JAMU SELERA MENU ISTIMEWA DI INDOBOWL CAFE | Assalamualaikum. Minggu lepas Liez berkesempatan ke satu cafe yang menyajikan mee segera sebagai menu utama. Makan lagi!!! hai la Liez ni, asyik pasang niat nak diet tapi ke laut je hahahha~ Cafe yang Liez terjah ni pernah viral di social media kerana keunikkan dan kelainan dalam setiap hidangannya. Hmmm, sound interesting kan?
INDOBOWL CAFE SUNGAI BESI
Indobowl cafe ini di inspirasikan untuk memperkenalkan menu makanan berkonsepkan street food atau makanan jalanan yang terkenal di Indonesia. Makanan utama yang digunakan ialah mee segera Indomie. Sebenarnya Liez teruja nak cuba menu viral yang popular dan menjadi pilihan pelanggan di Indobowl cafe ini. Antara menu yang Liez cuba
Jumbo Mambo Seafood Soto @ RM 39.90
Menu ini didatangkan dengan portion yang sangat besar. Boleh dimakan untuk 2hingga 4 orang. perrghhh~ memang jenuh nak habiskan tau. Kalau korang datang ramai, memang sesuai order Jumbo Mambo Seafood Soto ni. Isinya penuh dengan pelbagai makanan laut seperti udang besar, sotong, isi ketam dan fishball. Standard rasa soto dan yang penting pedas. Baru la terangkat!
Indomie Salted-egg Chicken @ RM 11.90
Ini adalah favourite Liez. Dalam satu mangkuk Indomie ada beberapa ketul isi ayam yang digoreng dan disalut dengan kuning telur masin. Dimakan dengan sambal belado, telur mata kerbau dan hirisan timun. Pergghh~ memang sedap sebab secocok dimakan dengan sambal tu.
Indomie Cheesy Chicken Chop @ RM 14.90
Menu yang sangat sesuai untuk yang sukakan cheese dan tidak pedas. Maknanya korang boleh order untuk anak-anak makan. Semangkuk Indomie dihidangkan bersama ayam yang di pan-grilled dan dituang cheese cair, telur mata kerbau dan hirisan timun.
Satay Ayam Madura (set of 5) @ RM 8.00
Kalau tengok macam satay ayam biasa tapi sebenarnya lain. Ia saluti dengan kuah kicap istimewa dan ditabur dengan hirisan bawang. Ada satu rasa istimewa iaitu rasa Indonesia di situ. Haa! macam mana nak terangkan rasa Indonesia tu? Tak tahu nak terangkan. Mungkin sebab Liez ada darah keturunan Minang Indonesia so boleh tahu rasa Indonesia tu. Sedap!!
Giant Es Cendol (kiri) Giant Soda Gembira (kanan) @ RM8.90
Minuman ini memang korang kena share 3 orang pun boleh. Memang besar gelasnya. Giant Es Cendol pekat dengan rasa lemak santanya. Giant Soda Gembira tu adalah air sirap bandung yang dicampur air soda dan biji selasih.
Bagi yang tak makan mee segera atau Indomie, ada juga menu-menu lain yang boleh korang cuba disini iaitu pilihan nasi goreng, pilihan Indomie, satay dan sambal matah special.
Dekorasi Indobowl cafe ni memang cool, suasana dan dekorasi cafenya sangat simple dan minimal. Tidak terlalu sarat dengan dekorasi dan yang penting rasa relax. Liez suka suasana macam ini sebabnya Liez dapat menikmati makanan dengan lebih fokus dan tenang..ahak~ Poyo tak? hihihi. Untuk cafe pula Liez bagi 10/10 sebab Liez sukakan suasana yang ringkas dan bersih dan tiadabau yang tidak menyenangkan.

Antara menu yang Liez cuba, Liez memang suka dengan Indomie
Salted-egg Chicken dan pilihan kedua adalah Satay ayam Madura.
Liez bagi 8/10, yeay!!
Bagi yang tak makan mee segera atau Indomie, ada juga menu-menu lain yang boleh korang cuba disini iaitu pilihan nasi goreng, pilihan Indomie, satay dan sambal matah special.
Dekorasi Indobowl cafe ni memang cool, suasana dan dekorasi cafenya sangat simple dan minimal. Tidak terlalu sarat dengan dekorasi dan yang penting rasa relax. Liez suka suasana macam ini sebabnya Liez dapat menikmati makanan dengan lebih fokus dan tenang..ahak~ Poyo tak? hihihi. Untuk cafe pula Liez bagi 10/10 sebab Liez sukakan suasana yang ringkas dan bersih dan tiadabau yang tidak menyenangkan.
