EGG-CITING” bersama Domino's “EGGSTRA SHIOK” Royale, Salted Egg
Pizza yang Baru! | Domino’s telah melancarkan menu terkini iaitu Royale
Salted Egg piza. Tawaran terhad ini mempromosikan kerak Royale merah yang
dipadankan dengan sos telur masin bersama taburan telur masin untuk menambahkan
“Eggstra kick” yang enak untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sempena pelancaran menu terbaru Domino’s Royale Salted
Egg, diskusi menarik bertemakan “The Rise of Salted Eggs” telah diadakan. Mori
Said dan Adikfoods telah dijemput untuk memeriahkan lagi perbincangan bersama
dengan Linda Hassan, Naib Kanan Presiden, Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia
& Singapura. Semasa sesi diskusi tersebut, para panel berkongsi pendapat
dan pandangan mereka terhadap tren telur masin serta membincangkan pelbagai
topik seperti hidangan telur masin yang paling unik serta luar biasa yang
dinikmati oleh rakyat Malaysia. Perbincangan tersebut telah membuktikan bahawa
telur masin adalah sebuah hidangan yang versatil dimana ia sesuai untuk dipadankan
bersama hidangan tempatan mahupun barat dan perisa yang sesuai untuk hidangan
makanan utama mahupun pencuci mulut.
Berpegang teguh kepada janjinya “It’s All About You”,
Domino’s sentiasa memastikan kehendak para pelanggan dipenuhi dan ini terbukti
dengan penghasilan Salted Egg piza. Demi memenuhi citarasa para pelanggan,
terdapat tiga jenis piza yang boleh dipilih iaitu Royale Chicken Pizza, Royale
Tuna Pizza, dan Royale Delight Pizza. Ramuan unik yang berjaya menyatukan
pelbagai rasa sekaligus melazatkan piza ini adalah sos telur masin. Pizza
Royale ini dihasilkan khusus untuk mengimbangkan rasa lazat dan berkrim yang
melengkapkan rasa dalam setiap gigitan. Tambahan lagi, Domino’s memperkenalkan
Royale Chicken Wings yang disaluti telur masin dan daun kari yang aromatik.
Domino’s juga memperkenalkan Royale Cheesy Stix baharu, dengan sentuhan emas
bagi melengkapkan menu ini.
Linda Hassan, Naib Kanan Presiden, Pemasaran
Domino’s Pizza Malaysia & Singapura berkata, “Telur masin kini bukan lagi
asing dalam kalangan kita dan ini adalah kerana ia adalah makanan asas bagi
rakyat Malaysia. Ini dapat dilihat apabila popularitinya meningkat dimana ia
digunakan dalam pelbagai jenis makanan. Kami berasa amat “Egg-cited” kerana
dapat berkongsi telur masin versi kami yang tersendiri. Kami juga berbesar hati
kerana dapat memperkenalkan sos terbaru ini yang bukan sahaja akan
membangkitkan selera mereka tapi juga bakal mencetuskan rasa nostalgia. Sejajar
hidangan pada musim perayaan, piza telur masin Domino’s yang baru ini bakal
menjadi penambah hidangan yang sesuai dalam meraikan perayaan dan juga bersama
yang tersayang.”
Shamsul
Amree, Timbalan Presiden, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia & Singapura
berkata, “Selain daripada memastikan para pelanggan teruja dengan perisa yang
unik dan baru, kami juga sentiasa berpegang kepada janji untuk meningkatkan
pengalaman mereka melalui pelbagai cara. Kami berbangga kerana dapat memberikan
perkhidmatan yang berkualiti serta menyediakan pengalaman yang baik buat para
pelanggan kerana dengan cara inilah kami mahu mereka mengingati kami. Misi
utama kami adalah untuk mencipta pengalaman yang istimewa buat pelanggan
menerusi perkhidmatan terunggul yang kami sediakan. Dalam menuju kearah
mencapai matlamat kami untuk memiliki 300 buah kedai menjelang 2020, kami akan
terus berusaha untuk menyediakan kemudahan yang terbaik, produk yang
berkualiti, perkhidmatan terunggul serta menyediakan nilai buat pelanggan kami.
