Kadang-kadang Lieza kan terikut juga kalau terjumpa barang yang unik ni. Teringat dekat minat Baba pulak hihihi

Pernah baba beli patung pahlawan berbaju perang besi berukuran manusia sebenar. Diletak dekat tiang rumah depan pintu masuk.Kalau malam-malam orang tak perasan boleh terkejut tau. Lagi satu siap pegang senjata seperti kapak. Tapi tak sampai setahun baba dah jual.

Tapi kalau tanya apa dekorasi rumah Liez sekarang? Tema lapang sasar hihihi atau padang sasar. Sebab rumah memang takde dekorasi lagi since pindah 2 tahun lepas. Memang ada dalam kepala ni nak deko macam itu ini tapi bila anak kecil ada, hilang semua dekorasi yang bersarang dikepala hmmmm...

Kita simpan dulu niat nak dekorasi rumah pada tahun hadapan. Tengok belanjawan macam mana ye.

Post a Comment

4 Comments

  1. do follow blog ni
    wow.. salute kat fil n mil tuan blog.. cantik... mmg betul, kalau ada anak kecil, lupakan je la niat murni nak bertema bagai dekorasi rumah... yg penting tema selesa anak selamat x cedera sudah le...

    ReplyDelete
  2. wahh!!unik sungguh ni!gee pun sama suka design yang simple & minimalis..hehe

    ReplyDelete