RANCANG PERCUTIAN SEMPURNA BERSAMA MALAYSIA AIRLINES DI TRAVELOKA

 " Lama kan kita tak terbang untuk bercutikan sayang? "
Dah lama berniat dalam hati nak bawa anak-anak cuti-cuti Malaysia walaupun sekadar di dalam negara. Timbul rasa nak bercuti bila kawan-kawan asyik muat turun gambar percutian dioarang dalam Instagram. Siap buat Instastory lagi. Huhuhu cemburu Liez tau. Geram pula rasa bila kawan-kawan berseronok dan bergembira sambil food hunting. Weh best gila kot! Kalau bab jalan-jalan cari makan ni memang Liez suka hihihihi.

Ada yang sanggup beli tiket kapal terbang dari Kuala Lumpur turun ke Penang untuk jalan -jalan cari makan dalam sehari. Penangan makanan popular Penang, Nasi Kandar Line Clear yang terkenal, sedap tu. Belum lagi Pasembor Padang Kota Lama, Mee Sotong Hamid Pata Padang Kota Lama, Cendul Teochew Penang Road dan banyak lagi! Aduh terliur pula Liez. Itu baru Penang, belum lagi negeri belah Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan.
Kalau ke Terengganu, korang kena rasa udang atau sotong Celup tepung yang terkenal di persisiran pantainya. Memang asyik betul makan sambil dibuai angin sepoi-sepoi bahasa. Selain itu, jangan lupa Nasi Dagang dan bawa balik buah tangan Keropok Lekor dengan sos cicah buatan sendiri. Memang itu wajib kalau pergi ke Terengganu. Di Kelantan, korang boleh cuba Nasi Kerabu yang sangat popular dimakan dengan budu dan sambal, kuih Akok dan ayam percik putih. Sebenarnya kebanyakan makanan negeri Kelantan mempunyai nama yang agak unik seperti Kuih Tahi Itik, Lompat Tikam dan Jala emas. Tapi semuanya sedap.
Kalau korang suka makan makanan laut, boleh pergi ke Sabah. Memang fresh la hasil lautnya. Liez pernah ke Kota Kinabalu sebanyak dua kali dan merasa sendiri kesedapan Lobster dan juga ketam yang bersaiz jumbo tu. Teringat- ingat sampai sekarang. Banyak sangat ni Liez sebut pasal makanan, belum lagi negeri-negeri di utara seperti Perak dan Kedah. Negeri-negeri di selatan seperti Melaka dan Johor pun tidak kurang hebat dengan makanan tempatan. Lagi membuak-buak rasa nak bercuti ni.


Liez pun ada niat nak bercuti di luar negara dan tempat yang Liez ingin sangat untuk pergi adalah Amsterdam, Netherland. Kenapa Armsterdam? Sebabnya, disitu terkenal dengan bunga kegemaran Liez, Tulip. Gila sangat ! Ada satu taman yang terkenal dipanggil Keukenhof, di mana akan diadakan Pesta Bunga Tulip bermula dari hujung bulan March hingga pertengahan bulan Mei setiap tahun. Disitu, pelbagai spesis bunga Tulip akan kembang dan memenuhi seluruh taman tersebut. Memang Liez akan teruja jika berkesempatan kesana.



Korea juga antara tempat yang Liez ingin lawati. Negara yang terkenal dengan Drama Korea yang tular sekitar tahun 2002, Winter Sonata. Juga terkenal sebagai lokasi romantik. Selain itu, Jepun juga ada dalam senarai percutian idaman Liez. Nak bawa anak-anak bergembira di Tokyo Disneyland dan Disney Sea Park. Bestnya !! Banyak lagi negara yang tersenarai tapi yang Liez sebut itu adalah sebahagian saja. Kalau nak cerita semua memang banyak episod nanti hihihi.

