LOVERA MAGIC JELLY GEL PELBAGAI GUNA
Lovera Magic Jelly Gel Pelbagai Guna | Liez nak story tentang satu produk yang sangat berguna, kiranya dengan satu produk bolehdigunakan untuk pelbagai guna. Mesti ramai yang pernah dengar produk Lovera Magic Jelly kan? Magic jelly dalam botol kecil tapi pelbagai guna tak kira dewasa atau kanak-kanak.

LOVERA MAGIC JELLY GEL
Gel yang dihasilkan dari Aloe Vera yang memang sangat bagus untuk kulit. Selain itu, ia mengandungi timun, Chamomile dan Jicama. Tekstur Lovera Magic Jelly berwarna jernih dan wangi je baunya. Yang penting bila disapukan,ia tidak melekit dan serap terus ke dalam kulit.
LOVERA MAGIC JELLY GEL KECANTIKAN PELBAGAI GUNA
KEBAIKAN MAGIC JELLY GEL
Rupanya banyak betul kebaikan. Nampak je kecil tapi bak kata pepatah "kecil-kecil cili api". Pertama kali Liez sapukan pada kulit yang kering seperti di siku dan lutut, gelnya cepat meresap dan tidak melekit. Penggunaan pun mudah, hanya picit sedikit Lovera Magic Jelly dansapukan pada kulit yang bermasalah.
LOVERA MAGIC JELLY GEL KECANTIKAN PELBAGAI GUNA
Untuk Kulit:
- merawat dan mengecutkan jerawat secara cepat
- anti kedutan
- mengecilkan liang roma
- membantu mengurangkan parut lama
- merawat Enzema
- sebagai pelindung cahaya matahari dan mengurangkan kesan terbakar
- sebagai pelembap kulit dan wajah
- sebagai makeup base dan makeup remover
- menghilangkan ruam pada bayi

Selain kulit, Lovera Magic Jelly boleh digunakan pada rambut. Sama je cara penggunaan, hanya sapukan pada kulit kepala atau pada rambut selepas mandi. Kemudian sikat atau urut secara perlahan supaya gel meresap dengan rata. Rambut akan bertambah lembut dan sihat!

Untuk rambut:
- mengurangkan kelemumur
- melembutkan rambut dari akar
- digunakan sebagai serum rambut
- membantu melebatkan rambut

Lovera Magic Jelly juga boleh disapukan pada bibir yang kering dan merekah dan kulit tumit yang kering tetapi boleh disapukan pada bulu mata untuk membantu bulumata tumbuh lebih lebat. Yesssss~ memang sesuai sangat untuk Liez yang mempunyai bulu mata pendek ni.

Korang jangan risau, Lovera Magic Jelly ini telah mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bermakna tiada Paraben, tiada bahan kimia terlarang, tiada pewarna tiruan, tiada mercury dan steroid. Lebih penting, ia mendapat pengiktirafan HALAL yang disahkan oleh JAKIM. So boleh digunakan tanpa was-was.






Jadi korang boleh dapatkan Lovera Magic Jelly ini yang dijual dengan harga RM70/botol (60ml). Untuk maklumat lanjut, boleh layari seperti dibawah:


Lovera Malaysia
Tingkat 10, Plaza Azalea,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam, 
Selangor Darul Ehsan
Tel: 011-32348255

Website

Facebook

Instagram