KELEBIHAN LAZY 8 UNTUK PERKEMBANGAN OTAK ANAK-ANAK | Assalamualaikum korang. Cepat betul dah hari jumaat kan? Cuti lagi 3 hari, minggu lepas 4 hari cuti. Sakan dengan cuti bulan September ni. Anak-anak mesti seronok bila tak payah ke sekolah. Macam Qaseh cukup seronok bila kata cuti lagi hahahah~ tapi dia tak tahu mama dah plan banyak aktiviti untuk dia, bukan asyik main Barbie je. Salah satu aktiviti yang Liez beri pada Qaseh ialah LAZY 8.

LAZY 8 adalah salah satu aktiviti Brain Gym dengan huruf lapan mendatar. Ini antara aktiviti yang membantu mata untuk lebih relax dan membantu meningkatkan koordinasi otak kanan dan kiri. Jika huruf 8 yang dihasilkan besar, ia juga sebenarnya melibatkan pergerakan anggota badan seperti bahu.

KELEBIHAN LAZY 8
  • meningkatkan tahap fokus dan konsentrasi
  • bantu anak berfikir dengan jelas
  • memperbaiki kordinasi mata dan tangan (eye-hand coordination)
  • meningkatkan keupayaan pergerakan mata (gerakan mata dan bukan kepala ketika melihat)
  • meningkatkan daya ingatan
  • meningkatkan kawalan kelajuan dan kelancaran ketika menulis
  • mengimbangi emosi
  • mengingkatkan kemahiran Cross Laterality (crossing the midline of the body, your belly button, connects the right and left hemisphere)
  • membantu mengenalpasti tangan dominasi (kanan atau kiri)
Jom mula kan!!

  1. Lukiskan huruf 8 secara melintang di atas kertas A3 putih atau papan putih secara landskap.
  2. Letakkan bahagian tengah huruf 8 tadi selari dengan tengah badan.
  3. Gerakkan pensil/marker dari tengah huruf lapan nak bergerak ke kiri mengikut huruf lapan tadi.
  4. Bergerak terus ke kanan atas dan kebawah tanpa mengangkat pensil/marker. Teruskan sehingga pergerakkan lancar.
Nota:
  1. Lekatkan bahagian bawah kertas agar tidak bergerak.
  2. Gunakan kertas lebih besar untuk membantu tangan menyebarkan garis tengah lebih jauh.
  3. Mulakan Lazy 8 sebelum membuat homework kerana ia membantu anak untuk fokus dan tenang.

Kali pertama Qaseh cuba Lazy 8 ni agak perlahan dan dia berhati-hati. Tapi lama kelamaan Qaseh makin selesa dan pergerakkan tangan makin lancar. Aktiviti Lazy 8 ini sebenarnya sangat bagus dan sesuai untuk kanak-kanak penghidap Disleksia, ADD (Attention Deficit Disorder), Dyspraxia dan SPD (Sensory Processing Disorder)

Jom cuba pada anak-anak kita dan lakukan. 
Selamat mencuba!!