Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff | Pernah dengar tak jenama AFY
haniff? Liez adalah antara pengguna SWiPEL spray AFY haniff sejak dua tahun
yang lalu. Kisahnya ternampak di pasaraya ketika membeli-belah barangan keperluan
rumah, terus grab, jatuh hati dan terus membelinya sampai hari ini. Liez
membeli SWiPEL spray untuk membersihkan dapur tetapi ia juga sebenarnya adalah
untuk menghalau serangga atau insect repellent, baru Liez tahu tau~
 |
Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff |
Lebih membanggakan, AFY haniff
Group (M) Sdn Bhd adalah 100% milik bumiputera yang diasaskan dan diperbadankan
pada tahun 2006 yang mengkhususkan kepada pengeluaran produk detergen herba
organic dan penghalau serangga menggunakan intipati serai wangi. Kini AFY
haniff memiliki bukan sahaja produk penghalau serangga tetapi sudah ada produk
menyegar udara dan juga pencuci pinggan mangkuk.
 |
Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff |
Korang boleh nampak produk AFY
haniff di pasaraya terkemuka antaranya di Giant, Mydin, Tesco dan mereka telah
berjaya menempatkan produk-produknya dilebih daripada 2,000 pasaraya bukan
sahaja di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak tetapi di Brunei, Singapura dan
juga Thailand. Wow, memang hebat betul penangan AFY haniff ni ye!
Pihak AFY haniff juga tidak
ketinggalan melakukan kerja amal dan juga kemasyarakatan dengan melakukan kerja
pembersihan di masjid-masjid dan memberi bantuan kepad mereka yang memerlukan. Baru-baru
ini AFY hanif Group (M) Sdn Bhd telah mengadakan kerja pembersihan dengan
melakukan aktiviti gotong royong mewangikan Rumah Ronald McDonald’s di HUSM
Kubang Kerian. Selain mendapat kerjasama team McDonald’s, pihak Bite Media
Consultant juga menjadi tulang belakang dalam menjayakan acara bermakna ini.
Tujuan utama penglibatan AFY haniff dalam aktiviti ini adalah untuk menyatakan
sokongan dan juga rasa simpati kepada pesakit, waris dan keluarga pesakit
bahagian Pediatrik di HUSM Kubang Kerian, Kelantan.
Majlis yang diadakan pada 24
September 2019 dimulakan dengan sedikit taklimat ringkas mengenai program
tersebut dan membuat lawatan di Rumah Ronald McDonald. Mengagumkan kerana pihak
McDonald berbesar hati menbina satu fasiliti yang serba lengkap bak hotel
kepada keluarga pesakit yang tidak berkemampuan.
 |
Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff |
Kemudian, pihak AFY hanif, team
McDonald’s and Bite Media Consultant dibawa untuk berbelanja barangan keperluan
untuk Rumah Ronald MacDonald’s seperti barangan elektrik, peralatan memasak,
makanan kering dan juga makanan basah di pasaraya Mydin Kubang Kerian.
 |
Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff |
 |
Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff |
Selesai membeli barangan yang
diperlukan, tibalah masa untuk menyediakan makanan tengahari untuk semua pihak.
Waktu ini memang riuh rendah kerana masing-masing bekerjasama dalam menyiapkan
dan menikmati hidangan Bersama yang lain. Waktu-waktu macam ni memang seronok
tau sebab macam-macam kerenah yang muncul!
 |
Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff |
Selesai menikmati makan tengahari,
jam 2 petang bermulalah aktiviti pembersihan dengan menggunakan produk AFY
haniff. Antara produk yang digunakan ialah Pewangi Fabrik D’MENC AFY haniff, Sabun Pencuci Pinggan 40 DAYS AFY haniff, Pencuci Tangan Berbuih PLASH AFY haniff dan Penghalau Serangga Secara Semulajadi SWIPEL AFY haniff
 |
Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff |
 |
Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff |
 |
Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff |
 |
Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff |
Melihat kepada ketekunan dari semua
pihak yang bersama-sama membersihkan seluruh tempat memberikan keyakinan dan
juga semangat bahawa masih ada yang sayang dan membantu meringankan beban
pesakit dan juga keluarga mereka. Tengok la wajah-wajah tue, excited sangat!
Juga tidak ketinggalan Pihak AFY
hanif menyumbangkan pemberian wang tunai kepada salah seorang waris seorang pesakit
kanak-kanak berusia 5 tahun yang mengalami kecedaraan yang serius dan terlanjat
di hospital akibat dilanggar kereta. Dan
tidak ketinggalan kepada waris-waris dan ahli keluarga yang lain juga menerima
sumbangan berupa barangan dari AFY hanif.
 |
Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff |
 |
Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff |
 |
Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff |
Semoga usaha semua pihak terutama
sekali AFY hanif, McDonald’s dan juga Bite Media Consultant dapat diteruskan
dan menarik lebih banyak lagi pihak untuk membantu mereka yang memerlukan.
Semoga usaha ini mendapat ganjaran dari ALLAH SWT.
Bagi yang nak mendapatkan semua
produk AFY hanif boleh dapatkan di pasaraya terkemuka seluruh Malaysia. Untuk
maklumat lanjut boleh:-
6 Comments
wah..good job team Afy haniff untuk aktiviti kemasyarakatan ni..semoga makin bertambah rezeki..and bite team also..hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Terbaik Team AFY Haniff. Bagus aktiviti sebegini. Mereka yang memerlukan, akab rasa dihargai. Syabas sekali lagi!
ReplyDeleteSaya suka jenama ni .. memang ada guna produk ni dalam rumah.
ReplyDeleteusaha dan program yang bagus. Terbaik!
ReplyDeleteMeriah betul program ni...memang usaha yang terbaik dari pihak AFY haniff
ReplyDeleteprogram yang sangat bagus
ReplyDeleteHans suka juga produk AFY nih
wangi