Hari Graduasi Dan Konsert Sekolah Qaseh |
Pagi-pagi lagi dah kejutkan Qaseh untuk bersiap. Malam sebelum tu dia dah sibuk suruh kejut awal sebab nak bersiap dengan nak mekap lagi. Mama redho nak oiiiiii. Encik suami sempat belia sarapan pagi untuk yang tinggal dirumah dan juga untuk kami makan didalam kereta. Kena pastikan Qaseh sarapan dahulu sebeb teacher dah inform awal-awal sarapan tidak disediakan. Sempat dia makan nasi lemak dan minum air milo.
Majlis dibuat di Institut Kraftangan Rawang dan ini adalah tahun kedua dibuat disitu. Senang nak cari lokasinya kerana dah biasa ke sana. Setiba disana, ibu bapa dah tiba dan anak-anak dah tengah bersiap untuk acara nanti. Liez dan encik suami masuk ke dewan dan Qaseh pun bersiap dengan cikgunya. Majlis ini menggabungkan 2 sekolah dibawah pengurusan yang sama iaitu satu branch Taman Raintree dan branch Selayang.
Jam 9 pagi, acara dimulakan dengan bacaan doa dan kemudian ucapan dari pengetua sekolah. Selepas itu tiba masanya acara pertama dimulakan dengan persembahan dari murid 6 tahun tadika Taman Raintree iaitu persembahan bacaan doa dhuha. Qaseh mengambil bahagian dengan 9 kawan-kawan yang lain.
Hari Graduasi Dan Konsert Sekolah Qaseh |
Hari Graduasi Dan Konsert Sekolah Qaseh |
Hari Graduasi Dan Konsert Sekolah Qaseh |
Untuk cikgu-cikgu yang mengajar Qaseh, kami ucapkan terima kasih dan jasa cikgu-cikgu hanya Allah dapat membalasnya. Jasa cikgu-cikgu akan kami kenang.
3 Comments
Seronok anak2 ada majlis graduasi mcm nie.. Tahniah Qaseh.. nanti dah masuk sekolah rendah belajar rajin2 yer..
ReplyDeleteTahniah adik adik semua. Minggu ni musim minggu graduasi ye. Meriah tengok majlis graduasi sekolah masing-masing.
ReplyDeleteUntung anak-anak sekarang kecik-kecik lagi dah ada majlis graduasi.
ReplyDeleteAlhamdulillah yang berkemampuan apa salahnya.
Tapi kesian juga yang kurang berkemampuan tu.