Jom Berbuka Puasa Di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju
Jom Berbuka Puasa Di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju | Jom makan sedap! haa bab makan serahkan pada Liez ye.  Baru-baru ni Liez ke Makan Culture by Sakura Kristal di Aeon Big, Wangsa Maju. Mesti ada yang tahu Sakura Kristal kan? Makan Culture adalah franchise yang bermula pada tahun 2015 yang memperkenalkan makanan Asian -fusion dengan konsep kafe.


MAKAN CULTURE BY SAKURA KRISTAL

Sempena bulan ramadhan ini, Makan Culture by Sakura Kristal memperkenalkan set menu berbuka puasa dengan harga yang berpatutan dan yang lagi penting rasanya yang sedap.
Jom Berbuka Puasa Di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju
Bagi yang berbuka puasa dan ingin menikmati menu secara individu boleh mencuba Nasi seleksi makanan Nasi Ayam XL. Pelanggan boleh memilih antara Nasi ayam XL Ayam goreng atau Nasi Ayam XL Rendang ayam.


Hidangan disajikan bersama dengan ayam rendang atau ayam goreng ranggup bersama segelas air bandung cincau. Perrgghhh~korang mesti cuba ayam goreng ranggup yang pada Liez sangat sedap. Ayam yang ranggup di luar dan isi yang lembut. Rendang ayamnya cukup rasa dan yang penting saiz ayam besar dan berbaloi.

Bagi yang datang berkeluarga pula, boleh cuba 2 set makanan yang bagi Liez sangat berbaloi dan puas makan.



Set A RM170 (sesuai untuk 6 orang)
Nasi putih
Crispy Egg Floss Prawns (10pcs)
Special Claypot Seafood Curry OR Tomyum soup
Buttermilk chicken
Sweet & Sour Fish fillet
Mixed Vege with Beancurd
1 Jar Sparkling Limau Kasturi (1x refill)

Set B RM270 (sesuai untuk 6 orang)
Nasi putih
Crispy Siakap Sweet & Sour sauce
Crispy Egg Floss Prawns (10pcs)
Special Claypot Seafood Curry OR Tomyum soup
Buttermilk chicken
Stir fried beef & Ginger
Mixed Vege with Beancurd
1 Jar Sparkling Limau Kasturi (1x refill)

Terliur tak tengok semua menu tu? Liez dapat rasa semua menu tu memang berpuas hati. Kalau korang nak cuba menu lain pun takde hal. Banyak menu yang ditawarkan di sini antaranya Nasi Volcano, Buttermilk Spaghetti ayam goreng, Burger banjir, Mantao dengan Buttermilk chicken dan banyak lagi. 







Minuman juga ada bermacam dari minuman sejuk dan panas. Boleh lah korang cuba Triple chocolate yang dihidangkan dengan brownie, Teh tarik Leleh dan Cookies and Cream.

Credit to Ana Suhana
Credit to Ana Suhana
Credit to Ana Suhana
Credit to Ana Suhana
Korang jangan lupa masukkan Makan Culture by Sakura Kristal dalam list tempat berbuka puasa. Makanan sedap dan harga berpatutan. Bukan saja suasana kafe yang relax dan cool, servis juga sangat cepat dan mesra.

Makan Culture
Lot G-05, Aeon Big Wangsa Maju
6 Jalan 8/27A, Seksyen5
53300 Wangsa Maju, KL

Facebook:

Instagram: