Nak Ubah Hidup Dari Zero Ke Jutawan? Jom Sertai Program Dengan RichWorks | Assalamualaikum korang. Ramai di antara kita yang mengalami masalah kesempitan hidup dengan masalah hutang yang tidak pernah selesai, masalah bisnes merosot dan juga sara diri yang tidak pernah cukup setiap bulan. Semua masalah ini yang membuatkan ramai yang serabut fikiran dan berputus asa dengan kehidupan. Pasti ada yang tidak kena dengan cara kita menguruskan kewangan dan menguruskan perniagaan. Tapi terfikirkah kita untuk mengubah cara hidup untuk berjaya dan menjadi jutawan? Ada caranya!!
Nak Ubah Hidup Dari Zero Ke Jutawan? Jom Sertai Program Dengan RichWorks 
Richworks International Sdn Bhd dengan sukacitanya telah melancarkan program baru NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang.


Faktor utama masalah ini berlaku adalah kerana ramai yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul menyebabkan bisnes mereka susah nak berkembang. Malahan mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk membuat jualan bulanan yang tinggi dan konsisten. Dan ini juga mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan mereka sehingga menyebabkan ramai antara mereka terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup mereka.


Nak Ubah Hidup Dari Zero Ke Jutawan? Jom Sertai Program Dengan RichWorks 
Nak Ubah Hidup Dari Zero Ke Jutawan? Jom Sertai Program Dengan RichWorks 
Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks dan ramai yang mula menikmati hidup yang lebih baik sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah hidup mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.

Nak Ubah Hidup Dari Zero Ke Jutawan? Jom Sertai Program Dengan RichWorks 
Orang yang bertanggungjawab memberikan kata-kata hikmah ialah Dr Azizan Osman. Siapa tak kenal kan? Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan. Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

“Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.” 

Nak Ubah Hidup Dari Zero Ke Jutawan? Jom Sertai Program Dengan RichWorks 
Kami yakin, Program Nak Ubah Hidup yang kami sasarkan pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi kami untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga. 

“Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah. Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.”

Apa yang nak difikirkan lagi. Mari kita bersama-sama berusaha mengubah hidup kita untuk keluarga dan menjamin kehidupan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Kita yang perlu mengubah kehidupan kita dengan mengorak langkah kehadapan dan berani mencabar diri keluar dari kepompong masalah. Untuk mendapatkan lebih lanjut boleh mendaftar di www.nakubahhidup.com

Website: 



Email: 
inquiries@richworks.com.my

RICHWORK HOTELINE:  1300-88-2424