BABYSHOP, CAWANGAN KE-5 KINI DIBUKA DI THE CURVE


BABYSHOP, CAWANGAN KE-5 KINI DIBUKA DI THE CURVE | Assalamulaikum. Semalam Liez dan anak-anak telah dijemput untuk bersama-sama dalam perasmian pembukaan cawangan BABYSHOP di The Curve, Damansara yang merupakan cawangan ke-5 di Malaysia.

BABYSHOP, CAWANGAN KE-5 KINI DIBUKA DI THE CURVE
BABYSHOP, CAWANGAN KE-5 KINI DIBUKA DI THE CURVE
Majlis yang dihadiri ramai pelanggan setia, para ibu bapa dan anak-anak sangat meriah dengan kehadiran beberapa selebriti tempatan bersama anak-anak. Selebriti Daphe Iking sebagai juruacara majlis dan majlis perasmian telah dijayakan dengan kehadiran CEO Babyshop, Richard Collins 
BABYSHOP, CAWANGAN KE-5 KINI DIBUKA DI THE CURVE
BABYSHOP, CAWANGAN KE-5 KINI DIBUKA DI THE CURVE
Babyshop bermula pada tahun 1973 di Bahrain dan sehingga kini menjadi antara peruncit terbesar rangkaian produk bayi dan kanak-kanak bertaraf dunia dalam rekabentuk dan pelopor kepada label-label terkenal. Memiliki label sendiri seperti Juniors, Giggles and Eligo yang sudah terkenal dan antara pilihan di setiap rangkaian outletnya. Memilih Malaysia sebagai negara kedua di Asia Tenggara selepas negara jiran, Thailand untuk meluaskan lagi empayarnya dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggannya.
BABYSHOP, CAWANGAN KE-5 KINI DIBUKA DI THE CURVE
Liez sendiri melihat design dan material fabrik yang digunakan memang sangat selesa dan cantik. Koleksi-koleksi pakaian bayi hingga pakaian kanak-kanak dan aksesori memang sangat cun!! Even Qaseh rambang mata tengok baju dan aksessori di Babyshop.
BABYSHOP, CAWANGAN KE-5 KINI DIBUKA DI THE CURVE
Selain pakaian, di Babyshop juga ada menjual kelengkapan bayi seperti kelengkapan bilik tidur, kelengkapan penyusuan, kelengkapan renang, permainan dan banyak lagi.
Suasana di outlet Babyshop sangat simple dan dilengkapi dengan sofa untuk memberikan keselesaan kepada pelanggannya.

Mengenai BABYSHOP
Ditubuhkan pada tahun 1973 di Bahrain dan merupakan pusat sehenti untuk produk bayi dan kanak-kanak berjenama terkemuka yang merangkumi keperluan dari pakaian, permainan untuk kanak-kanak hingga ke usia 16 tahun, keperluan asas bayi, perabot dan banyak lagi. Babyshop merupakan jenama utama bagi Landmark Group, sebuah syarikat terkemuka di rantau ini. Selain itu, Babyshop telah menganjurkan dan memajukan pertumbuhan dan pembangunan industri serantau melalui perintis proses dan sistem runcit yang progresif.

Babyshop juga adalah penggerak kepada kempen keselamatan kanak-kanak yang dipanggil "Child Safety First" untuk memberikan kesedaran tentang keselamatan kanak-kanak bersama dengan badan kerajaan dan persatuan yang terlibat. Memiliki 240 rangkaian outlets di 15 buah negara, Babyshop kini membuka 5 lagi outlets di Malaysia

Lokasi outlets di Malaysia:

1. The Curve -Lot 127, Level 1
2. IOI City Mall -L1-55, Level 1
3. MyTOWN Shopping Centre -L2-041, Level 2
4. Dataran Pahlawan Megamall Melaka, G083 - G087 & G090, Level Upper Ground
5. East Coast Mall Kuantan- L1-05, Level 1

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
Regene Siah
Mobile:+61023277560
Email: meilan.siah@landmarkgroup.my

Amri Rahim
Mobile: +60123058829
Email: amri@nineteensevensix.com

Website:

Facebook:

Instagram:

Post a Comment

24 Comments

  1. minggu lepas ke MyTown ada nampak kedai Babyshop ni..dah tak de anak kecil jadi idok ler teman singgah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. My town yg bersebelahan dengan ikea tu ke sis?my town Cheras ke ??

