PANIK ! NIYAZ KE BAHAGIAN KECEMASAN HOSPITAL KUALA KUBU BAHRU


Memang Liez panik. Hari rabu 2 minggu yang lalu , dalam jam 2 pagi tetiba Niyaz muntah dah menangis. Liez terjaga dan dukung dia keluar dari bilik. Tapi kali ni tangisan dia agak lain. Liez pujuk dia sebab Liez tahu dia memang tak suka kalau muntah-muntah ni.


Tapi bila Liez perasan, Niyaz menangis sebab dia tak bernafas dari hidung. Dia bernafas melalui mulut. ALLAHUAKBAR !! Liez rasa makanan yang dimuntahkan tadi ada tersangkut dalam hidung. Liez terus tepuk belakang dia sambil panggil mak ayah di bilik sebelah.

Liez tanya if ada doktor yang stay di kejiranan. Memang ada tapi tiada nombor telefon. Liez pun suruh mak ayah bersiap untuk bawak juga Niyaz je hospital. Sambil minta mak tolong jolokkan tekak Niyaz bagi dia muntah. Mana tahu lepas muntah, makanan yang tersangkut tu keluar.

Alhamdulillah, mak Liez jolok tekak dan Niyaz muntah lagi. Dan bila Liez periksa, Niyaz kembali bernafas melalui hidung. Syukur Alhamdulillah. Lega kami sekeluarga tapi Liez tetap nak bawa Niyaz ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Liez kejutkan Qaseh dan terus Liez drive ke Hospital Kuala Kubu Bahru.


Dari rumah Gapi di Serendah menuju ke Hospital Kuala Kubu Bahru dalam 20 kilometer. Perjalanan menuju ke hospital memang gelap gelita. Kanan kiri hutan dan tiada kenderaan yang lalu diketika itu. Liez memandu dalam kelajuan yang pantas tapi berhati-hati kerana takut ada haiwan yang melintas dengan tiba-tiba kan. Dan sepanjang perjalanan Niyaz muntah sebanyak 2 kali. Bertambah risau tapi bila tengok Niyaz asyik meneguk air masak yang Liez bekalkan untuk dia minum Liez rasa lega sikit la. Muka pun tak pucat.

Setiba di bahagian emergency hospital, ada la beberapa orang yanv menunggu rawatan. Dan sementara menunggu nama dipanggil, Niyaz muntah lagi. Bila jumpa dengan doktor, pemeriksaan suhu badan, tekanan darah, hidung dan tekak dibuat dan semuanya ok. Doktor menyarankan jika Niyaz masih muntah selama 2, 3 hari lagi perlu dibawa semula ke hospital.

Selepas dari kejadian itu, Niyaz mula cirit birit selama 3 hari berturut-turut. Liez bawa Niyaz ke klinik berlainan sebanyak 2 kali. Dan selepas menerima rawatan dengan Doktor Nadir (Klinik Wangsa), Alhamdulillah Niyaz kembali sihat. Selera makan kembali pulih. Kalau tidak, Niyaz tidak jamah makanan pun. Badan pun makin susut. 

Post a Comment

2 Comments

  1. salam kunjung www.lokmanamirul.com

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah kembali sihat ... Dr cakap apa eak pasal kerap2 muntah tu ?

    ReplyDelete