Kalau korang nak cuba makan Indomie dengan citarasa lain dari yang lain,boleh ladatang ke Indobowl Cafe. Mepunyai 2 cawangan, satu di Subang Jaya dan yang kedua di Sungai Besi. Kalau nak datang makan beramai-ramai boleh buat tempahan seperti details dibawah.
Cawangan: Indobowl SS15
66, Jalan SS 15/4C, SS15
47500 Subang Jaya
Cawangan : Indobowl Sungai Besi
72, Jln Tasik Utama 7, Lake Fields
Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur
Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur
Hubungi:
019- 542 6869
Waktu Operasi:
Isnin hingga Ahad
10 pagi hingga 10 malam
Website:
Facebook:
Instagram:
21 Comments
Ashhh jauhhh...kalau dekat, harini juga dah serang hahahahaa
ReplyDeleteSalted egg chicken tu macam menarik hihi. Harga pun macam ok.
ReplyDeleteJauh dari Seremban huhuhhu...
ReplyDeletewaa sedap2 belaka lah bila tengok gambar2 makanan di Indomie ni semuaa adoii terliur pulak tengok haha. Semua nampak mcm menarik dan bila tgk harga pon not bad very affordable jugak kan. Nanti kalau ke area sana rasa nak try lah makan kat Indomie ni hehe 😁
ReplyDeleteyes yes aida ada baca ni kat blog bloggers lain.
ReplyDeletemenarik. mee segera dlm pelbagai menu yg kreatif.
tak semestinya cara biasa jer kan.
teringat plak utube adik Oki h aha ha ha ha...
tau le indomie ni produk negara dia, kan :)
Sedapnya semua makanan..SA suka indomie tp jarang makan..nanti nak cuba la restoran ni...macam2 ada tu ha..buat terliur je
ReplyDeleteSedapnya nampak menunya tu tapi kita jarang makan indomie. Hmmm terliurlah pula
ReplyDeletesatay ayam madura ni nampak sedap. Cara masakan ala indonesia. Nak rasa jugak.
ReplyDeleteRindunya nak makan kat sini...walaupun kalau ikutkan tipikal mee goreng segera je pun tak masyaAllah dah campur itu ini jadi sedap...Sally suka semua jenis sambal-sambal dia!
ReplyDeleteWAJIB CUBA sebab harga berpatutan.Tak macam kafe hipster lain harga cekik darah hehehe.
ReplyDeleteYang ni nampak jimat dan tengok review kak liez sedap jer hehe
Nak bawak bini pergilah sebab es cendol tu jimat boleh kongsi hahaha.
ReplyDeleteDekat sangat dengan tempat kerja lama ni.
alahai kenapa jauh tempat ni... terliur-liur dah tengok menu tu.. hahahaha
ReplyDeleteDah lama tau pasal indobowl ni tapi location dia tak sesuai sebab agak jauh dari rumah kita. next time nak visit sebab tengok byk nau menu sedap2 :D
ReplyDeletebest kan food food yg ada dlm menu semua. i dah pernah pg 2 kali dah. nanti nk pg lg sekali lah :D
ReplyDeleteSuka betul dengan rasa keenakan indo mie mee goreng yg diubah menjadi resepi lain. Sangat sedap. Harga pon berpatutan. Lepas nie kena repeat lagi lah nampaknya
ReplyDeleteAlamakk.. tgk posting menu indobowl nie laparr la plak memlm nie.. AM paling suka chicken salted egg indobowl.. memang sedap woo..
ReplyDeleteHari tu kat jakarta, ada juga nampak street hawker food, dan memang nampak sedap tapi terpaksa tahan hati nak cuba sebab takut perut sya tak dapat accept makanan tu..kawan pun tak recommend makan kat tepi jalan...so memang sesuailah ada restoren begini kat Malaysia yg menyajikan makanan street food indonesia versi restoren...
ReplyDeleteteringat ayam madura tuu..
ReplyDelete2 kali dah datang sini. Memang fav saya dengan suami yang salted egg tu. Lepas tu suka juga order mee biasa dia. sEdap.
ReplyDeleteNampak sedap makanan kat IndoBowl ni
ReplyDeleteVote for sambal merah haha.. Kalau suami minat soto mambooo tu...kami dh repeat kahkah
ReplyDelete