![]() |
6 Cara mengubati Kuku Cengkam @ Cagu |
Assalamualaikum dan Selamat hari Sabtu,
![]() |
Jari kaki Niyaz |
Banyak rawatan yang boleh dibuat secara tradisional dan moden. Liez lebihsuka amalkan rawatan semulajadi dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada di rumah. Antaranya:
1. Minyak pokok teh (Tea Tree Oil)
Minyak ini mengandungi pembasmi kuman semulajadi yang kuat dan sangat sesuai untuk tujuan membunuh kuman yang terdapat di kuku.
2. Cuka epal (Apple Cider)
Kandungan cuka epal sangat sesuai untuk merawat cagu. Hanya perlu campurkan cuka epal dengan air suam danrendam kaki 5 - 10 minit. Juga boleh disemburkan pada luka untuk mengurangkan kesakitan dan membasmi kuman.
3. Garam Epsom
Ia mengurangkan keradangan,melembutkan kuku dan juga membunuh kuman. Rendam kaki di dalam air suam yang dicampur garam epsom selama 20 minit. GaramEpsomboleh didapati di farmasi atau hypermarket.
4. Cecair Antiseptik
Ini untuk memastikan kuman tidak merebak selepas proses memotong lebihan kuku tadi. Sapu secara kerapdan tutup dengan plaster untuk memastikan kuku kaki dilindungi
5. Kapas
Cara ini agak jarang diamalkan. Letakkan sedikit gumpalan kapas di antara kuku dan kulit. Kuku harus diangkat dengan perlahan dan sapuan cecair antiseptik disapu terlebih dahulu.
6. Lemon
Ini antara cara paling mudah. Ambil hirisan lemon dan tekapkan pada kuku cagu dan biarkan semalaman. Ia boleh mengurangkan jangkitan dan sekaligus merawat masalah cengkam.
Banyak lagi cara yang boleh dicuba tapi ini antara cara yang Liez buat tiap kali kena cengkam. Harus dipotong dulu lebihan kuku berkenaan. Jika keadaan masih tidak pulih, kena dapatkan rawatan di klinik dengan doktor yang lebih pakar. Jangan dibiarkan kuku cengkam terlalu lama kerana ia melibatkan jangkitan kuman dan akan menjadi lebih teruk.
9 Comments
menarik juga petua ni.. suami sy selalu la kena cengkam kuku ni..
ReplyDeletenyilu pula sa bila sa nampak gambar tu..
ReplyDeletememang sakit.. selalunya ibu jari kaki.
ReplyDeletelepasni nak try sebab selalu sangat jadi padahal dah ikut tips potong kuku supaya elakkan cengkam ni
ReplyDeleteBoleh diamalkan petua nie, thanks sis kerana berkongsi info yang bermanfaat..
ReplyDeleteKalau guna minyak pokok teh tu.nak kene pecahkan nanahnya dulu.atau sapu je tanpa mengeluarkan nanah nya.maaf jz betanya
ReplyDeleteklau baru nak jadi, boleh sapu dekat cengkam tu.. if dah bernanah, pecahkan dulu nanah,dan bersihkan.. baru sapu minyak tea tree
DeleteSaya dah cuba cara lemon tuu.saya ambik hirisan lemon lepastu ikat dengan getah dekat jari.lepastu saya balut kaki dengan plastik ikea tapi saya x tahan getah tu seperti menyeksa saya dgn mengkat jari yang mempunyai kuku cengkam tu.so pro ses dia mcm mana ya pusn liez
ReplyDeleteKalau bengkaknya dah quite besar tapi tidak bernanah boleh ke guna methid lemon ?
ReplyDelete