Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang | Kalau bab makan, memang Liez tak tolak, Semua jenis makanan atau gaya masakan tidak kira makanan barat atau makanan melayu memang menjadi antara pilihan Liez. Tapi Liez dah jumpa restoran yang menghidangkan masakan asli melayu di bandar Klang. Restoran yang Liez maksudkan ialah Sisik Restoran Ikan Bakar.
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
Restoran ini telah beroperasi pada tahun 2013 dan sebelum ini dikenali sebagai Resepi Warisan Tok. Pemilik restoran, Puan Linda yang berdarah campuran Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka tertarik untuk mengenengahkan dan memartabatkan masakan melayu asli dalam setiap hidangan di Restoran Sisik Ikan Bakar.
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
Lokasi Restoran Sisik juga sangat strategik dan mudah dicari kerana ia berada berhadapan dengan GM Klang Wholesales City. Restoran yang menjadi port makan popular sekitarnya kerana menghidangkan bukan sahaja makanan melayu tetapi berasakan makanan laut. Memang segar-segar makanan laut yang korang boleh pilih. Liez jadi teruja pula terutama sekali nampak ketam tu. 
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang

Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
Restoran Sisik ini mempunyai 2 waktu operasi iaitu pada waktu pertama bermula dari jam 8. 00 pagi hingga 4.30 petang yang menyediakan sajian masakan melayu asli. Untuk waktu operasi kedua, bermula dari jam 5.00 petang hingga 12.30 tengah malam dan menyediakan menu yang berasaskan makanan laut seperti ikan bakar berempah, sotong bakar madu, pepahat, dan sebagainya. Makanan laut korang boleh pilih sendiri dan pilih jenis masakan yang bagaimana korang nak. Juga menu pilihan atau hot seller iaitu ikan bakar tempoyak dan asam pedas telur ikan Mayong, telor sotong dan ikan siakap. Tak lupa juga banyak jenis ulam-ulaman dan pencicah yang korang boleh pilih.
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang


Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang

Selain itu, ada juga satu menu istimewa iaitu Nasi lemak buluh perindu. Nasi lemak hijau yang dikukus dalam buluh tu memang sedap. Nasinya cukup lemak dan sambal cukup pedas masinnya. Perrgghhh memang terangkat. Memang kalau repeat lagi, nak order lagi nasi lemak buluh perindu ni. Ada juga dihidangkan Steamboat dengan lebih dari 9 jenis sayuran atau makanan laut untuk dipilih. Uisshhh kalau nak sebut memang banyak menu yang sedap.
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
Kalau korang tak tahu nak pilih yang mana satu, korang boleh order mengikut set-set yang ada mengikut budget korang la kan~
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang

Apa kata Liez?

Liez suka dengan menu-menu yang dihidangkan dan semuanya sedap. Antara menu yang Liez sangat suka adalah ikan bakar berempah, memang rempah atau sambal sangat sedap. Dan nasi lemak buluh perindu kerana kelemakan nasi dan juga bau istimewa dari buluh. Terangkat!!! 
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang

Alamat  
No.32, Jalan Kasuari 1/ks7
Bandar Botanic,  41200, Klang, 
Selangor Darul Ehsan.

Facebook

Whatapps : 
https://wa.me/+60192263004 & https://wa.me/+60162240474