11 April 2019

Bufet Ramadhan 2019 - Juadah Warisan Sajian Bufet Ramadhan Pacific Regency Hotel Suites

Bufet Ramadhan 2019 - Juadah Warisan Sajian Bufet Ramadhan Pacific Regency Hotel Suites | Lebih kurang 30 hari lagi nak menyambut Ramadhan. Dan waktu ini pihak hotel dan restoran mula memperkenalkan menu bufet ramadhan kepada umum. Liez berkesempatan ke preview bufet ramdahan di Pacific Regency Hotel Suites berhampiran Menara Kuala Lumpur.

Juadah Warisan Sajian Bufet Ramadhan 
Pacific Regency Hotel Suites

Bagi korang yang nak mencari bufet ramadhan untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan sekerja boleh cuba di Pacific Regency Hotel Suites yang menawarkan menu makanan asli melayu tradisional yang akanmemikat selera penggunjung. Bermulai dari 10 Mei sehingga 30 Mei 2019. Tidak ketinggalan juga, pelbagai menu dari masakan Cina dan India yang korang boleh nikmati. Semua menu-menu ini disediakan oleh chef-chef berpengalaman yang diketuai oleh Chef Firdaus Mat Yusuff.




  






Liez suka di bahagian hidangan kerabu. Pelbagai kerabu dihidangan kan seperti kerabu udang,kerabu tauge. Juga tidak lupa ulam-ulaman tempatan dan salad campuran dengan pelbagai jenis dressing untuk pengunjung nikmati.












Bila sebut pasal Bufet ramadhan tak sah kalau tak ada kambing bakar atau kambing golek. Antara menu yang mendapat sambutan hangat di Pacific Regency Hotel and Suites. Kambing golek yang dibakar sempurna dan yang penting lagi sos lada hitam dan sos pudina yang sedap. Liez berulang makan tau!




Ada yang suka makan makanan laut? Yesss... di bufet ramadhan Pacific Regency Hotel Suites menghidangkan makanan laut yang segar seperti tiram dan udang yang segar.




Antara bahagian yang Liez suka ialah bahagian pemanis mulut dan kuih-muih tempatan, lebih dari 10 jenis seperti kek coklat, puding, agar-agar, onde-onde, kuih keria dan pelbagai lagi. Ada gerai yang menghidangkan wafer dan pisang panas. Tidak lupa juga buah-buahan tempatan dan luar. Sejuk dan sedap dimakan.
















Di bahagian minuman antara yang dihidangkan ialah air tebu, air soya, air cincau, air teh tarik dan air batu campur. Yang lebih menariknya, mereka juga menghidangkan air batu campur dan mempunyai lebih dari 15 jenis bahan sampingan. Memang teruja tengok.





Korang boleh buat tempahan awal dan berpeluang untuk mendapat harga early bird yang berpatutan. Sesuai untuk korang berbuka bersama-sama keluarga atau sahabat handai. Suasana ruang untukberbukajuga sangat selesa dan luas.





PACIFIC REGENCY HOTEL SUITES
RM108 (dewasa)
RM58 (kanak-kanak & warga tua)

Istimewa untuk tempahan awal 
dari 1 April hingga  9 Mei 2019
RM78 (dewasa)
RM42 (kanak-kanak & warga tua)

Untuk keterangan lebih lanjut dan tempahan, boleh hubungi nombor seperti dibawah:

PACIFIC REGENCY HOTEL SUITES
Tel: 03-2332 7788
Email: fnbadmin@pacific-regency.com

25 comments:

  1. el pun suka dengan kerabu..mesti try kerabu kalau ada buffet ramadan ni...mesti wajib menu masakan melayu ada dalam buffet ramadan kan hihi..paling el suka kalau buffet tu ada nasi kerabu..mmg laju pergi ambil haha

    ReplyDelete
  2. wahhhh sekarang dah musim buffet Ramadhan, saya suka part menu makanan asli melayu tradisional. nampak semuanya sedap-sedap harga pun boleh tahan.

    ReplyDelete
  3. Wow. Harga Early Bird dia special sangat! Berbaloi kalau ambil yang early bird tu sebab murah kan. Yang penting Rawlins nampak sayur banyak sangat! I like!

