Berbuka Puasa sambil menderma di Royale Chulan Bukit Bintang
Lagi 46 hari lagi bulan Ramadhan akan menjelma. Kejap je dah nak berpuasa lagi. Bila Ramadhan nak dekat, hotel-hotel pun dah mula menawarkan promosi berbuka puasa. Dan ini adalah masa terbaik untuk korang membuat tempahan awal untuk mendapatkan harga melampau murah!! Boleh buat tempahan untuk berbuka puasa bersama keluarga, dengan kawan-kawan atau pihak syarikat menaja majlis berbuka untuk pekerjanya.

Liez telah dijemput untuk review menu berbuka puasa di Royale Chulan Bukit Bintang yang menawarkan sajian makanan lebih dari 30 jenis masakan tradisional dan tempatan yang lazat dari hidangan makanan utama hingga pemanis mulut.


Mashor Din - Pengurus Besar Royale Chulan Bukit Bintang
"Kami memilih Buffet Aneka Selera sebagai tema kali ini bermaksud semua orang boleh merasa pelbagai jenis hidangan dari menu utama hingga ke hidangan pemanis mulut"

Raja Kamaroszaman - Eksekutif Chef Royale Chulan Bukit Bintang
"Keistimewaan menu pilihan kami untuk Ramadhan ini adalah Rendang Itik, Nasi Arab, Kambing Golek, Gulai Kawah dan juga Bubur Lambuk"





Serius Liez suka kambing golek yang diperap sempurna dengan rempah ratus enak dihidangkan sekali dengan sos lada hitam dan sos cendawan. Nak pula makan dengan nasi arab.. perghh menyengat sangat. Untuk variasi pemanis mulut, memang bermacam-macam kuih muih yang ditawarkan dari kuih melayu tradisi hingga pencuci mulut gaya barat. Yang ini memang bahagian yang ramai akan beratur panjang menunggu giliran.. 


Royale Chulan Bintang Bintang juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti surau yang selesa untuk memudahkan tetamu untuk beribadah. So jangan risau ye.

Mashor Din - Pengurus Besar Royale Chulan Bukit Bintang
"Royale Chulan Bukit Bintang juga menganjurkan Kempen Amal Ramadan yang dipanggil Kad Ketupat untuk anak-anak yang kurang bernasib baik di rumah amal yang dipilih iaitu Rumah Anak Yatim Shifa dengan menaja Kad Ketupat sebanyak RM10.00 dan semua hasil akan diberikan ke Rumah Anak Yatim Shifa, "

Buffet Aneka Selera akan bermula pada 16 Mei hingga 14 Jun 2018 dari jam 7.00 petang hingga 10.00 malam pada harga RM98/dewasa, RM60/kanak-kanak dan RM60/warga emas. TETAPI..

Alamat :
17 021 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-2147 9898

Website:
www.royalechulan-bukitbintang.com