Buku Pink Qaseh |
Buku Pink Niyaz |
Sistem ini mempunyai penggunaan 4 tag warna. Penentuan tag warna ini adalah berdasarkan kepada penilaian faktor risiko ibu semasa lawatan ke klinik/rumah.
TAG MERAH - Rujukan segera ke Hospital dan pengendalian selanjutnya adalah bersama (shared care) Pakar O&G dan Pakar Perubatan Keluarga
TAG KUNING - Rujukan untuk pengendalian oleh Pakar O&G Hospital/Pakar Perubatan Keluarga, dan penjagaan selanjutnya boleh dilakukan bersama (shared care) Pegawai Perubatan dan Jururawat Kesihatan
TAG HIJAU - Pengendalian di Klinik Kesihatan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan dan pengendalian selanjutnya boleh dilakukan bersama Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di bawah pengawasan Pegawai Perubatan
TAG PUTIH - Penjagaan oleh Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa (sekiranya tiada terdapat faktor risiko yang disenaraikan dalam kod merah, kuning dan hijau, ibu diberi kod warna putih)
Di dalam situasi yang tertentu khususnya di kawasan pedalaman, di mana tidak terdapat Pegawai Perubatan, pengendalian boleh dilakukan oleh Jururawat Kesihatan/ Jururawat Masyarakat dengan pengawasan dari Pegawai Perubatan yang terdekat atau mudah dihubungi.
Pakar O&G/Pakar Perubatan Keluarga boleh menukarkan kod warna mengikut penilaian tahap risiko semasa ibu hamil. Tag warna yang dilekatkan dapat mempamerkan kod
warna yang telah diberikan sebelumnya.
Okay sekarang tengok buku pink memasing. Tengok Tag kaler apa yang tertampal pada bucu kanan atas buku tu. ada tak? kalau ada, kaji /Tanya doktor kenapa anda di berikan kod warna sedemikian ? jangan ingat sticker tu tampal saja saja
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan
Artikel sebenar di https://bit.ly/2P4Z8Z9
11 Comments
Baru tau maksudnya. Dulu tak amik tau pun. Hehe. Ana tag warna hijau.
ReplyDeletesama la dgn Liez..igtkan tu tanda ada masalah masa hamil.. hahaha
DeleteKinah dulu dua warna kuning dan hijau. Hehe
ReplyDeleteoooo...tak pernah ambil tahu..hehee
ReplyDeletetak per nanti I kumpul buku2 pink semua and share..hehee
boleh bookmarked ni nanti kalau dah kahwin, pregnant boleh tengok balik hehe
ReplyDeleteTeringin nak ade buku pink tu..
ReplyDeleteInsyaaALLAH ada rezwki iqin nnt...
DeleteLZ mengandung dan check-up di klinik swasta, masa tu takde lagi kuatkuasa buku pink ni..
ReplyDeleteSo takde record.. Tapi LZ dapat pengetahuan baru tentang buku pink ni. Thank you for sharing Mrs Liez.
xingt dah la sticker kaler kat buku pink tu.
ReplyDeleteWahhh nice sharing kak liez, nanti boleh rujuk nii kalau pregnant 😍
ReplyDeleteYg last sekali kaler kuning...insyaallah dah tak buka pink ni lagi
ReplyDelete