      Delete
  2. Banyak jugak barang-barang dia. Comel comel jugak. Nanti lepas berpantang lah pergi tengok tengok kejap. Sekarang tak larat sungguh nak berjalan

    ReplyDelete
  3. dah pernah masuk babyshop ni.not bad.harga tak mahal sangat dan tak murah sangat.standard macam anakku mothercare semua tu.tapi apa yang best babyshop ni sebab baju baby semua up to date,bukan deisgn zaman dulu2 hhehee

    http://ibupantang.com

    ReplyDelete
  4. Dapat jemputan ni, tapi tak dapat pergi..sebab suami ada hal lain..Best la tempat baby2 ni..semua nak dibelinya..hehee..Nanti singgah curve leh p kedai ni

    ReplyDelete
  5. Rasanya baru tau pasal kedai Babyshop ni. Cantik juga baju-bajunya dan banyak pilihan. Macam Mothercare jugak lah ni ye. Boleh lah terjah nanti ☺

    ReplyDelete
  6. Cantik baju baby yang di jual di dalam kedai ini, bolehlah shopping baju anak di sini lepas ni

    ReplyDelete
  7. Dah sampai 5 cawangan di buka ya, tahniah lah sebab kalau meniaga apa pun jalannya betul akan maju juga.

    ReplyDelete
  8. Kat sini pon ada babyshop.. Sllu tmn akk pegi beli brg baby kt babyshop..murah2 dan senang nk dpt....kalau tgh sales..mmg runtuh abislah...

    ReplyDelete
  9. Kinah pun rambang mata bila shopping kat sini kak liez. Rasa nak je beli semua sebab tengah ada promosi masa tu. Lepasni bolehlah cari baju dekat babyshop ni. Pilihan pun banyak

    ReplyDelete
  10. Amboi seronoknya bakal mommied nanti.dpaat shopping dekat sini senang semuanya ada bak kata org one stop centre

    ReplyDelete
  11. Wah cawangan ke-5 dah ye.Tahniah Babyshop..dah lama rupanya penubuhan Babyshop ni, 1973!

    ReplyDelete
  12. Rawlins pun jenguk yang kat IOI City Mall masa teman kawan cari hadiah untuk baby hari tu. Rawlins pun jadi leka memilih sebab banyak pilihan yang comel dan berpatutan.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. suka shopping kat sini sebab ada macam2 brgn baby dan kanak2 ada..cantek2 pula baju yang dijual kat sini..geram tengokkk huhuhu

    ReplyDelete
  15. Bisnes makin maju bila orang lain di luar sana banyak yang terasa ekonomi merudum. Tahniah, semoga kekal maju. Ini tanda model bisnes ni bagus

    ReplyDelete
  16. Wahhh!! Babyshop dah dibuka di The Curve!! Bolehla beli barangan baby utk anak buah nanti.. terima kasih atas info ini!!

    ReplyDelete
  17. Tahniah babyshop! Moga lebih maju lepas ni. Hihi BTW bisnes barang baby dan bisnes makanan merupakan salah satu cabang bisnes yang tak tergugat dengan kegawatan ekonomi. Saban tahun pasangan baru kahwin mesti akan expecting baby. Kan.

    ReplyDelete
  18. Tahniah untuk new opening BabyShop! kalau Ika bawa kawan Ika,sure dia gila shopping punya.Barang yang berkualiti disini dan harga sangat berpatutan

    ReplyDelete
  19. Bila nk bukak kt penang pulak ni..huhuuu..boleh mama2 kt penang ni shopping brg kt sni plak kan

    ReplyDelete
  20. Comel2 pulak barangan baby ni..nak beli kita tak ada baby dah..dah pencen.
    Nanti bolehlah beikan hadiah utk baby kengkawan atau anak buah

    ReplyDelete
  21. perghhhh mesti rambang mata kan nak memilih mana satu yang berkenan hahaha. cantik comel belaka :D

    ReplyDelete
  22. Wah dah ada lima cawangan ya Liez..

    ReplyDelete
  23. Banyak juga dh cawangan dia ye liez. Nk try terjah lah nanti.

    ReplyDelete