Cuti sekolah datang lagi !!!! Sekejap je dah hujung tahun kan? Anak-anak seronok la sebab cuti panjang ni. Ada yang balik kampung, ada yang pergi bercuti ada juga yang duduk je kat rumah. Pada yang belum ada aktiviti untuk anak-anak, apa kata korang hantar anak-anak ke Happy Camp CHICHI dan CHA CHA.

E2L Sdn Bhd yang mengilhamkan rancangan hiburan pendidikan awal untuk kanak-kanak ChiChi dan ChaCha ingin mengajak ibu bapa dan kanak-kanak berusia 4 - 8 tahun untuk menyertai #CCHappyCamp ChiChi dan ChaCha yang akan diadakan selama 5 hari bermula 11 sehingga 15 Disember 2017.


Aktiviti yang diadakan adalah untuk mengenali potensi diri anak-anak dan juga mengeratkan hubungan sesama kanak-kanak lain. Selain itu ianya bagus untuk anak-anak melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah sebegini bagi mengelakkan dari menghabiskan masa dengan tablet atau telefon bimbit.


Apa yang menarik di Happy Camp ChiChi & ChaCha ni? Liez tengok aktiviti yang dinyatakan memang sangat sesuai untuk anak-anak kita.#CCHappyCamp mempunyai empat aktiviti menarik antaranya:

1. Jr Art - adalah seni dan kraf yang  yang membantu kanak-kanak mengekspresikan kreativiti dalam diri mereka. 

2. Kids Kitchen - kanak-kanak akan belajar menghasilkan sendiri makanan ringan yang berkhasiat. 

3. Science Exploration - aktiviti yang akan mengajar mereka tentang pemerhatian dan penaakulan.
 
4. Music and Dance - mendedahkan kepada anak-anak tentang lagu-lagu rakyat dan pergerakan tarian ChiChi & ChaCha


Tidak rugi kalau bawa anak-anak mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang diadakan dan pastinya bermanafaat untuk mereka. Kalau berminat untuk menyertai, boleh membuat pendaftaran terus di bit.ly/HappyCamp-Form

Bayaran sebanyak RM80/orang atau jadi 20 orang yang terawal mendaftar akan mendapat harga istimewa RM55/orang. Acara akan diadakan di Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana pada 11 sehingga 15 Disember 2017 bermula pada pukul 9.30 pagi hingga

Maklumat lanjut boleh layari facebook.com/chichidanchacha dan Instagram @ChichidanChacha.

Masa acara: 11 Dec - 15 Dec 2017 (9:30 pagi - 12:30 tengahari)
Bayaran: RM80/orang
Alamat: Educate to Learn Sdn Bhd, Level 11, Tower 1, Mercu Mustapha Kamal, Neo Damansara, No 1, Jalan PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana, 47820, Petaling Jaya, Selangor.

Hubungi talian 013-9476511 (Suhada) atau email chichidanchacha@gmail.com