Seronok sebenarnya dapat shopping dekat Zalora ni. Sebab banyak pilihan yang boleh membuatkan korang rambang mata tau. Liez siap checkout setiap hari dan silih bertukar barang yang hendak dibeli. Sebab bila dah pilih yang berkenan tapi still lagi scroll nak pilih barang lain. Akhirnya setelah sekian lama pilih dan checkout yang ke berapa kali, akhirnya Liez memilih untuk membeli sepasang sneakers dan handbag. Harga kedua barang ini dalam RM 103.90
Barang yang Liez beli adalah sneakers. Macam Liez bebel Best shopping kasut di Zalora di entry yang lalu. Memang nak beli sebab belum ada lagi dalam koleksi kasut Liez. Liez lebih suka kan kasut macam sandal, bellarina, flat shoe ke. Tak minat sangat yang ada heel sangat sebab Liez dah mempunyai ketinggian 170cm. Nanti terpaksa tunduk kalau nak tengok Dearie Liez hihihi
Satu lagi masalah Liez ialah size. Memang size kaki Liez saiz gorilla. Selalu beli kasut di Vincci memang ada size besar ni. Belum pernah beli kasut secara online, kira kali ni Liez berani rugi la kalau kasut yang bakal di tempah size tidak menepati kaki ni. huhuhu redoooo je.
Ini kali pertama Liez beli kasut warna pastel iaitu color light brown atau light peach. Kalau tidak mesti warna hitam je. Bukan apa senang nak match dengan outfit kan. Sobila tengok kasut tu cantik, terus tengok size dan click masuk cart. Tak nak bagi tukar fikiran untuk beli kasut lain kekdah nya.
Satu lagi, Liez sambar handbag. Liez cari handbag yang bersaiz agak besar sikit sebab untuk menyenangkan menyumbat barang anak-anak nanti. Takat nak keluar gi pasaraya yang 1km dari rumah ke, dinner kejap dekat area Batu Caves ke tak payah bawak bag besar dah. Puas hati dari segi harga barang, kualiti barang dan service penghantaran yang cepat. Memang Zalora tak pernah mengecewakan Liez.
4 Comments
wahahaha.. zalora memang.. hajat nak tengok yang lain, tapi confirm2 ke tab lain jugak nanti
ReplyDeleteAmboi bestnya shopping di zalora. Takut ana nk buku web zalora. Kang ada yg terbeli juga.
ReplyDeletemacam cantiklah snearkers tu..nak terjah zalora gak camni.
ReplyDeleteAla2 Korea gitu kasut tu kak. Hehe
ReplyDelete