Wednesday, January 29, 2020

Sambal Daging Mudah Cara Tokmak


Sambal Daging Mudah Cara Tokmak | Tekak Liez ni memang tak boleh kompromi dah. Kalau teringin sesangat memang nak waktu juga. Tak boleh nak tunggu-tunggu.
Hari ini punya cerita. Lepas je hantar anak dara turun untuk naik van sekolah, boleh pulak teringat dengan sambal daging macam Tokmak Liez masak. Boleh pula bila dalam lif nak naik ke atas, selera tu datang dengan tiba-tiba. Aduhhh, parah betul. Tapi nasib la memang ada daging dalam freezer baki daging korban tahun lepas. So apa lagi, terus call mak dan tanya resepi tu.
Sambal Daging Mudah Cara Tokmak
Rupanya resepi Tokmak Liez ni mudah je. Bahan-bahan memang semua ada so proses memasak bermula. Dalam kurang 20 minit siap sudah resepinya. Kalau yang balik kerja tu, tak tahu menu apa nak dimasak boleh cuba resepi ini.

Sambal Daging Mudah Cara Tokmak
Bahan-bahan
300g daging dipotong nipis
300gm cili kisar
3 ulas bawang merah (hiris)
4 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (diketuk)
sebatang serai (diketuk)
air asam jawa
Garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan:
1. Tumis bawang merah, bawang putih dingga kekuningan. Masukkan halia dan cili kisar. Goreng hingga pecah minyak.
2. kemudian masukkan asam jawa, daging dan air. Biarkan selama 10 minit atau hingga daging lembut.
3. Kemudian perasakan dengan garam dan gula.

#TIPS
- jumlah bahan-bahan terpulang pada masing-masing. Kena pandai agak dengan jumlah daging yang digunakan.
- resepi cepat dimasak jika menggunakan daging yang lembut. Kalau daging liat, perlu masak agak lama untuk biarkan ia lembut.

3 comments:

  1. Terbaik resepinya..bahan pun simple...tq

    ReplyDelete
  2. yeaa favorite my kids jugak...selalu nak sambal daging mcm Tok Mak dia

    ReplyDelete
  3. Perghh sedap ni liez. Makan dgn nasi panas 2-3x boleh tambah. Haha.

    ReplyDelete