Althea Pore Purifying Serum Cleanser Bertindak Sebagai Pembersih dan Serum Untuk PH Kulit Lebih Seimbang | Assalamualaikum korang. Tahukah korang, bila kulit kita terdedah kepada sinaran matahari, pencemaran dan menggunakan bahan kosmetik yang mempunyai bahan kimia ia akan menjejaskan kulit bukan sahaja luaran tapi dari dalam kulit? Kulit akan menjadi kusam, kering dan PH kulit tidak normal. Jadi korang kena mendapatkan produk yang bukan sahaja selamat digunakan tetapi yang membantu menjaga kulit. Terbaru Althea telah mengeluarkan produk yang bukan sahaja membersihkan wajah tetapi juga mengandungi serum.



Althea Pore Purifying Serum Cleanser 
Produk terbaru yang dikeluarkan oleh Althea ini bukan sahaja digunakan sebagai pencuci wajah tetapi bolehh dijadikan sebagai menanggalkan solekan, membantu membersihkan liang pori di wajah. Lebih istimewa ia mengandungi serum untuk melindungi, melembapkan dan yang penting membantu mengekalkan PH kulit pada tahap yang normal.



Keistimewa Althea Pore Purifying Serum Cleanser

  • tahap PH 5.5 - 6.5 untuk memastikan kulit sihat
  • membersihkan solekan dengan lebih berkesandan tidak mendatangkan kerengsaan
  • mempunyai dua fungsimembersih dan serum untuk memberikan kelembapan
  • dengan ekstrak mint leaf ia menanggalkan kotoran, membersihkan liang pori dan sel-sel kulit mati

Kali pertama Liez mencuba Althea Pore Purifying Serum Cleanser memang teruja. Bau daun mint yang segar terus buat rasa nyaman. Bahan-bahan terbaik dalam Althea Pore Purifying Serum Cleanser sangat berkesan untuk memastikan wajah kita sentiasa bersih dan segar. Liez dapat rasa kulit tak kering dan yang penting nampak bersih.
  • Mint leaf extract - menyejukkan kulit dan merengsakan kerengsaan
  • Jojoba seed oil - melembapkan kulit dam memberikankelembutan pada kulit
  • Tea tree leaf extract - mempunyai sifat antibakteria dan membantu memberSIhkan kulit lebih mendalam

Untuk menanggalkan solekan:
Langkah 1: Tuang Althea Pore Purifying Serum Cleanser pada tapak tangan atau pad tisu
Langkah 2: Sapukan pada wajah secara membulat sehingga hilang semua solekan
Langkah 3: Bilas wajah dengan air dan keringkan.

Untuk membersihkan wajah:

Langkah 1: Tuang sedikit Althea Pore Purifying Serum Cleanser pada tapak tangan 
Langkah 2: Sapukan pada wajah secara membulat dengan lembut selama 5 - 10 saat dan bilas dengan air bersih


Untuk pembelian, korang boleh dapatkan di Althea dengan harga RM 33/150ml


Website

Facebook

Instagram