    ReplyDelete
  4. eh haritu ada juga ke? tak perasan pula sebab khai pun ada kat sana. so far khai suka dia punya nasi kandar sebab sedap! pastu mee kari dia orang cakap sedap tapi tak sempat nak cuba hahha

    ReplyDelete
  5. Wahhh macam macam jenis kerabu ada. Meriah betul. Udang dia pun.. uish boleh menggugat iman nak bukak puasa sementara tggu waktu buka tu hahaha

    ReplyDelete
  6. zul pernah stay dekat Pacific Regency Hotel Suites, servis dia memang tip top. Makanan pun sedap-sedap belaka, boleh lah check in sana ramdhan nanti and boleh try buffet ramadhan sekali

    ReplyDelete
  7. wah.. ramainya share pasal buffet ramadhan sekarang ni.. terasa pulak ramdhan esok.. fuh berdebar pulak rasa.. hehe.. Terliur pulak tengok menu Buffet Ramadhan dari Pacific Regency Hotel Suites ni.. tak pernah mai lagi.. eh.. tak ingat.. ada ke mai sini dulu.. lama dah.. zaman kerja dulu

    ReplyDelete
  8. ahhh..terliur tengok lauk pauk kat sini...terasa nak jengah bulan Ramadan nanti laaa

    ReplyDelete
  9. Lapar terus tengok semua gambar makanan tu haha. Semua makanan nampak sedap dan menyelerakan. Banyak pilihan menu disediakan. Rasa nak makan semua je heee

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  10. Bestnye ada pelbagai jenis kerabu. Jrang ada kan. N paling penting kena ada kambing golek.haha.. menu wajib try tu. Dessert pon menyelerakan..

    ReplyDelete
  11. Adududuhhhhh... Banyaknya menu! Meriah seyh. Teruja kita nak berbuka puasa kat sini. Part seafood tu, kalau Geng nampak ni, itu aje yang dihadap. Hahaa ..
    Harga early bird nya not bad. Terbaik laaa

    ReplyDelete
  12. Buffet ramadhan lah banyak pilihan menu yang kita jadi rambang mata nak pilih kan. Rasa nak makan tuh nak makan ni tapi terhabis pun. Harga pun banyak juga diskaunnya kalau tempah awal .

    ReplyDelete
  13. Memang menarik semua makanan yang disajikan dekat sini.. memang wow sangat! Pakej menarik pada harga Ealy Bird cepat-cepat kena tempah nih!

    ReplyDelete
  14. Wahhhh bestnya !! Macam2 pilihan ada di sini. Tak sabar nak berpusa dan bawa satu family berbuka kat sini. Harganya sangat berpatutan dan pilihan makanan sangat best. Jadi lapar lah pulak bila tengok

    ReplyDelete
  15. Harga early bird dia not bad. Pilihan makanan pun banyak. Kerabu dia nampak macam sedap je tu. Ada kambing golek lagi. Fuhhh

    ReplyDelete
  16. Weyh semua nampak sedap ni canee. Tahun ni emi x pergi sangat preview buffet ramadhan sebab busy uruskan hal lain. Terliur gak tengok korang duk update pasal buffet ni

    ReplyDelete
  17. The early price is really worth it, I'll be visiting Pacific Regency Hotel Suites soon, will book myself a spot with my hubby since we have a conference there.

    ReplyDelete
  18. Nampak sedap2 nya makanan kat sini. Suka tengok. Ni kalau datang berbuka dengan famili mmg best dan meriah

    ReplyDelete
  19. Tudiaa kambing golek haaa.. menarik. Harga berpatutan dengan menu. Nampak selera ja semua hahaha boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  20. Aduhaii.. Terliur AM tgk makanan yg menggoda nie.. Sejak akhir nie AM mmg nak n pilih utk makan jenis yg ulam2 n kerabu nie.. Suka mkn sayur lately nie.. Hehehe..

    ReplyDelete
  21. Wow there are so many dishes and all of them looks so sedap. Rasa nyer i would like to try their ramadan buffet also.

    ReplyDelete
  22. Lapar terus bila cx datang sini tau. Makanan dekat ats tu kemain wow lagi. Sedap² belaka. Halah halah halah. Dessert pon boleh tahan juga. Memang sedap makan bila time berbuka. Kambing tu, pergh! Wallah sangat! Early bird price pon affordable. kena try ni

    ReplyDelete
  23. banyaknya hidangan makanan yang sedap2. semua kena rasa serba sikit ni.. baru puas hati makan buffet untuk berbuka =)

    ReplyDelete
  24. Sedapnya akak. Huwaaaaa. Saya tengok bufet Ramadan dia amat menyelerakan. InsyaAllah nak beli baucar dia. Hehe

    ReplyDelete
  25. All of the models utilize a huge and furthermore helpful format that produces utilization of pretty much every spot advertised. Alexandria Virginia office space

    ReplyDelete