" Lama kan kita tak terbang untuk bercutikan sayang? "
Dah lama berniat dalam hati nak bawa anak-anak cuti-cuti Malaysia walaupun sekadar di dalam negara. Timbul rasa nak bercuti bila kawan-kawan asyik muat turun gambar percutian dioarang dalam Instagram. Siap buat Instastory lagi. Huhuhu cemburu Liez tau. Geram pula rasa bila kawan-kawan berseronok dan bergembira sambil food hunting. Weh best gila kot! Kalau bab jalan-jalan cari makan ni memang Liez suka hihihihi.

Ada yang sanggup beli tiket kapal terbang dari Kuala Lumpur turun ke Penang untuk jalan -jalan cari makan dalam sehari. Penangan makanan popular Penang, Nasi Kandar Line Clear yang terkenal, sedap tu. Belum lagi Pasembor Padang Kota Lama, Mee Sotong Hamid Pata Padang Kota Lama, Cendul Teochew Penang Road dan banyak lagi! Aduh terliur pula Liez. Itu baru Penang, belum lagi negeri belah Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan.
Kalau ke Terengganu, korang kena rasa udang atau sotong Celup tepung yang terkenal di persisiran pantainya. Memang asyik betul makan sambil dibuai angin sepoi-sepoi bahasa. Selain itu, jangan lupa Nasi Dagang dan bawa balik buah tangan Keropok Lekor dengan sos cicah buatan sendiri. Memang itu wajib kalau pergi ke Terengganu. Di Kelantan, korang boleh cuba Nasi Kerabu yang sangat popular dimakan dengan budu dan sambal, kuih Akok dan ayam percik putih. Sebenarnya kebanyakan makanan negeri Kelantan mempunyai nama yang agak unik seperti Kuih Tahi Itik, Lompat Tikam dan Jala emas. Tapi semuanya sedap.
Kalau korang suka makan makanan laut, boleh pergi ke Sabah. Memang fresh la hasil lautnya. Liez pernah ke Kota Kinabalu sebanyak dua kali dan merasa sendiri kesedapan Lobster dan juga ketam yang bersaiz jumbo tu. Teringat- ingat sampai sekarang. Banyak sangat ni Liez sebut pasal makanan, belum lagi negeri-negeri di utara seperti Perak dan Kedah. Negeri-negeri di selatan seperti Melaka dan Johor pun tidak kurang hebat dengan makanan tempatan. Lagi membuak-buak rasa nak bercuti ni.


Liez pun ada niat nak bercuti di luar negara dan tempat yang Liez ingin sangat untuk pergi adalah Amsterdam, Netherland. Kenapa Armsterdam? Sebabnya, disitu terkenal dengan bunga kegemaran Liez, Tulip. Gila sangat ! Ada satu taman yang terkenal dipanggil Keukenhof, di mana akan diadakan Pesta Bunga Tulip bermula dari hujung bulan March hingga pertengahan bulan Mei setiap tahun. Disitu, pelbagai spesis bunga Tulip akan kembang dan memenuhi seluruh taman tersebut. Memang Liez akan teruja jika berkesempatan kesana.



Korea juga antara tempat yang Liez ingin lawati. Negara yang terkenal dengan Drama Korea yang tular sekitar tahun 2002, Winter Sonata. Juga terkenal sebagai lokasi romantik. Selain itu, Jepun juga ada dalam senarai percutian idaman Liez. Nak bawa anak-anak bergembira di Tokyo Disneyland dan Disney Sea Park. Bestnya !! Banyak lagi negara yang tersenarai tapi yang Liez sebut itu adalah sebahagian saja. Kalau nak cerita semua memang banyak episod nanti hihihi.

Sebenarnya tidak kira kemana sahaja lokasi yang korang hendak lawati, yang penting pastikan percutian korang telah dirancang dan diatur dengan sempurna. Kata hendak travel in style kan (of course la uolls!) Jadi perkara penting yang perlu dibuat selain menempah hotel penginapan adalah penempahan tiket penerbangan. Kalau boleh kita mahukan semuanya dalam harga tiket termasuk extra charge untuk excess luggage dan makanan semasa dalam penerbangan nanti. Jangan peningkan kepala, meh click sini Malaysia Airlines promosi terkini (MAS) kini di Traveloka. Tawaran terbaik korang boleh dapat hanya di Traveloka.

Tempahan juga sangat mudah, hanya perlu masukkan maklumat penerbangan yang diperlukan  seperti destinasi dituju, tarikh pergi dan balik serta bilangan penumpang. Tekan search dan maklumat penerbangan yang bersesuaian akan terpapar. 


Pilih mana waktu penerbangan yang kehendaki dan wallahhh !! Semuanya dah termasuk dalam tiket penerbangan. 


Bagi yang mempunyai Enrich kad, pastikan korang masukkan butirannya. 
Banyak point yang dikumpul, mana tahu boleh dapat tiket penerbangan percuma nanti.


Tak habis disitu je tau, masukkan butir pengenalan penumpang dan buat pembayaran boleh dibuat menggunakan Kad Kredit, Kad Debit, pembankan internet, Paypal juga di 7eleven.


Selepas pembayaran dibuat dan transaksi berjaya, nombor ID tempahan penerbangan akan dihantar terus ke email. Jika korang hendak membuat pengesahan tempahan hanya perlu masukkan nombor ID tempahan tadi seperti dibawah. 


Semudah ABC. Tidak perlu risau jika korang kehilangan nombor penerbangan kerana korang boleh membuat pengesahan bila-bila masa sahaja. Kalau korang menghadapi masalah dengan tempahan yang dibuat, boleh dapatkan bantuan 24 Jam di Traveloka.com Live Chat atau hubungi Khidmat Pelanggan di talian 015-48409469/ 03-7724 3501. 


Kini semua urusan pembelian tiket penerbangan dan hotel boleh dilakukan di Traveloka. Dan boleh dibuat bila-bila masa dan dimana jua. Pastikan telefon bimbit korang ada aplikasi Traveloka. Jangan tunggu lagi, dapatkan tawaran menarik hanya di Traveloka.

Website : 

Facebook : 

Instagram :