Bufet Ramadhan 2019 - Juadah Warisan Sajian Bufet Ramadhan Pacific Regency Hotel Suites | Lebih kurang 30 hari lagi nak menyambut Ramadhan. Dan waktu ini pihak hotel dan restoran mula memperkenalkan menu bufet ramadhan kepada umum. Liez berkesempatan ke preview bufet ramdahan di Pacific Regency Hotel Suites berhampiran Menara Kuala Lumpur.

Juadah Warisan Sajian Bufet Ramadhan 
Pacific Regency Hotel Suites

Bagi korang yang nak mencari bufet ramadhan untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan sekerja boleh cuba di Pacific Regency Hotel Suites yang menawarkan menu makanan asli melayu tradisional yang akanmemikat selera penggunjung. Bermulai dari 10 Mei sehingga 30 Mei 2019. Tidak ketinggalan juga, pelbagai menu dari masakan Cina dan India yang korang boleh nikmati. Semua menu-menu ini disediakan oleh chef-chef berpengalaman yang diketuai oleh Chef Firdaus Mat Yusuff.




  






Liez suka di bahagian hidangan kerabu. Pelbagai kerabu dihidangan kan seperti kerabu udang,kerabu tauge. Juga tidak lupa ulam-ulaman tempatan dan salad campuran dengan pelbagai jenis dressing untuk pengunjung nikmati.












Bila sebut pasal Bufet ramadhan tak sah kalau tak ada kambing bakar atau kambing golek. Antara menu yang mendapat sambutan hangat di Pacific Regency Hotel and Suites. Kambing golek yang dibakar sempurna dan yang penting lagi sos lada hitam dan sos pudina yang sedap. Liez berulang makan tau!




Ada yang suka makan makanan laut? Yesss... di bufet ramadhan Pacific Regency Hotel Suites menghidangkan makanan laut yang segar seperti tiram dan udang yang segar.




Antara bahagian yang Liez suka ialah bahagian pemanis mulut dan kuih-muih tempatan, lebih dari 10 jenis seperti kek coklat, puding, agar-agar, onde-onde, kuih keria dan pelbagai lagi. Ada gerai yang menghidangkan wafer dan pisang panas. Tidak lupa juga buah-buahan tempatan dan luar. Sejuk dan sedap dimakan.
















Di bahagian minuman antara yang dihidangkan ialah air tebu, air soya, air cincau, air teh tarik dan air batu campur. Yang lebih menariknya, mereka juga menghidangkan air batu campur dan mempunyai lebih dari 15 jenis bahan sampingan. Memang teruja tengok.





Korang boleh buat tempahan awal dan berpeluang untuk mendapat harga early bird yang berpatutan. Sesuai untuk korang berbuka bersama-sama keluarga atau sahabat handai. Suasana ruang untukberbukajuga sangat selesa dan luas.





PACIFIC REGENCY HOTEL SUITES
RM108 (dewasa)
RM58 (kanak-kanak & warga tua)

Istimewa untuk tempahan awal 
dari 1 April hingga  9 Mei 2019
RM78 (dewasa)
RM42 (kanak-kanak & warga tua)

Untuk keterangan lebih lanjut dan tempahan, boleh hubungi nombor seperti dibawah:

PACIFIC REGENCY HOTEL SUITES
Tel: 03-2332 7788
Email: fnbadmin@pacific-regency.com