Domino's Pizza launches three Egg-cellent pizzas namely the Royale Chicken Pizza, the Royale Tuna Pizza and the Royale Delight Pizza! |
Untuk nilai yang lebih berbaloi, para pelanggan boleh
memilih Royal Combos yang terdiri daripada Royale Buddy Combo hanya pada
RM39.90 dan Royale Super Combo hanya untuk RM59.90. Di samping itu, para
pelanggan boleh menambah Royale Chicken Wings pada RM12.90 atau RM13.70 sebagai
ala carte. Selain itu, pelanggan
juga boleh memilih untuk menambah Royale Cheesy Stix pada harga RM8.90 atau
RM9.25 sebagai ala carte.
Pelbagai menu
edisi terhad terbaharu seperti Eggstra Shiok Royale
Salted Egg pizza, Royale Chicken Wings dan Royale Cheesy Stix boleh didapati di Domino’s
Pizza di Semenanjung Malaysia bermula daripada 11 Februari 2019. Anda boleh
mengunjungi cawangan Domino’s,
membuat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my/, atau menghubungi 1300-888-333.
Untuk mengetahui
tentang menu terbaru Domino’s Pizza Royale Salted Egg dan juga promosi yang
sedang berlangsung, sila layari laman web kami di http://www.dominos.com.my/.
Mengenai
Domino’s Pizza
Dengan
penghantaran lebih 1 juta piza sehari di seluruh dunia, Domino’s merupakan syarikat penghantaran piza paling
pantas berkembang dan terkenal di dunia dengan komitmen untuk mempelopori
industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan operasi. Domino’s Pizza,
Inc. mengendalikan rangkaian global 14,000 cawangan miliknya dan francais di
seluruh Amerika Syarikat dan lebih 85 pasaran. Di peringkat antarabangsa,
Domino’s disenaraikan dalam kumpulan lima syarikat teratas dari segi transaksi
dalam talian.
Setakat Suku 2, 2017, Domino’s Pizza Malaysia ialah
pasaran Domino’s yang mencapai pertumbuhan paling pesat di Asia Tenggara dan
kelima di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada 1997, Domino’s Malaysia diuruskan oleh
pemegang francais utama, Dommal Food Services Sdn Bhd. Sehingga ini, terdapat
236 cawangan Domino’s Pizza di negara ini.
Di
Domino’s Pizza, kami BERBANGGA dengan komitmen kami untuk memperkaya kehidupan
pelanggan kami, kakitangan kami, rakan niaga kami, pemegang saham kami dan juga
masyarakat. Sebagai salah satu jenama paling digemari di Malaysia, kami akan
melakukan lebih lagi untuk mengukir senyuman di wajah anda dan juga menegakkan
budaya kami untuk ‘menjual lebih piza, mencetus lebih keseronokan’. Selaras
dengan falsafah syarikat kami untuk berusaha secara bijak, Domino’s komited
untuk memberikan pengalaman penghantaran piza yang tiada tandingan kepada
pelanggan, dengan jaminan kepuasan produknya, jaminan penghantaran dalam masa
30 minit dan jaminan pesanan bawa pulang dalam masa 15 minit.
Melangkah maju sebagai syarikat e-dagang, Domino’s Pizza
telah mencipta banyak pencapaian pertama dalam platform digital. Domino’s Pizza
Malaysia telah menggunakan dunia digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula
apabila diiktiraf sebagai syarikat QSR pertama yang menyediakan platform
pesanan dalam talian oleh Buku Rekod Malaysia dengan pelancaran laman webnya
pada 2003. Platform pesanan dalam talian Domino’s Pizza Malaysia juga diberi
penarafan #1 untuk kelajuan perkhidmatan dalam taliannya dalam industri QSR.
Domino’s Pizza Malaysia merupakan pemenang Anugerah Gold
Franny 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016, iaitu Anugerah Pencapaian yang
disanjung tinggi daripada Persatuan Francais Antarabangsa di Perhimpunan
Sedunia Domino’s Pizza. Berbekalkan keyakinan yang ditunjukkan oleh
pengguna Malaysia, Domino’s Pizza
telah memenangi Anugerah Gangsa dalam kategori “Restoran & Makanan Segera”
di Anugerah Jenama Putra 2014, Perak pada 2015, Gangsa pada 2016, Perak pada
2017 dan Gangsa pada 2018.
