Baru Belajar Nak Mendaki Bukit @ Hiking?? 7 Tips Penting Yang Patut Diambil tahu Sebelum Mendaki | Assalamualaikum korang. Cuti hujung minggu yang panjang lagi minggu ni kan? Apa plan korang. Liez minggu ni maybe just stay dekat rumah. Tak pasti if last minute ada yang nak ajak pergi hiking lagi. Liez ON je. Dah makin suka nak hiking sebab rasa best lepas complete turun naik bukit tu. Even penat sangat tapi puas hati. Liez yang amateur memang perlu belajar dan faham lagi bab hiking ni. So Liez dah baca beberapa info dan Liez nak share dekat sini. Mana tahu boleh bantu korang yang baru nak berjinak-jinak dengan hiking ni kan?
7 Tips Penting Untuk Yang Baru Berjinak Untuk Hiking
1. Mulakan dengan yang kecil.
Maksudnya, cara laluan trail yang pendek atau yang biasa. Kira level beginner~ kalau korang biasa berlari atau berjalan atas treadmill berkilometer tapi ia tidak sama dengan hiking ye. Perbezaan nya bila trail hiking ada laluan di cerun, ada ketinggian yang berbeza dan permukaan tanah yang berbeza. Contoh, menaiki bukit di lumpur pada ketinggian yang tinggi akan mengambil lebih banyak kekuatan dan ketahanan berbanding berjalan-jalan yang biasa. Apabila memilih laluan, pertimbangkan berapa banyak masa yang korang ada dan tahap kecergasan. Semakin panjang dan curam jejak, semakin sukar korang kena tempuhi.
2. Tahu Kemampuan Diri
Sebelum korang keluar rumah, kenalpasti jarak dan juga masa yang diperlukan untuk turun dan naik bukit dan pastikan pulang sebelum senja. Buat permulaan, lakukan gerakan secara pelahan jangan nak cepat sampai di puncak. Lakukan secara konsisten dan rehat sebentar di antara masa mendaki. Waktu ni korang boleh minum atau makan. Jangan mulakan pendakian dengan pantas kerana bimbang korang akan kehabisan tenaga sebelum sampai ke puncak.
3. Pakai pakaian dan kasut yang sesuai
Yang ini sangat penting ye. Untuk melancarkan pendakian pastikan korang pakai pakaian yang selesa dan kasut yang sesuai. Jangan pakai yang labuh dan terlalu longgar yang boleh melambatkan pendakian. Dan yang penting kasut jangan pakai kasut yang tapaknya licin dan ketat. Kalau boleh pakai kasut yang ringan. Kalau yang nak bawa bag kena pakai bag galas yang ringan. Liez pun hari tu silap, bawa handbag kauuuuu.. padahal ada je bag ringan. So next hiking kena take note!!
Baru Belajar Nak Mendaki Bukit @ Hiking?? 7 Tips Penting Yang Patut Diambil tahu Sebelum Mendaki |
Pastikan tanda pada peta sebelum korang mulakan pendakian. Belajar sedikit tentang tempat yang nak di daki. Kalau tiba di tempat yang agak curam jangan terus mendaki. Rehat dahulu dan kenal kondisi badan dan seimbangkan. Rehatkan badan sebelum melalui kawasan muka bumi yang berbeza.
Baru Belajar Nak Mendaki Bukit @ Hiking?? 7 Tips Penting Yang Patut Diambil tahu Sebelum Mendaki |
Ini PENTING!! Pastikan bekalan air korang mencukupi. Liez dah laluinya sendiri, bawa air tapi tak cukup. Kena pulak ank-anak kejap-kejap minum. Dan bekalkan sekali makanan seperti kekacang, energy bar, coklat, pisang atau sebarang makanan yang boleh tambah tenaga. Dan jangan lupa, first aid kit bersaiz kecil, kacamata hitam, topi, insect repellent, and krim pelindung matahari.
Baru Belajar Nak Mendaki Bukit @ Hiking?? 7 Tips Penting Yang Patut Diambil tahu Sebelum Mendaki |
Yes~ Liez kalau ada geng baru seronok nak hiking. Kalau sorang-sorang memang malas la. Lagipun bila ada peneman yang lebih berpengalaman, kita akan belajar banyak tentang hiking darinya. Dan kelebihan ada peneman ialah jika sebarang kejadian yang tak diingini berlaku bolehlah bantuan diberikan. Dan lagi penting, sila beritahu ahli keluarga atau kawan-kawan lokasi korang nak pergi. Risau korang tak dapat dihubungi, tahu-tahu je lah dalam hutan mana ada phone coverage kan??
Baru Belajar Nak Mendaki Bukit @ Hiking?? 7 Tips Penting Yang Patut Diambil tahu Sebelum Mendaki |
Pastikan korang bawa beg plasik untuk menyimpan plastik makanan atau terjumpa sampah sepanjang pendakian korang. Tak salah kita bantu jaga keberishan dan keindahan alam sekitar. Jangan buang sampah merata-rata ye.
Liez harap dengan tips ni boleh bantu korang yang baru-baru nak berjinak dengan dunia hiking ni. Macam Liez la, masih belajar lagi dan harap muncul minat untuk terus hiking. Mana tahu tetiba jadi minat dan jadi addicted kan? Benda baik dari segi kesihatan dan aktiviti berfaedah, apa salah kalau kita lakukan selalu.
Baru Belajar Nak Mendaki Bukit @ Hiking?? 7 Tips Penting Yang Patut Diambil tahu Sebelum Mendaki |
5 Comments
nice.. sy pon suke hiking. tengok tips2 ni boleh la tambah ilmu sikit. done follow sini #402
ReplyDeletebesntyaa pergi hiking..thanks for sharing the tips. rasanya nyamuk repellent tu penting sangat sbb pernah sekali pergi hiking tapi kena gigit nyamuk kat muka..
ReplyDeletebestnya! nice entry liez =D
ReplyDeletedah lama x hiking.. rinduu....
ReplyDeleteWahh dah sampai atas. Qiss suka masuk hutan pakai selipar je. Tapi tak tahan pacat.hahaha
ReplyDelete