Sebenarnya tidak kira kemana sahaja lokasi yang korang hendak lawati, yang penting pastikan percutian korang telah dirancang dan diatur dengan sempurna. Kata hendak travel in style kan (of course la uolls!) Jadi perkara penting yang perlu dibuat selain menempah hotel penginapan adalah penempahan tiket penerbangan. Kalau boleh kita mahukan semuanya dalam harga tiket termasuk extra charge untuk excess luggage dan makanan semasa dalam penerbangan nanti. Jangan peningkan kepala, meh click sini Malaysia Airlines promosi terkini (MAS) kini di Traveloka. Tawaran terbaik korang boleh dapat hanya di Traveloka.

Tempahan juga sangat mudah, hanya perlu masukkan maklumat penerbangan yang diperlukan  seperti destinasi dituju, tarikh pergi dan balik serta bilangan penumpang. Tekan search dan maklumat penerbangan yang bersesuaian akan terpapar. 


Pilih mana waktu penerbangan yang kehendaki dan wallahhh !! Semuanya dah termasuk dalam tiket penerbangan. 


Bagi yang mempunyai Enrich kad, pastikan korang masukkan butirannya. 
Banyak point yang dikumpul, mana tahu boleh dapat tiket penerbangan percuma nanti.


Tak habis disitu je tau, masukkan butir pengenalan penumpang dan buat pembayaran boleh dibuat menggunakan Kad Kredit, Kad Debit, pembankan internet, Paypal juga di 7eleven.


Selepas pembayaran dibuat dan transaksi berjaya, nombor ID tempahan penerbangan akan dihantar terus ke email. Jika korang hendak membuat pengesahan tempahan hanya perlu masukkan nombor ID tempahan tadi seperti dibawah. 


Semudah ABC. Tidak perlu risau jika korang kehilangan nombor penerbangan kerana korang boleh membuat pengesahan bila-bila masa sahaja. Kalau korang menghadapi masalah dengan tempahan yang dibuat, boleh dapatkan bantuan 24 Jam di Traveloka.com Live Chat atau hubungi Khidmat Pelanggan di talian 015-48409469/ 03-7724 3501. 


Kini semua urusan pembelian tiket penerbangan dan hotel boleh dilakukan di Traveloka. Dan boleh dibuat bila-bila masa dan dimana jua. Pastikan telefon bimbit korang ada aplikasi Traveloka. Jangan tunggu lagi, dapatkan tawaran menarik hanya di Traveloka.

Website : 

Facebook : 

Instagram : 

Post a Comment

36 Comments

  1. Nak pergi bercuti memang best kan liez.. tp kena rancang betul2 percutian tu.. baru la enjoy!! Dgn traveloka ni mmg senang sangat..

    ReplyDelete
  2. bestnya kalau dpt pergi bercuti kan.. sesekali tgk tempat org.

    ReplyDelete
  3. Seronok pergi cuti. Tapi yang nak plan hotel ngan ticket to yg malas. Nasib ada Traveloka. Senang sikit!

    ReplyDelete
  4. Nak pergi bercuti guna aplikasi traveloka memg sgt membantu

    ReplyDelete
  5. Aduh terliur betul bila akak mention nama-nama makanan kat pantai timur ni hehe. Seronok sekarang nak terbang kemana pun hujung jari je booking

    ReplyDelete
  6. Nak bercuti juga...kita pun baru je godek-godek Traveloka ni... Nak pergi travel wishlist kita di Hong Kong... Huhuhuhu...

    ReplyDelete
  7. I love Traveloka. Memang sgt convenient kalau nak plan my travelling. Harga pun menarik kat situ.

    ReplyDelete
  8. Fuh.. Traveloka ni dah jadi pilihan orang ramai untuk setting percutian kan.. TB teringin juga nak bercuti satu family.. tambah-tambah dah ada anak ni.. teringin nak bawak anak jalan-jalan.. dapat pi seoul korea kan best.. fuhh

    ReplyDelete
  9. Bestnya dpt bercuti.. Dah tgk web traveloka.. Sng mesra pengguna.. Ada rezeki nanti boleh cari tiket dan hotel kat traveloka :)

    ReplyDelete
  10. Berjalan..berjalan...ramai orang cakap takde duit nak travel...takut nak travel..tak reti nak travel tapi teringin...

