MARI SERTAI KEMPEN JOM BERZAKAT @ zakat.com.my


MARI SERTAI KEMPEN JOM BERZAKAT @ zakat.com.my | Tahukah korang, Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. Oleh itu, seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh mengakibatkan murtad. Manakala individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat.



Justeru itu, Pusat Pungutan Zakat -Majlis Agama Islam Wilayan Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengadakan pelancaran kempen jom berzakat @ zakat.com.my untuk menggalakkan orang ramai untuk menunaikan zakat selain berpeluang untuk memenang hadian tajaan yang berlangsung mulai dari 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2018. Pelancaran Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir, Pengarah SeriGroup Global Sdn. Bhd, Puan Noradzura Podzi dan Pengarah Bersama SeriGroup Global Sdn. Bhd., Encik Muhammad Khalif Samsudin.


Pihak PPZ-WAIMP membina portal PPZ-MAIWP untuk kemudahan bayaran zakat dibuat oleh masyarakat umum yang ingin menunaikan kewajipan berzakat bagi membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf melalui kaedah pembayaran secara online pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat. Dan pihak SeriGroup Global Sdn. Bhd. berbesar hati untuk menaja 20 hadiah untuk dimenangi pada setiap bulan iaitu Ogos, September dan Oktober 2018 kepada umum yang membuat pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP, di www.zakat.com.my.



Selain itu kempen ini dijalankan adalah khusus bagi menggalakkan para peniaga online, sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di Wilayah Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun bekerja di luar negara serta amnya kepada umum yang ingin memudahkan pembayaran zakat mereka.

SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN:
  • pembayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP – www.zakat.com.my/kempen dalam tempoh kempen bermula dari 1 Ogos 2018 – 31 Oktober 2018.
PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam terutamanya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat melalui platform Portal PPZ-MAIWP agar ianya dapat mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang ada di dalam harta kita disamping mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar.

 Untuk lebih maklumat, korang boleh hubungi seperti yang tertera dibawah

Website:
http://www.zakat.com.my/

Facebook
https://www.facebook.com/myzakat/

Instagram
https://www.instagram.com/pusatpungutanzakat/

”PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”

Post a Comment

6 Comments

  1. setiap thn x lupa bayar zakat fitrah n pendapatan..

    ReplyDelete
  2. wah menariknya insiatif pusat zakat, semakin lama semakin bijak dengan menawarkan hadiah yang menarik untuk para peserta zakat, harap dengan cara ini dapatlah muslimim muslimat bersemangat membayar zakat sebagai rukun islam..

    ReplyDelete
  3. Kempen yang bagus.. berzakat dan menang hadiah..

    ReplyDelete
  4. Lebih mudah ada sistem untuk orang bayar zakat

    ReplyDelete