Hi korang.. pejam celik pejam celik dah makin hampir ke penghujung tahun 2018 kan? Buat kaki jalan-jalan inilah masa yang sesuai dan mesti dah merancang untuk bercuti hujung tahun yang panjang. Buat yang ada anak-anak bersekolah memang masa yang sesuai untuk pergi bercuti bersama keluarga. Tunggu anak-anak habis peperiksaan baru tenang nak pergi berjalan kan? Liez pun asyik intai-intai website airlines dan hotel untuk cari kalau-kalau ada promosi best untuk disambar.. Korang dan tahu kemana destinasi yang nak dituju? 

Apa kata korang ke Singapore? Ada banyak tempat menarik yang sesuai untuk seisi keluarga lawati. Dari Taman Tema/Taman Air, Senibina unik, Taman Rekreasi, Muzium, Galeri Seni, tempat beriadah dan banyak lagi


Universal Studio Singapore
Credit: https://www.rwsentosa.com
S.E.A Aquarium Singapore
Credit: https://www.rwsentosa.com
Esplanade – Theatres on the Bay
Credit: https://www.esplanade.com
Marina Bay Sands
 Credit: https://www.marinabaysands.com
Singapore juga syurga makanan bagi food lover. Macam-macam jenis makanan yang korang boleh dapat dari makanan tempatan dan barat.
Murtabak Zam Zam
Sup Tulang Merah

Pada yang suka aktiviti lasak dan mencabar, ada banyak lokasi dan tempat yang korang boleh cuba antaranya:
Mega Adventure
Credits: https://www.sentosa.com.sg
Kawat zip paling panjang di Asia Tenggara sepanjang 450m. Pengunjung akanditerbangkan selaju 60k/j melalui hutan dan pantai pulau

Forest Adventure
Credits: https://forestadventure.com.sg
Mempunyai 44 halangan yang berbeza, dari jambatan yang tinggi, kayu gerbang dan jaring yang goyah dari ketinggian 5 hingga 8 meter dari paras tanah

 Indoor Sky Diving
Credits: http://www.iflysingapore.com
iFly adalah simulator skydiving dalaman terbesar di dunia

Rupanya Traveloka dalam promosi menawarkan "SEEngapore - For a roaring good time!" untuk yang merancang untuk ke Singapore. Tawaran yang diberikan sangat menarik dan rugi kalau korang tak grab. Penjimatan dari tiket penerbangan dan juga diskaun untuk penginapan. Jadi,jangan lepaskan peluang untuk ke Seengapore dengan Traveloka Promo code

Traveloka adalah pakar dalam menyediakan perkhidmatan untuk percutian yang boleh korang percayai dan yang lagi penting ada banyak diskaun yang korang boleh dapat. Lagi seronok sebab korang tak perlu ke website lain untuk tempahan penerbangan dan hotel secara berasingkan kerana di Traveloka korang boleh buat semuanya. Kiranya Traveloka "one-stop travel app" yang memudahkan proses pembelian tiket penerbangan dan penginapan korang.

Traveloka ada diskaun hebat sebanyak RM50 flat rate untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia untuk ke Singapore melalui laman web atau aplikasinya. Hanya korang perlu masukkan kod kupon “GOSG”  semasa proses membuat pembayaran nanti. Liez tunjukkan cara nak buat tempahan tiket penerbangan di Traveloka ye.
Cara tempahan tiket penerbangan


1. Install aplikasi Traveloka terkini di App Store dan App store
  2. Cari dan tempahan penerbangan yang dikehendaki
 3. Buat pembayaran mengikut kaedah yang bersesuaian 
 4. Klik 'Apply' di ruang pembayaran
 5. Masukkan kod kupon GOSG dan klik 'Apply'


6. Dalam masa terdekat, e-ticket akan dihantar ke email

Kalau boleh sebelum membuat tempahan tiket penerbangan, persiapkan semua butir-butir peribadi seperti nombor MyKad/MyKid dan pasport. Bukan apa, senang kerja bila semua butiran dah ada. Tidak lah nanti tercari-carikan? Kalau kena yang ramai anak, mana nak ingat atau nak cari semua info diwaktu yang samakan?


Untuk penginapan pula, di Traveloka juga ada tawaran potongan harga bagi tempahan hotel sehingga 20% di Singapore. Woot..woot!! Memang berbaloi sangat dan bagi yang bercuti beramai-ramai memang jimat. Boleh jimat duit penginapan untuk shopping atau makan-makan di Singapore nanti. Jangan risau,nak buat tempahan hotel pun mudah di Traveloka. Liez tunjukkan ye~


Cara membuat tempahan hotel dengan Traveloka
1. Mulakan carian anda dengan mengisi destinasi atau nama hotel dan tempoh penginapan anda.
2. Pilih hotel dan klik untuk melihat butiran bilik hotel.
3. Pilih jenis bilik dan bilangan bilik yang dikehendaki
4. Isi maklumat dan butiran tetamu. Pastikan semua butiran adalah betul.

5. Pilih kaedah pembayaran pilihan anda.
Pastikan untuk membayar dalam had masa yang ditetapkan.
6. Email pengesahan bilik akan dihantar ke email.


Syarat-syarat tertakluk seperti dibawah
1. Promosi MYR50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID
2. Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu pembayaran
3. Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat
4. Tempoh tempahan: 1 September hingga 30 September (Subject to change)
5. Tempoh Perjalanan: Bila-bila masa

Korang ada install applikasi Traveloka dalam hp korang? Kalau belum boleh install aplikasi disini. Mudah dan korang boleh buat tempahan bila-bila masa sahaja.


Website : 

Facebook : 

Instagram :