Kemana korang hujung minggu yang lepas? Alhamdulillah, Liez sekeluarga dan keluarga mertua telah bercuti ke Penang. Rasanya kali terakhir Liez bercuti dengan keluarga mertua pada tahun 2015 ke A' Famosa Resort. Waktu tu Liez tengah mengandungkan Niyaz.

Liez pun dapat tahu kami akan bercuti ke Penang bila Dearie bagitahu sebulan sebelum. Percutian disponsor oleh Abang ipar Liez, anak-anak Liez panggil Ayah Chor. Percutian ni sebenarnya nak menggantikan rancangan nak bercuti ke Korea. Tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, Penang adalah lokasi yang terpilih. Tapi Liez suka juga Penang sebab banyak tempat menarik dan makanan pun banyak yang sedap~ kerja makan je la kan!
Reservation desk

Lepas penat menyinggah ke Designer Village dan Bukit Bendera [next entry Liezs story ok] kami terus check-in di GLOW Penang hotel. Waktu dah hampir jam 6 petang dan masing-masing dah kepenatan. Alhamdulillah, Qaseh dan Niyaz tak meragam penat.. Jadi kami selamat check-in bilik masing-masing untuk mandi dan berehat sekejap sebelum itinerary seterusnya.
Bilik Superior
Jejak kaki ke dalam bilik, memang sangat selesa dan bersih. Tiada bau hapak dari karpet. Dengan warna interior kelabu dan kuning seakan serasi dan menampakkan keluasan bilik. Qaseh dan Niyaz tanpa dipelawa terus serbu ke atas katil.
Seronok dapat golek-golek atas katil

Bila  budak suka mandi jumpa bilik air cantik
Bilik air juga besar dan selesa~ nak mandi berdua pun no hal lah hik hik. Cukup semua kemudahan dan yang penting bagi Liez bersih. Baru seronok nak stay 2 malam tau. Cuma tiada sejadah disediakan. Tapi itu bukan alasan kan~ Kami guna tuala untuk dijadikan sejadah. Selesai masalah kan!

Nak jadi cerita  mandikan anak-anak, Niyaz mula merengek katanya lapar nak makan nasi. Belek service list rupanya tiada room service untuk hantaran makanan. Cafe hanya dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja. Nak taknak terpaksa Dearie keluar dan mencari kedai makanan. Luckily, ada restoran mamak berhampiran. So gembira la anak-anak dapat makan nasi walaupun kejap lagi nak keluar dinner dah.


Glow Penang hotel ini mempunyai 131 buah bilik dari 2 kategori bilik samada Superior atau Family room. Lokasi pun sangat strategik di tengah-tengah bandar Georgetown. Even banyak kedai-kedai berhampiran seperti kedai serbaguna, kedai buah-buahan, kedai menjual barangan souvenir dan banyak lagi hanya jalan kaki je. Untuk ke tempat-tempat lawatan seperti Komtar dan banyak lagi memang mudah. 

KEMUDAHAN DI GLOW PENANG HOTEL

Hotel ini dipilih oleh abang ipar Liez, so memang boleh dikatakan sangat sesuai untuk keluarga macam Liez.
Swimming pool yang tak sempat nak rasa terjun!
  • 24 jam reception / front desk
  • Mini gym dibuka 24 jam
  • Outdoor swimming pool~ tapi tak sempat nak terjun!
  • Cafe dan coffee house
  • Free wifi yang sangat laju
  • pool bar
  • bell boy
SARAPAN PAGI DI ZEST BAR CAFE, GLOW PENANG HOTEL
Bab makan ni Liez suka. Walaupun jumlah menu yang ditawarkan tidak banyak tetapi kami berpuas hati kerana servis cepat dan cekap serta makanan sangat sedap. Walaupun simple tadi cukup dan selera kami makan. Cuma service dibuka untuk sarapan pagidan makan tengahri hingga jam 2.00 petang sahaja.




So, Liez sangat berpuas hati dan recommended. Dan korang boleh buat tempahan melalui Trivago dari serendah RM169/malam. Berbaloi sangat. Kalau Liez ke Penang lagi, memang ini antara hotel yang Liez kan pilih.


Website:

Facebook:

Instagram: