12 FAKTA MENARIK TENTANG JUALAN MURAH 12.12 SHOPEE MALAYSIA


Liez dah agak dah ... Shopee, platform eDagang terkemuka Asia Tenggara dan Taiwan telah mencatatkan lebih 2.5 juta bilangan pesanan dalam tempoh 24 jampada 12.12 yang berlangsung tempoh hari. Di Malaysia sahaja, lebih 500,000 produk terjual dari pelbagai promosi hebat keatas 6 juta produk sebagai sebahagian daripada Jualan Murah Ulangtahun Shopee. Power kan ?? Ini bermakna lonjakan 5 kali ganda berbanding tahun 2016. 
Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee
“Jualan Murah 12.12, jualan kilat Shocking Sale dan Kemuncak Berganda Shopee Mall yang diberi keutamaan sebagai sebahagian daripada sambutan ulangtahun Shopee telah menerima sambutan yang amat menggalakkan. Kami teruja dapat bekerjasama dengan jenama terkemuka termasuk PETRONAS, Digi, Havaianas dan MR. DIY yang menyumbang pada kejayaan kempen ulangtahun kali ini. Jenama tersebut merupakan antara jenama yang telah memilih Shopee sebagai rakan eDagang pertama mereka dan kebanyakannya telah mencatatkan peningkatan tinggi dalam jualan dengan lonjakan sehingga 100 kali ganda berbanding hari biasa. Kami berharap dapat meneruskan usahasama seperti ini pada kempen dan promosi akan datang,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

12 Fakta Menarik Tentang Jualan Murah 12.12 Shopee Malaysia



1) Jumlah pesanan sepanjang 12.12 tahun ini meningkat 15 kali ganda berbanding tahun lepas




2) Dalam tempoh hanya 1 jam 6 minit sahaja, kami berjaya memecahkan rekod bilangan pesanan tahun lepas



3) Jenama yang menunjukkan prestasi jualan terbaik ialah e-Kedai Mesra PETRONAS, Nestle dan Watsons



4) Sementara itu, bagi satu jenis produk, kad Mesra PETRONAS mencatatkan rekod tertinggi dengan lebih daripada 3,100 unit terjual dalam tempoh 24 jam



5) Transaksi paling tinggi direkodkan daripada seorang pengguna berjumlah RM15,000




6) Produk pertama dijual pada 12.12 ialah sebuah beg jenis kanvas, manakala produk terakhir dijual ialah bank kuasa




7) Masker wajah merupakan produk rebutan kaum wanita dengan kira-kira 7,000 unit masker wajah terjual. ROREC merupakan antara jenama kecantikan yang sangat popular dengan lebih 700 unit masker wajah Natural Essence ROREC terjual dalam masa 1 minit



8) Kabel data merupakan produk yang menjadi pilihan pengguna lelaki dengan lebih 1,200 unit terjual



9) Tempoh paling cepat untuk menghabiskan jualan kilat ialah 49 saat menerusi jualan kilat Shocking Sale Shopee



10) Pembelian paling pantas diselesaikan dalam tempoh 1 saat iaitu sepasang baju tidur sutera yang dijual pada harga RM20



11) Penghantaran paling jauh bagi satu pesanan ialah lebih 4,500 km - dari Goseong Gun, Korea ke Johor Bahru, Johor



12) Secara purata, 538 borak (chat) direkod setiap minit 

Memang luar biasa betul kuasa membeli di Shopee kali ini kan?? Adik beradik Liez pun sanggup berjaya pada 12.12 hari tu untuk dapatkan harga yang murah dan yang penting dijamin berkualiti seperti yang di janjikan Shopee-lancar-shopee-mall-buat-kaki



Kepada ibu bapa yang belum membuat persiapan untuk persekolahan anak-anak untuk tahun hadapan yang tidak beberapa hari lagi ni, korang beli sahaja melalui Shopee yang akan melancarkan kempen Kembali ke Sekolah dari 18 hingga 24 Disember 2017 ini. Pelbagai promosi barang kelengkapan persekolahan termasuk alat tulis, buku teks dan aksesori pada harga menarik tidak lebih daripada RM30. Kedai Rasmi seperti Pilot, Stabilo, Nestle, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kedai Buku Borders turut bersama dalam kempen ini dengan menawarkan harga eksklusif dan baucar kepada pengguna yang setia. 



Jangan risau korang masih berpeluang memenangi percutian untuk dua orang ke Honolulu, Hawaii bernilai lebih RM15,000 dan sebuah iPhone X bernilai RM5,500 sebagai sebahagian daripada hadiah sempena Ulangtahun Shopee yang akan diteruskan sehingga 31 Disember 2017. Hanya perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 dan membuat pembayaran secara perbankan dalam talian FPX. Jadi terus membeli dengan harga murah dan menang percutian dan iPhone X percuma!!!


Klik untuk keterangan lebih lanjut
Ada lagi kalau nak menang hadiah menarik dari Shopee. Spot Shopee !! Mudah sahaja, kalau korang ternampak Shopee di dalam tren, di jalan raya atau di iklan tv, snap gambar dan post di IG korang.Jangan lupa tag @shopee_MY dan hashtag #iseeshopee. Mana tahu rezeki senang-senang boleh menang iPhone X atau 250,000 Shopee coin. Wow!!!

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my atau cara mudah muat turun aplikasi Shopee di telefon bimbit korang.

Post a Comment

5 Comments

  1. Fuhh memang dasyat. 2.5 juta dalam sehari. Tapi harga memang kaw kaw. Menangis scroll

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. suka shopping kat shopee.. murah dr tempat lain..

    ReplyDelete
  4. Setakat sekarang shopping dalam shopee barang2 tak mengecewakan.. lagi bertambah seronok nak shopping bila ada sale kaw2 macam ni. Rambang mata pilih barang

    ReplyDelete
  5. shopee the best online shopping kan

    ReplyDelete