Wanpaku Sandwich Atau Wanpaku Sando - Sandwich Terkenal Di Jepun |
Sejarah Kewujudan Wanpaku Sandwich
Pencetus kepada Wanpaku sandwich ialah Yuki Onuma, isteri kepada Michiyuki Onuma seorang pembuat barangan dari tanah liat yang membekalkan sandwich tebal untuk suaminya setiap hari. Sandwich itu yang dinamakan Numasan (Numa adalah dari nama mereka dan San adalah sandwich). Yuki selalu berkongsi gambar Numasannya di Instagram setahun sebelum Wanpaku Sando menjadi popular. Beliau telah membuat sandwich itu selama lebih 10 tahun selepas berkahwin dengan suaminya.
Resepi asal sandwich ini dipenuhi dengan hirisan kobis yang banyak kerana mereka menyukai sayuran bekalan sayuran sentiasa ada sepanjang tahun. Dan selepas ia popular, Wanpaku sandwich telah berevolusi dengan penambahan pelbagai jenis sayuran, protein dan sos mengikut selera masing-masing.
Picture : Google |
Wanpaku Sandwich Atau Wanpaku Sando - Sandwich Terkenal Di Jepun |
Ini adalah Wanpaku Sandwich Liez cubaan pertama. Sayuran yang Liez letak adalah salad, timun, carrot dan tomato. Protein adalah ayam grilled. Sos pula Liez letak sedikit mustad.
Wanpaku Sandwich Atau Wanpaku Sando - Sandwich Terkenal Di Jepun |
Cubaan kedua Wanpaku Sandwich Liez. Sayuran yang sama cuma Liez letakkan telur mata dan Guacamole buatan sendiri. Sos cili sebagai penambah rasa.
Wanpaku Sandwich Atau Wanpaku Sando - Sandwich Terkenal Di Jepun |
angan bataskan penggunaan bahan tau sebab ini seharusnya ikut selera korang ye. Tidak terhad kepada sayuran je tau, buah-buahan pun boleh juga. Macam-macam yang korang boleh letak kan di dalam Wanpaku sandwich seperti:
- Asparagus
- Avocado
- Baby spinach
- kepingan daging atau ayam
- Kobis (putih atau ungu)
- Tuna dalam tin
- Lobak merah
- Tomato
- Timun
- Telur (digoreng atau direbus)
- Kacang Edamame
- Ayam (di grilled atau digoreng)
- Salad
- Okras
- Keju
- pelbagai lagi bahan
- sos BBQ
- sos lada hitam
- mayonis
- Mustard
- Salad dressings
- sapuan kegemaran seperti butter atau jem
Selamat mencuba ye!!!!
7 Comments
Sana sini cerita wanpaku sandwich ni kak liez. Teringin nak makan dan nak buat. Tunggu mood datang dulu la hihi
ReplyDeleteteringin nak buat juga tapi malas nk potong sayuran banyak gitu tapi nanti2 la kot..haha
ReplyDeletenak tau kenapa nama dia Wanpaku? sebab tok wan tengok terus terpaku..ahahaa
kemain tebal..ni kalau saya yg jenis kecik ni, camne ke gaya nak makan..kena lapisan by lapisan la makannya ni..hehe
ReplyDeleteI like your post.
ReplyDeleteCurrent Political News in India
Latest Entertainment News in India
Latest Bollywood News in India
wanpaku sandwich tengah trending skang ni..kenyang makan tu. memang sesuai untuk menu diet
ReplyDeleteGeram tgk org pos. Hehe. Kenyang makan ni. Lg tengah kena diet
ReplyDeleteViral sungguh sandwich ni tau. Kita tgk pn terkeliur. Ajak suami makan makanan cm ni pulaklah. Asyik ns je i is bosan. Hehehe
ReplyDelete