Kemeriahan Sambutan 2 Tahun Dan Pelancaran Matxi Corp Malaysia Di KLCC

Kemeriahan Sambutan 2 Tahun Dan Pelancaran Matxi Corp Malaysia Di KLCC | Hujung minggu lepas, Liez dijemput untuk menghadiri majlis meraikan ulangtahun ke 2 dan juga pelancaran Matxi Corp di Malaysia di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre. 
Kemeriahan Sambutan 2 Tahun Dan Pelancaran Matxi Corp Malaysia Di KLCC
Majlis juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran 2000 pengedar dari 30 negara dengan tema Glory to Glory yang penuh kilauan. Disamping hadirin dihiburkan dengan pembukaan majlis dari peserta Asia's Got Talent 2017, Vietnam’s 218 Dance Crew.



Kemeriahan Sambutan 2 Tahun Dan Pelancaran Matxi Corp Malaysia Di KLCC
Kemeriahan Sambutan 2 Tahun Dan Pelancaran Matxi Corp Malaysia Di KLCC
Matxi Corp memperkenalkan Matxi Corp di Malaysia sebagai pasaran negara ke 2 selepas Vietnam dan juga akan berkembang ke Korea dan Amerika Syarikat. Tidak ketinggalan adalah ucapan dari wakil kepimpinan antaranya Ms Nhung (Pengarah Matxi Corp Vietnam), Mr Kenny (Pengarah Matxi Corp Malaysia), Ms Jenny (Pengarah Matxi Corp USA), Mr Luck Kim (Pengarah Matxi Corp Korea) dan juga Mr Matthew James Morris (Pengarah Pembangunan Perniagaan MIIC Holding Sdn Bhd).
Ms Nhung (Pengarah Matxi Corp Vietnam)
Ms Jenny (Pengarah Matxi Corp USA)
Mr Kenny (Pengarah Matxi Corp Malaysia)
Mr Luck Kim (Pengarah Matxi Corp Korea) 
Mr Matthew James Morris (Pengarah Pembangunan Perniagaan MIIC Holding Sdn Bhd)
Matxi Corp (Vietnam) yang dulunya dikenali sebagai Matxi S.G adalah anak syarikat MIIC Holdings Sdn Bhd yang telah mengkhususkan dalam pelbagai bidang terutama sekali dalam latihan perniagaan, pembangunan manusia dan membantu individu-induvidu yang ingin berjaya dalam perniagaan. Selama 2 tahun beroperasi, Matxi Corp telah berjaya mencipta pencapaian yang luar biasa dengan memberikan pelan merancang dan alat sokongan dengan sistem paling profesional kepada 20,000 orang pengedar dan agen di Vietnam dan beberapa negara lagi. " Anda berhak memiliki kehidupan yang lebih baik " merupakan slogan keramat Matxi Corp dalam memberikan semangat kepada ahli-ahlinya selain berusaha membekalkan kehidupan yang lebih baik dan bermatlamat untuk kepentingan untuk pelanggan, komuniti, rakan kongsi dan pelaburnya.


Kemeriahan Sambutan 2 Tahun Dan Pelancaran Matxi Corp Malaysia Di KLCC

Matxi Corp bukan sahaja memberi fokus kepada latihan dan pembangunan perniagaan tetapi mereka juga mempunyai beberapa lagi bidang perniagaan seperti:-

  • hartanah
  • peruncitan bahagian kanak-kanak
  • pencetakan dan pembungkusan
  • syarikat penyelengaraan Acara
  • produk kesihatan dan pengeluaran kosmetik
  • restoran
Matxi Corp memiliki kilang GMP yang diiktiraf di Vietnam dengan keluasan lebih 7000 meter persegi untuk pembuatan produk makanan dan kosmetik dengan kapasita pengeluaran 1.5 juta produk sebulan. Ia juga mempunyai pusat R&D sendiri untuk mengkaji dan meningkatkan kualiti produk mereka di selain mempunyai kontrak strategik dengan pusat penyelidikan dan kilang pembuatan di Amerika Syarikat, Jerman, Korea dan Malaysia.
Kemeriahan Sambutan 2 Tahun Dan Pelancaran Matxi Corp Malaysia Di KLCC


Selain itu, Matxi Corp memperuntukkan 10% keuntungan syarikat untuk untuk membantu meringankan beban beribu isi rumah diVietnam dan juga kepada Yayasan Amal Matxi dalam memberi perlindungan sosial kepada kanak-kanak dan warga emas  Rumah Ah Nhien.

Semoga MatxiCorp terus maju dan menjadi perintis dan peneraju inovasi dimata dunia serta menjadi syarikat yang kukuh dalam pasaran dunia mejelang 2021.

Matxi Malaysia Sdn Bhd (1340975-W)

Facebook : 

Instagram : 

#MATXICorp #YouDeserveABetterLife


Post a Comment

0 Comments