Teruja Untuk Mencuba Althea Make Up Box Yang Terbaru

Teruja Untuk Mencuba Althea Make Up Box Yang Terbaru | Sapa tak teruja kalau dapat sekotak barangan solekan kan? Liez memang dari dulu kaki mengumpul barang-barang solekan tapi makeup jarang sangat. Melainkan kalau ada event atau majlis yang perlu kita merapikan diri untuk nampak menarik. Bila dapat je sekotak barangan yang best memang meronta-ronta la nak cuba walaupun Liez tak pandai makeup pun.

Kalau Liez sebut Althea mesti dah tahukan dari post-post Liez yang sebelum ini. Memang Althea terkenal kerana memperkenalkan jenama-jenama penjagaan kulit dan barangan solekan dari negara Korea. Kali ini Althea mengeluarkan set solekan yang wajib korang dapatkan. Baca tentang >> Althea Sunaway Set 

Kali ini Liez nak share produk-produk terbaru dari Althea yang Liez lakukan dalam video secara tutorial.

ALTHEA MAKEUP BOX
Teruja bila buka kotak Althea kali ini kerana ada beberapa barang yang dikeluarkan sendiri oleh Althea. Ada 5 barang yang semuanya best dan sesuai untuk yang nak belajar solekan.

1. SKIN RELIEF SPOT GEL (15ML)
Antara yang bagus dan perlu ada dalam koleksi barang solekan korang. Skin relief spot gel ini membantu solekan wajah korang jadi lebih sempurna tanpa ada tanda-tanda jerawat pada wajah dan membantu merawat jerawat dengan cepat dan berkesan.



Tree tree oil - mempunyai sifat antibakteria untuk merawat jerawat
Centella asiatica extract - meredakan kemerahan dan menguatkan kulit
Pine leaf extract - kaya antioksidan untuk membaiki dan menenangkan kerengsaan.

Hanya sapukan secara nipis pada kulit yang  yang berjerawat atau kemerahan. Biarkan seketika sehingga kering dan solekan boleh dibuat.

Dapatkan >> SKIN RELIEF SPOT GEL <<

2. FLAWLESS CREAMY CONCEALER (6G)
Ini wajib ada untuk solekan lebih sempurna. Menutup kegelapan pada  sekitar mata, dan cela dengan bedak asas memang tidak mencukupi. Kandungan dengan formula yang melembapkan kulit, berkrim dan tahan lebih lamamemang produk terbaik Liez pernah cuba tau! Ada 4 warna yangsesuai untuk semua tona warna kulit asia, #01 Vanilla, #02 Ginger, #03 Honey dan #04 Mocha.



Aquaxyl - berasal dari pokok bir yang menghalang kelembapan hilang dari kulit dan mengelak dari dehidrasi. Sapukan pada kulit bawah mata atau pada kulit yang ada cela. Kemudian ratankan dengan tangan atau dengan sponge.

Dapatkan >> FLAWLESS CREAMY CONCEALER <<

3. EYE PALETTE SUNRISE & MOONRISE BCL X ALTHEA
Ini adalah palet solekan mata pertama dari Althea yang cantik dan menarik hati Liez. Ada 8 warna yang menawan dan mewah sangat sesuai untuk yang sukakan solekan gaya elegen dan juga solekan ringan. Tekstur yang sangat pigmentasi, senang untuk diblend an warna kekal lama. Serius Liez seronok untuk gunakan walaupun Liez rasa ia agak terang untuk Liez. ahak~




Lebih menarik lagi ia adalah kolaborasi Althea dengan artis terkemuka Indonesia, Bunga Cinta Lestari. Beliau juga adalah ikon fesyen dan kecantikan yang sesuai dengan kolaborasi ini.


4. SPOTLIGHT EYE GLITTER (4.5ML)


Ada 2 warna giltter, #01 Gold Light dan #02 Pink Light yang sesuai untuk di suai pakai dengan warna solekan mata. Boleh digunakan sebagai eyeliner atau disapukan pada kelopak mata untuk menaikkan seri solekan mata dengan kilauan menggoda. 




Dapatkan >> SPOTLIGHT EYE GLITTER <<

5. WATERCOLOR CREAM TINT (4.5ML)


Koleksi pemerah bibir dengan 4 warna yang menarik dari Althea iniakan membuatkan korang jatuh hati pada sapuan pertama tau! Walaupun Liez bukan lah peminat warna-warna terang macam ini tapi tetap warnanya sangat cantik. #01 Plum cream, #02 Strawberry cream, #03 Peach cream dan # 04 Marron cream.




