Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Pertama Qaseh Di Persekolahan Tahun Satu

Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Pertama Qaseh Di Persekolahan Tahun Satu | Alhamdulillah dah masuk minggu kedua persekolahan dan Liez lega Qaseh tidak menghadapi masalah untuk ke sekolah. Even dia excited nak ke sekolah sampaikan setiap hari mesti nak cepat bersiap untuk ke sekolah. Liez nak catatkan minggu pertama Qaseh bersekolah di dalam blog ini untuk kenang-kenangan dan untuk Qaseh baca suatu hari nanti.
Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Pertama Qaseh Di Persekolahan Tahun Satu
Hari pertama persekolah memang Liez dan Encik suami excited untuk hantar Qaseh ke sekolah. Seperti biasa, anak teruna kecil Liez tinggalkan dengan mak ayah. Tak boleh dibawa sebab nanti tak boleh nak control dia dengan ramainya ibu bapa yang lain. Alhamdulillah sesi persekolah Qaseh di waktu petang so tak ada la kelam kabut sangat kan.

Seperti biasa, dihari pertama sekolah memang ramai ibu bapa yang nak tengok anak-anak masuk sekolah dan kami tak terlepas sama untuk rasa pengalaman ni. Teringat bila tengok dekat kaca tv tiap kali sekolah bermula, ramai anak-anak yang meragam dan buat hal. Biasalah bila anak-anak nak masuk sekolah dia tak biasa dengan persekitaran sekolah yang luas, dengan kawan-kawan yang tidak dikenali dan takut kena tinggal dengan mak ayah. Memang kelakar kalau di ingatkan balik. Tapi Qaseh memang jenis selamber je. Dia tak ada masalah since kami masukkan dia ke taska pada usia 5 dan 6 tahun. Lega hati mama baba ni.

Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Pertama Qaseh Di Persekolahan Tahun Satu
Bila sampai di sekolah, pelajar-pelajar tahun satu diminta untuk beratur di dalam dewan untuk memulakan sesi transisi selama 12 hari bermula 2 Jan sehingga 17 Jan 2020. Waktu ni anak-anak diberikan tag nama mengikut warna kelas yang diberikan ketika hari orientasi sebelumnya.

Selepas 30 minit berkumpul, anak-anak dibawa ke kelas masing-masing dan ibu bapa yang hadir dibenarkan menunggu anak-anak di kantin. Kami tunggu Qaseh hingga waktu rehat jam 3.10 petang untuk melihat macam mana dia membawa diri dan mengikut arahan cikgu. Juga nak tahu macam mana dia nak menyesuaikan diri dengan keadaan kantin. Dia mungkin akan berbelanja di kantin sesekali sebab Liez dah plan nak beri dia bekal setiap hari. So dia tak perlu bersesak untuk beli makanan dan yang penting Liez rasa makanan yang dibawa dari rumah lebih terjamin kebersihan dan ikut selera dia.

Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Pertama Qaseh Di Persekolahan Tahun Satu
Tiba waktu rehat, guru-guru mula membawa pelajar-pelajar turun dan beratur untuk ke kantin. Nampak teratur bila mereka turun mengikut kelas masing-masing dan tidak bercampur dengan pelajar-pelajar tahun 2 dan 3. Kami tengok je Qaseh dari jauh dan bila dia pandang kami, kami just suruh dia ikut arahan guru.

Selesai waktu rehat, pelajar diminta ke dewan semua untuk sessi seterusnya tapi kami pun gerak pulang untuk membeli keperluan dapur dan akan ambil Qaseh semula jam 5.50 nanti. Lega bila tengok semuanya dalam keadaan terkawal dan teratur. Bukan apa, biasalah budak-budak memang akan kekok terima rahan dari orang yang baru dikenali. Tapi Liez tengok semuanya memberikan kerjasama temasuk ibu bapa.

Actually ada cerita menarik Liez nak share. Sebenarnya dalam perancangan kami sebelum ini, Qaseh akan ke sekolah dihantar oleh Liez sendiri. Tetapi bila memikirkan beberapa sebab yang tak dapat dielakkan, 5 hari sebelum sessi persekolah bermula baru kami sibuk nak cari transporter untuk Qaseh. Liez tanya jiran yang juga menghantar anak ke sekolah yang sama untuk mendapatkan no telefon transporter. Tapi malangnya, dah penuh. Akhirnya Liez post pertanyaan dalam group FB kondo kami, mana tahu ada residen yang boleh bantu tetapi tiada respon. 3 hari selepas itu, Liez dapat Whatsapp dari seorang ibu (Zati) yang juga mencari transporter untuk ke sekolah yang sama.

Dia ada contact transporter yang dia gunakan untuk menghantar anak-anak ke sekolah tadika tetapi transporter taknak buat penghantaran ke sekolah rendah anaknya disebabkan berlainan arah dan tidak berbaloi untuk menghantar anaknya sahaja. So Liez pun setuju kalau untuk join sekali tetapi datang masalah lain. Masa sekolah anak-anak sekolah rendah bertindih dengan masa ulang sekolah tadika yang diambil. Jadi masalah tidak selesai.

Baca tentang orientasi >>>> https://www.mrsliez.com/2020/01/sesi-persekolahan-tahun-2020-hari.html

Akhir sekali, encik suami bertanya dengan geng lepak di kondo kami dan akhirnya ada uncle indian yang buat khidmat transporter yang menghantar anak-anak ke sekolah Qaseh. Encik suami called and akhirnya dia setuju untuk ambil anak-anak kami. Liez informed Zati dan dia setuju. Pergghhh lega rasanya dapat transporter anak-anak.

Satu lagi, anak Zati ni jenis tak bergaul dengan orang. Zati bagi tahu sendiri yang anaknya, Aisyah pernah buat perangai selama 6 bulan dari umur 4, 5 dan 6 tahun dia bersekolah. So dia macam risau dengan Aisyah bila ke sekolah nanti. Tapi Liez bagitahu dia, nanti Liez akan suruh Qaseh berkawan dengan Aisyah untuk buat dia rasa selesa dan tidak takut. Kebetulan diaorang dapat kelas yang sama, so mudah untuk Qaseh get along dengan Aisyah. Alhamdulillah, dah masuk minggu ke 3 bersekolah, Qaseh dan Aisyah berkawan baik. Lega Zati dan suaminya bila dengar Aisyah bercerita dia berkawan dengan Qaseh setiap hari. Even, kalau tunggu van nak ke sekolah, Aisyah tunggu Qaseh sampai baru dia naik van bersama-sama. Haaa tu la kisahnya. Qaseh dapat kawan baru dan Liez dapat la geng dekat kondo ni.

Post a Comment

6 Comments

  1. alhamdulillah pengalaman yg takkan dapat dilupakan. memang akan sentiasa ingat bila anak2 masuk sekolah darjah 1 :D

    ReplyDelete
  2. Mula kenal ramai kawan bila masuk darjah 1

    ReplyDelete
  3. semoga Qaseh jadi pelajar yang cemerlang.

    jemput singgah ke blog saya https://najihahzahid38.blogspot.com/2020/01/how-to-be-closer-with-allah.html

    ReplyDelete
  4. pejam celik pejam celik nanti dah nak masuk SMK pulak...then uni etc...cepat sungguh masa berlalu kan

    ReplyDelete
  5. Semoga 2020 kita lalui dengan penuh sabar dan sentoasa dilindungi Allah

    ReplyDelete