    Sebenarnya nak travel bukannya kena ada duit berkepuk kepuk dalam poket, ada emas bertan-tan dalam bank tapi kena bijak..kan?

    ReplyDelete
  11. I pun suka holiday & food hunting. Especially bab food hunting. Rasa cara masakan penduduk setempat & tengok cara hidup orang2 situ. It really broadens your perspective.
    I tak pernah lagi travel guna traveloka. Will have a go with it after this.

    ReplyDelete
  12. Dah download dah apps Traveloka ni hari tu. tak sempat nak godek godek lagi. NI tengah planning nak cari tempat holiday untuk surprise birthday husband nanti

    ReplyDelete
  13. I always check Traveloka. May not have the time to go on holiday yet but at least I know the rates and can budget for my next trip!

    ReplyDelete
  14. emi pernah la sekali booking flight mas balik kg, guna traveloka. tp sekali tu jela sbb tiket mas tgh promo masa tu. lepas tu tak dah, beli airasia je. haha. tp mmg emi beli melalui traveloka la

    ReplyDelete
  15. Tetiba teringat nak pergi ke Singapura selama 6 hari bulan Mac kelak. Bagus gak kan - boleh kumpul points and dapatkan sekali trip murah serta penginapan. TQ bagi idea yang memudahkan dan murah gini.

    ReplyDelete
  16. Alamakkk tengah promosi ke. Sy dh lh x boleh nampak tiket flight murah nie. Mesti rasa nak beli. Terima kasih share !

    ReplyDelete
  17. Jom la pergi cuti sesama..SA perlukan cuti..jom godek traveloka..

    ReplyDelete
  18. I thinking to go to Bali end of this year. Will check out the promo rate at Traveloka then.

    ReplyDelete
  19. Husniey pun teringin nak pergi Netherland, Amsterdam kalau belah belah Europe tu bila entah giliran rezeki ke sana 😍

    Bestnya, bolehla nanti try check rate ticket flight di traveloka

    ReplyDelete
  20. Alahai bestnya pergi bercuti. Tapi kena tahan diri dulu buat masa ni. Kumpul duit nak masuk rumah baru..😂😂

    ReplyDelete
  21. Mood pun tengah cari lokasi nak bercuti gak ni..tapi tak tau nak kemana hehehe

    ReplyDelete
  22. Bestnyer.. Miera memang suka melancong dan apa lah yang lagi bagus kalau dapat melancong dengan fikiran tenang dengan Traveloka kann

    ReplyDelete
  23. Macam2 promosi ada kat traveloka. Rugi x grab

    ReplyDelete
  24. Amsterdam is beautiful, I was there a few years back and I would love to revisit again!

    ReplyDelete
  25. Nak murah memang cari dekat apps traveloka.. sangat membantu pada mereka yang nk buat pilihan!

    ReplyDelete
  26. Bestnya bila dapat bercuti. Tengok isi tabung ni..untuk percutian keluarga 2018. Pastinya nanti Traveloka jadi pilihan.

    ReplyDelete
  27. Suka juga pakai Traveloka sebab bila pakai urusan lebih teratur. Dah macam pakai travel agent.

    ReplyDelete
  28. Early of the year and it's best to plan our holiday now fr year end and next year... HOLIDAY!!!

    Racheal_Foodilifecious

    ReplyDelete
  29. lepas ni kalau nak pergi melancong, boleh guna Traveloka ni. memang memudahkan pengguna

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  30. I used traveloka during my recent trip to Hong Kong and it was a smooth transaction. I wont mind using it again :)

    ReplyDelete
  31. amboi kak.. nak berjalan saja tu.. hee~ buah tangan jangan lupa !!

    ReplyDelete
  32. Traveloka always have the best deals and hotel getaway! Whenever I need to check on holiday getaways, I will always go to Traveloka.

    ReplyDelete
  33. wah boleh nih idenya melancong dengan bujet

    ReplyDelete
  34. Bestnya dapat bercuti bersama keluarga, nanti nk traylah jgk2 web Traveloka.

    ReplyDelete
  35. This is so easy to plan my holiday trip, thanks for the sharing :)

    ReplyDelete