Resepi Dumpling Mudah Dan Yang Pasti Sedap | Assalamualaikum korang. Macam mana dengan hari minggu korang? Ada yang berjalan-jalan dengan keluarga atau kawan dan ada yang lepak dirumah je. Liez pula macam biasa memang habiskan masa dengan family sebab mak ayah Liez datang ke rumah. So hari minggu plan nak buat dumpling untuk family makan.
![]() |
Resepi Dumpling Mudah Dan Yang Pasti Sedap |
Bahan-Bahan
Kulit dumpling ( boleh dibeli di pasaraya)
300g isi ayam *dikisar
100g isi udang * dicincang kasar
50g sengkuang cina (Water chestnut) / sengkuang biasa *potong dadu kecil
Cendawan Shitake kering * rendam dan cincang halus
Cendawan telinga kering * rendam dan cincang halus
Daun bawang *dicincang halus
1 sudu kecil minyak bijan
1 biji telur
Serbuk Lada sulah atau serbuk perencah Hilal
Garam
- campurkan semua bahan- bahan untuk inti dan gaul hingga rata
Cara penyediaan dumpling:
1. Ambil sekeping kulit dumpling dan isikan inti setengah sudu.
2. Cara untuk membentuk dumpling boleg tengok video dibawah.
3. Selesai semua, bolehlah dumpling tadi digoreng atau dimakan dengan sup.
Nota:
1. Selain ayam dan udang,boleh gunakan sayuran untuk intinya
2. Dumpling juga boleh digoreng, dimakan dengan sup atau disimpan untuk sejukbeku
Nampak macam senang kan...SA save resepi ye..nanti nak cuba kat rumah Seremban..
ReplyDeletekena cuba ni sebab selalu beli kat luar je...haha
ReplyDeleteAlahaii bestnya resepi ni kak liez.. Nak kena bookmark ni nanti boleh cuba masak.. Btw comel betul gambar kak liez 😍❤️
ReplyDeletewoaah akak..!! nampak so good. kalo CT buat ni da senget benget kot jadinya. hehe tau makan je nak buat x reti =P
ReplyDeleteoo ini ke yang hangat diperkatakan tu. kalau sebelah rumah dah lama buat muka tebal minta sikit. hehe
ReplyDeletesedapppp...nak repeat ahh...sila buka order sekarang! hehe
ReplyDelete