Setiap warna sangat pigmentasi dan dilengkapi kilauan menawan. Althea watercolor cream tint mengandungi Asid Hyaluronik dan Squalene untuk melembapkan bibir dan mengelakkan bibir kering dari mengelupas. Sangat sesuai untuk yang mengalami bibir cepat kering tambahan lagi dengan cuaca panas macam ni memang cepat bibir mengelupas.

Semua set dalam kotak Althea kali ini memang sesuai sangat untuk yang baru nak belajar solekan. Semuanya berkualiti dan yang penting mudah digunakan.


Website

Facebook

Instagram


Post a Comment

23 Comments

  1. Geram tengok concealer dengan lip tint tu

    ReplyDelete
  2. TB suka kesemua sekali.. sebab warna dia cantik-cantik kan.. terutamanya eye pallete tu.. fuh.. pigmented dan shinning.. ada shimmering lagi tu.. TB rasa complete dah produk Althea sekarang ni.. cayalah Althea!

    ReplyDelete
  3. Kenapa ramai yang dapat box makeup Althea ni. huhuhuhuhuhuhuhu. Jelousnya

    ReplyDelete
  4. Untung pandai make up..suka warna eye pallet. tapi warna lip tint dia berani sangat kalau kat ai. Hehehehee

    ReplyDelete
  5. Betul2. Pun pernah try kawan punya mekap sebijik macam ni. Memang bagus and pigmented produk Althea ni.

    ReplyDelete
  6. Geram geram je tengok produk ni. Nampak cantik sangat seleksi lipstick dia tu. Cantik pula bila pakai ye?. Eye Glitter tu kalau pakai masa event dinner waktu malam menyerlah kat bahagian mata tu.

    ReplyDelete
  7. Rawlins suka gila dengan eye palette tu - the glitters tu best dan my friends suka gila dengan lip tints tu.

    ReplyDelete
  8. Eye pallette tu cantik warna warna dia. Yang glitter tu buat dia lagi nampak cantik dan pop up kan?

    ReplyDelete
  9. Lia boleh cakap Yang lia suka semua koleksi make-up Althea .Liptint lia suka code no 3. Eyeshadow pun memang pigmented habis lah.

    ReplyDelete
  10. Althea make up box ni tak pernha mengecewakan tau. Yang best produk mekapnya semua awesome .Mimi paling suka eyeshadow tu sebab pigmented sangat dan warna pun cantik cantik. Nak pakai rasa sayang plak ..hahaha

    ReplyDelete
  11. Wah conmplete set ni... menarik erk promo althea ni. Cuma i tak pernah kaler terang mcm tu... camner laah muka i nnt. Tp akan cuba hehe

    ReplyDelete
  12. althea makeup memg best.. semua warna mneyerlah dan mudah digunakan.. kita suka sangat

    ReplyDelete
  13. Orang perempuan kalau dapat makeup tu lah kegemaran dan kesukaan mereka hehehehe tak tambah dapat dari jenama yang berkualiti ni Athea memang selalu dengar ramai orang guna....

    ReplyDelete
  14. Huda pun dah try produk make up dari Althea ni. Serius sangat2 best! Harga pun affordable kan. Recommended untuk wanita di luar sana untuk cuba jugak

    ReplyDelete
  15. Ramai komen sangat suka brand ni, and i never heard of it before. No mekap for me. But nice to know the brand :)

    ReplyDelete
  16. Kali ni terlebih excited bile althea keluarkan brg makeup. Dan love zgt dgn kesemua produk dia ni kan... Senang nk creted look yg simple...

    ReplyDelete
  17. Skin relief tu mesti best kan. Kita suka skin product yg guna Tea Trea sbb mmg Tea Tree bagus utk kulit pun.

    ReplyDelete
  18. sukalah dengan warna-warna lipstik dia..cerah dan cantik...tak pernah lagi try barang mekap althea..mesti berbaloi dengan hargakan

    ReplyDelete
  19. ana ang tak pandai make up pun jadi suka dengan eye pallete althea ni liez. warna dia super pigmented and cun habis.

    ReplyDelete
  20. Suka tengok kengkawan pandai bermekap.
    Lagi lagi mengunakan produk Althea.
    Terbaik la Althea. Sebab dah complete keluarkan produk kecantikan untuk pengguna.

    ReplyDelete
  21. Althea Spotlight Eye Glitter looks awesome. Can put under the eyelid or create beauty art too! Mouse mommy loves it!

    ReplyDelete
  22. apa kata u put the make up on me..baru boleh tau awesome ke idok....hehehe

    ReplyDelete