22 Comments
Sedapnyaaa...terliur la pulak...
ReplyDeletebila lah agaknya nak gi makanan dominos hahhah
ReplyDeleteHari ni kan menu ni keluar. Rasa tak sabar pulak nak try. Sure sedap.
ReplyDeleteDengar Dengar mersing ni baru buka Dominos. Nanti boleh la try menu abru dorang.
ReplyDeleteTapi kena tunggu baik dulu la dari kesan operation ni.
Dominos sedap..
Dah la menu pelbagai..
Semalam baru cuba pizza ni..memang sedap..kalau kita penggemar salted egg mesti cuba pizza terbaru dari Domino's ni
ReplyDeletewahhh dah ada telur masin pula.. hujung minggu ni bolehlah cuba.
ReplyDeleteLama xmkn dominos. .. Yg ni sedap eh. .Nnt nak try jugak la.tngok rasa dia mcm mana
ReplyDeleteSaya kan, tengok akak dah macam duta pizza sebab akak lah antara blogger yang paling kerap update promosi terbaru domino. Saya yang domino bawah rumah pun tak tau latest promotion. Saya masuk blog akak untuk cek. Hahahaha. Tq akak!
ReplyDeleteTak sabar nak cuba pizza baru dari Dominos ni. Ramai yang dah cuba cakap best! Rumah jauh pulak dari Dominos. kena tunggu cuti panjang atau berjalan ke mana2 baru dapat singgah makan Dominos
ReplyDeletebelum cuba!
ReplyDeletelama juga tak oder dominos ni.
weekend ni in shaa Allah :)
tapi tu la, da ada menu special stand by nak masak dah,liez.
hu hu hu hu lah nanti. tangguh lagi la oder nyer.
Macamana la rasanya tu. Kalau salted egg kena ada cili juga utk potong rasa lemak masin tu kan....kadang2 ada je budak2 dominos jual depan sekolah anak. Murah juga harganya...
ReplyDeleteSedap ye wak? Teringin nak try tapi lom berkesempatan nak gi hehe
ReplyDeleteLama dah tak order Dominos ni. Whoa! ada perisa baru? Salted Egg pulak tu! Mesti mau try ni. This weekend boleh la order.
ReplyDeleteI suka dominos. Pizza dia kalau dah sejuk pun still sedap jugak. Tak sabar nak gi dominos habiskan voucher RM5O yang ada ni. Nak dekat expired dah
ReplyDeletePergh mesti sedap yaamat kan. Saya ni pantang twngok produk makanan dari telur masin ni. Nak try la nanti.
ReplyDeleteBaru cuba semalam tpi honestly tak sedap. Tak kene dgn tekak. Hahaha. Lain giler rasa die... Prefer yg samyang sedap lagi.hehehe
ReplyDeleteLately ni sis asyik tengok dominos salted egg ni..geram pulak jadinya. Ni yang sis nak gi Dominos ni..dah le fav sis salted egg..nak rasa gak kena tak gan pizza
ReplyDeletewalaupun dominos depan rumah tapi jarang pergi..ahhaa..banyak dah menu dekat dominos ni ye..ni pulak telur masin..nak kene cuba ni
ReplyDeleteMemang dah tak boleh sabar sabar lagi nak cuba menu baru yang gunakan telur masin ini. Meleleh air liur ini. Ha 😁
ReplyDeleteMy bosses will be very happy to learn about the new pizzas as they both love Domino's. Now I want to try them out for lunch too.
ReplyDeleteDah rasa haritu. Seriously memang sedpa, berbaloi la harga dia mahal sikit sebab memang tak kedekut telur masin tu.
ReplyDeletesedapnya makan dominos rasa telur masin ni kita tengok pun sungguh sedap dan menyelerakan rasa macam nak order sekarang jer dominos hehehehe sapa ada baucer...
ReplyDelete