Resepi Sup Leek Dengan Kentang

Resepi Sup Leek Dengan Kentang Untuk Minum Petang | Assalamualaikum korang dan selamat berhari minggu. Apa aktiviti korang untuk weekend ni? Liez memang kalau hujung minggu, ronda-ronda cuci mata dan bermalam di rumah tokmak. Tapi sekarang bila petang, mesti hujan kan? So waktu tu la perut mula la lapar sebab sejuk. Ni sup yang hangat sesuai sangat dikala hujan tau.
Resepi Sup Leek Dengan Kentang Untuk Minum Petang
Hari sabtu setiap minggu memang hari adik beradik mak Liez berkumpul di rumah tokmak dekat Sri Rampai. Dan menjadi kemestian bermalam disana untuk temankan tokmak. Tapi masalah besar nak masak apa bila ramai-ramai datang melepak. So terus teringat nak buat sup leek dengan kentang yang dah lama Liez tak buat. Menu yang Liez selalu buat untuk minum petang anak-anak sebab mudah, sedap dan mengenyangkan.

Bahan-bahan:
3 cawan air
2 batang leek
2 biji kentang
2 batang Celery 
2 helai daun salam kering
2 tangkai daun Thyme
1 kiub Chicken stock
1/2 cawan whipping/cooking Cream
Garam
serbuk lada hitam


Cara memasak:
1) Rebus kentang, leek, celery, daun salam dan daun thyme sehingga lembut.
2) Tutup api dan biarkan rebusan sejuk seketika.
3) Keluarkan daun salam dan kisarkan rebusan tadi hingga halus. Dan panaskan kembali.
4) Biarkan mendidih, masukkan garam, lada hitam, kiub ayam dan cream.
5. Tutup api danboleh dihidangkan.

Nota:
1. Sesuai dimakan dengan roti Bagutte atau roti biasa.
2. Sesuai untuk bayi usia 1 tahun ke atas tapi tidak perlu tambah lada hitam takut nanti sakit perut anak tau.

Post a Comment

3 Comments

  1. Sesuai utk light dinner ni liez. Lepas tu makan berjemaah. Memang ngam sangat. Kenyang pun kenyang kan.

    ReplyDelete
  2. . I wish for the great of success in all of our destiny endeavors

    ReplyDelete
  3. We developed a customized plan based on the requirements navigate to this web-site, key phrases, as well as preferred niches as opposed to simply placing plans.

    ReplyDelete