Bufet Ramadhan 2019 - Selera Masakan Authentic Thailand Di Chakri Palace

by - 6:11 PM

Bufet Ramadhan 2019 - Selera Masakan Authentic Thailand Di Chakri Palace | Assalamualaikum dan selamat petang. Dah masuk bulan Rejab, kemudian Syaaban ni kira tak berapa lama dah nak sampai bulan ramadhan kan? Kalau korang perasan banyak hotel, restoran dan cafe dah sibuk membuat promosi untuk berbuka puasa. Bila bulan ramadhan, antara menu yang menjadi pilihan adalah masakan kampung kan? Tetapi apa kata sesekali korang tukar selera berbuka puasa dengan menu masakan Thailand yang Liez jamin korang puas hati. Memang kena dengan selera Liez sebab masakan Thailand pedas dan masam.

Bufet Ramadhan 2019  
Selera Masakan Authentic Thailand Di Chakri Palace

Baru-baru ni Liez ditemani Encik Suami menghadiri sesi preview bufet ramadhan di Chakri Palace Skyview Dorsett Hotel Hartamas. 






Sampai di Chakri Palace Skyview, terus terpukau. Wow !! Pemandangan dari rooftop Dorsett Hotel Hartamas ni memang sangat cantik. Nampak keindahan Kuala Lumpur dan Istana Negara yang tersergam indah. Teruja habis~ 





Sekali lagi, Chakri Palace akan menawarkan bufet ramadhan citarasa Thailand juga tempatan dalam promosi "Tantalizing taste of Thailand" yang akan diadakan di Chakri Palace Sky View Dorsett Hotel Hartamas, Imperial Chakri Palace KLCC dan Chakri Palace Pavilion KL bermula 13 Mei 2019.



Antara menu utama yang dihidnagkan ialah Lamb in Thai green curry, Prawn with butter sauce topped with salted egg, Stir fried Squid with salted egg, Tomyam seafood, Beef with black pepper sauce dan Fish with sweet & spicy sauce. Tidak dilupakan, menu citarasa Malaysia seperti Rendang Tok, Daging masak lemak, Ayam Kapitan dan Nasi Beriani. Serius memang sedap semua menunya, bertambah makan tau, hihihi~












Tidak ketinggalan, pelbagai ulam-ulaman dan kerabu seperti Kerabu Betik, Kerabu Mangga dan makanan pembuka selera kegemaran Liez, Miang Kam, Kam”, Samosa, Crispy Thai Spring Rolls, Thai Crispy Fried Noodles dan banyak lagi. Turut dihidangkan secara LIVE di gerai pilihan iaitu sate ayam dan daging, ikan bakar dan Tomyam yang akan menaikan selera.








Liez juga suka dengan hidangan pemanis mulutnya iaitu Red Rubies waterchestnut. Segar selepas minum dengan rasa lemak manis santan, hirisan buah nangka dan ketulan waterchestnut yang ranggup. Memang wajib rasa. Selain itu ada Thai mango sticky rice dan beberapa jenis kuih-muih melayu, bubur jagung & pisang.













Bufet ramadhan untuk Istana Chakri Imperial KLCC dan Istana Chakri Pavilion akan bermula 9 Mei 2019 dari jam 7 petang ke atas. 3 menu utama akan bertukar sepanjang bulan ramadhan ini.

CHAKRI PALACE SKYVIEW 
DORSETT HOTEL HARTAMAS
RM128++ (dewasa)
RM64++ (kanak-kanak & warga tua)
FREE untuk kanak-kanak 6 tahun ke bawah

CHAKRI IMPERIAL KLCC
RM108.80++ (dewasa)
RM54.40++ (kanak-kanak & warga tua)
FREE untuk kanak-kanak 6 tahun ke bawah

ISTANA CHAKRI PAVILION
RM98.80++ (dewasa)
RM49.40++ (kanak-kanak & warga tua)
FREE untuk kanak-kanak 6 tahun ke bawah

Istimewa untuk tempahan awal sebelum 9 Mei
Muat turun aplikasi Chakri dan nikmati potongan harga diskaun 20% (minimum 4 orang).

CHAKRI PALACE SKYVIEW @ RM102.40++ (dewasa)
CHAKRI IMPERIAL KLCCRM87++ (dewasa)
 ISTANA CHAKRI PAVILIONRM79++ (dewasa)

Untuk keterangan lebih lanjut dan tempahan, boleh hubungi nombor sepeti dibawah:

Dorsett Hotel Hartamas 
Tel: 03 26021031  

KLCC 
Tel: 03 23827788  

Pavilion
Tel: 03 21431141
HP: 016 2277182

Email: marketing@chakri.com.my 

You May Also Like

24 Comments

  1. pergh..makanan dia..smua sdap..:)

    ReplyDelete
  2. alahai lapar pula tgk gambar makanan

    ReplyDelete
  3. Ya ampun kenapa menu2 dia semua sedap2 ni. Ngences dibuatnya.

