POTBOY GROCERIES adalah laman membeli-belah dalam talian di
mana korang boleh membeli produk-produk kegunaan harian yang korang perlukan
khusus untuk orang sekitar Lembah Klang. Menawarkan lebih dari 10,000 barangan
seperti barangan dapur, minuman, kesihatan dan kecantikkan, barangan keperluan
diri, barangan bayi dan kanak-kanak serta barangan keperluan haiwan. Ditubuhkan
pada tahun 2016, Potboy Groceries ingin memudahkan kerja pembelian barangan
keperluan harian korang tanpa perlu bersesak di atas jalan raya, beratur
panjang di kaunter pembayaran dan
tercari-cari produk yang telah habis stoknya. Dan juga
menawarkan penghantaran terus ke rumah korang secara PERCUMA tanpa pembelian
minimum.Selain itu, PotBoy Groceries menawarkan harga barangan lebih rendah
dari harga dipasaran lain kerana ianya terus dari pembekal.
Pembelian boleh dibuat menggunakan telefon bimbit melalui aplikasi INI dan juga komputer korang. Dan setiap pembelian korang tidak hanya
habis disitu sahaja tetapi akan diberikan Potboy Gold. Ia seakan point untuk
dikumpul dan ditebus dengan barangan terpilih. Dan ada hadiah menarik jika
korang dapat mengumpul “Diamond”. Jadij angan berlenggah lagi untuk mendaftarkan
diri dan dapat 100 gold PERCUMA. Jika korang ingin menambah jumlah gold selain
membeli belah,korang boleh bermain permainan online yang disediakan.
Dan baru–baru ini, Liez dan beberapa blogger telah
dijemput oleh Potboy Groceries
untuk
melawat Brand’s Suntory yang terletak di Bukit Jelutong Shah Alam untuk melihat
sendiri kilang produk jenama Brand’s yang terkenal dengan minuman kesihatan berasakan
pati ayam. Juga produk minuman kecantikan InnerShine yang diperbuat dari sarang
burung, buah Prun dan Berry. Dan juga produk terbaru InnerShine Marine Collagen
with Kyoto Grape Jelly.
Sebelum kami dibawa ke tempat pemprosesan, kami diberikan
penerangan mengenai sejarah terciptanya
Brand’s Pati Ayam. Kami dibawa melawat dan melihat tempat pemprosesan dan
pembungkusan produk Brand’s. Setiap pengeluaran produk Brand’s dijaga dan
dikawal kualitinya dengan persekitaran kawasan pembuatan dan pekerjanya
sentiasa bersih dan terkawal. Dan kemudian kami diterangkan mengenai InnerShine
Marine Collagen with Kyoto Grape Jelly yang didatangkan dari Jepun. Details
mengenai InnerShine Marine Collagen with Kyoto Grape Jelly akan Liez terangkan
di entry INI.
Korang
jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah dengan harga rendah dan kumpulkan
Gold untuk mendapatkan lagi penjimatan dengan setiap pembelian di Potboy Groceries. Kumpul sebanyak mungkin dan mana tahu
boleh memenangi Samsung S8+.
3 Comments
Assalamualaikum Pn. Liez..
ReplyDeleteTambah lagi online shopping platform.. Semua di hujung jari Liez.. Harus LZ terjah Potboy Groceries website.. New info for me 😉..
Menarik nie.. nanti boleh jenguk..
ReplyDeletehahahaha~ ai dah terpengaruh teruk tau dengna si potboy ni !! nakal.. habis duit kite..
ReplyDelete