Pengalaman Pertama Qaseh Potong Rambut


Pengalaman Pertama Qaseh Potong Rambut | Assalamualaikum korang. Agak lama tak cerita pasal anak-anak ni. Actually nak juga menulis tentang anak-anak dalam blog ni tapi Liez rasa tak yakin pulak. Ada ke yang nak baca? Itu yang bermain difikiran Liez. Tapi hari ni nak story pengalaman Qaseh kena potong rambut. 

Sebenarnya Liez tak pernah potong rambut Qaseh kecuali cukur rambutnya selepas 7 hari di lahirkan. Itupun mak Liez yang cukurkan. Actually sayang nak potong rambut Qaseh sebab kira dah 6 tahun la simpan bagi panjang. Niat dihati Liez nak biar bagi panjang macam Mak Ndak Liez, sampai dah bercucu pun rambut masih panjang paras pinggang. Tapi dugaan juga nak bagi anak-anak kecil ni berambut panjang. Satunya, diaorang belum pandai nak uruskan sendiri. Kedua, bila dah mula bersekolah agak susah nak rambut sentiasa kemas. Confirm!!! serabai je. Tu masalahnya. Yang Qaseh ni, dia malas nak sikat rambut tu. So makin kusut la rambut tu bila dah lama tak sikat. Dan satu lagi mudah bila nak shampoo dan keringkan rambut.

  Pengalaman Pertama Qaseh Potong Rambut

Liez tanya Encik Suami tentang plan nak potong rambut anak dara dia dan nasib dia setuju. Even Qaseh pun cakap ok bila kata nak potong rambut. Terus bawa dia potong rambut di Setiawangsa. Lepas potong rambut, terus hantar gambar pada Encik Suami dan Whatsapp family in law. Nasib tak ada drama sedih ke atau kejadian tak di ingini berlaku~ hahahah Liez siap edit troll lagi gambar Qaseh ni.. hihihi

Pengalaman Pertama Qaseh Potong Rambut

Post a Comment

10 Comments

  1. aduhhh kenapa rambut dia sebiji kak limah tu hehehhe nasib baik da potong

    ReplyDelete
  2. Adik2 sy rambut dorg sy potong sendiri.. hehe~

    ReplyDelete
  3. Alaaaaa sayangnya rambut dia panjang.....

    ReplyDelete
  4. Sayang memang sayang. Tp takpe ada masa banyak lagi nak bela lepas ni. Comel je qaseh lepas potong rambut.

    ReplyDelete
  5. sama dengan adik saya yang kecik tu hahaa malas sikat rambut
    itu pasal decide nak potong rambutnya tu hahaha

    ReplyDelete
  6. Kalau dah sekolah lebih sesuai berambut pendek.
    Kalau tak menjadi satu kemestian pulak nak peruntukkan masa mendandan rambut di pagi hari hurmmm... dahlah rushingkan.

    ReplyDelete
  7. hahaaa..hantu kak limah ehh...cian Qaseh..

    ReplyDelete
  8. Walaupun Hantu Kak Limah tapi versi comel..
    Qaseh sesuai rambut pendek nampak kemas mudah Mrs. Liez urus nanti..

    ReplyDelete