    ReplyDelete
  4. wowww sedapnya. tengok gambar ni lama-lama jadi lapar la pula.

    ReplyDelete
  5. wow nice place to dine and looks nice to check out this place too. The view is beautiful, yeah can let friends to know where to go for gathering nice meal time.

    ReplyDelete
  6. mangga pulut dia smpi sekarang masih teringat akan rasenya

    ReplyDelete
  7. Wah! Bestnya! Ramai ya review chakri chakri palace ni untuk buffet ramadhan. Cx pon suka sangat tengok sebab makanan dia sangat menarik! Siapa tak suka makan berbuka yang sedap² dan banyak pilihan kan? Semestinya menjadi pilihan untuk berbuka disini nanti.

    ReplyDelete
  8. Wah sedapnya makanan kt sini. Ada ala-ala Thai sikit kan. Memang sesuai untuk ramadhan ni. View die pun cantiknya..heheh

    ReplyDelete
  9. Biar betul harga sangat berpatutan dan juga bebaloi dengan jumlah makanan yang banyak kat sini tengok semua makanan menyelerakan... Kita pun tak pernah lagi makan kat Chakri Palace ni hehehe boleh datang Ramadhan nanti....

    ReplyDelete
  10. Waaa decorationnya menarik sekali, pandang tak kelip mata... tang hidangan kerabu tu, rasa nak cuba semua! fav tu he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. CHAKRI PALACE SKYVIEW pemandangan superb owesome!

      Delete
  11. Salah satu menu buffet ramadhan yang jadi pilihan meatilah makanan berasaskan makanan Thai. Makanan thai pun memang sedap sedap. Suka sangat .Ishh nak dekat ramdhan ni banyak pula menu yang ditawarkan .

    ReplyDelete
  12. Wahhh.... Cantik laaa pemandangan dari atas sana. Terasa ketenangannya. Syiokkk ni berbuka puasa kat sini. Food pun not bad tuuh nampak sedap. Thai food memang kita suka tapi bulan puasa risau perut tak tahan pedas jer.. Huhuu

    ReplyDelete
  13. Kte suka sgt thai food jd bila berbuka puasa dgn menu2 thai pun best gak kan? Kte pernah dtg sini masa grand opening aritu mmg tempat dia lawa sgt sbb nampak view istana n kl

    ReplyDelete
  14. Alahai..
    Kita terliur tengok semua menu tu..
    Ni orang kata kalau tak pergi sana, rasa masakan tu, rasa tak puas je.
    Kena terjah juga kan..
    Banyak juga preview buffet ramadan dan muncul.
    Boleh buat list ni nanti.

    ReplyDelete
  15. Salah satu tempat yang paling menarik untum berbuka puasa.. Hehew.. Dengan view cantik, loksi yang tennag, sambil tunggu azan, layan suasnaa sini. Makann pulak makanan thai. .Alahai sedap semuanya.. Puasa nnati nak buka dekat sini la

    ReplyDelete
  16. bestnya berbuka puasa kat sini..sementara tunggu azan masuk boleh tengok sunset dari top building ni. nak la datang iftar sini, dah la BBL suka makan menu Thai.. mangga pulut tu bea sangat

    ReplyDelete
  17. masakan thai ni memang sedap kan? kena dengan tekak melayu. kalau dpt berbuka dengan makanan kat atas tu mesti lagi puas hati

    ReplyDelete
  18. Uish.. Semuanya nampak sedap2 tuuu.. Aduiiii.. Nak rasa.. Tpi jauh la pulak

    ReplyDelete
  19. Heyyyy apa ni belum puasa lagi dah tayang gambar makanan buffet ramadhan kat kita. Tergoda kita tau, haha. Dah la harga pun murah, bawah 100.

    ReplyDelete
  20. View yang cantik dan banyak makanan disediakan. Banyaknya kerabu disediakan, nampak menyelerakan ni! yummy!

    ReplyDelete
  21. Memang best i like the food there and also the environment. Price wise is reasonable also.

    ReplyDelete
  22. Kita memang peminat That food. Jarang tau nak jumpa buffet yang sediakan banyak thai food ni. Rasa terliur sangat tengok gambar2 makanan ni. Teringin betul nak merasa makanan kat Chakri Palace ni. Harap 1 day dapat pergi sana.

    ReplyDelete
  23. bestnyaaa !! scroll2 tengok gambar2 makanan =D

    ReplyDelete