Buasir Ketika Mengandung.. Sakitnya Hanya ALLAH Yang Tahu - Part 2

Buasir Ketika Mengandung.. Sakitnya Hanya Allah Yang Tahu - Part 2 | Walaupun sakit berkurangan tapi masih lagi fobia untuk membuang air besar. Even keluar berjalan pun mood dah down dan berjaga-jaga, macam jom jangka tau sebab sakitnya boleh datang tiba-tiba. Hari ahad dan hari seterusnya memang berdoa moga tak muncul rasa sakit tu. 
Buasir Ketika Mengandung.. Sakitnya Hanya ALLAH Yang Tahu - Part 2
Dalam dua tiga hari, Liez google je rawatan atau cara tradisional yang boleh mengurangkan sakit dan menyembuhkan buasir ni. Sehingga lah terbaca tentang Manjakani yang boleh membantu masalah Liez ni. Terus time lunch hour, Liez keluar beli manjakani di kedai Sensei berdekatan dengan ofis. Sekali borong 6 bungkus ye. Balik dari ofis, lepas urusakan pasal Qaseh terus ke dapur dan memproses buah manjakani tu. Liez tumbuk sehingga menjadi serbuk dan simpan dalam bekas kecil. Standby simpan dalam toilet terus.

Liez punya trauma sampai berdoa moga tak diberi signal untuk membuang tau. Tapi akhirnya, jumaat tu mula dah ada tanda-tanda sakit perut. Mulanya tahan tapi makin lama memang tak boleh dah. Masuk toilet tapi keluar meraung kesakitan. Naik atas katil siap berguling, tak hirau dengan perut yang membesar tu. Makan ubat sakit doctor bagi dan akhirnya Liez tertidur dalam kesakitan tu. Nak sapu manjakani pun takut. Terpaksa EL hari tu.
Buasir Ketika Mengandung.. Sakitnya Hanya ALLAH Yang Tahu - Part 2
Bersambung cerita bila balik Ipoh. Bila datang rasa sakit, terus ambik serbuk manjakani dan sapu. Berdenyut-denyut sakitnya. Gagahkan diri tahan dan bersabar. Malam tu kira tidur-tidur ayam sebab menahan sakit. Bangun pagi, sakit dah kurang tetapi terus sapu manjakani sehingga hari ke-10. Alhamdulillah, sakit buasir dah kurang cuma gatal-gatal di kawasan sekitarnya.

Sakit buasir tu kejap datang dan pergi sehingga la tiba hari nak bersalin. Selepas selesai bersalin, Liez dibawa ke wad dan Liez berehat disitu. Rasa sakit bersalin tu memang ada tapi kali ni rasa macam terlalu sakit. Sehingga keesokan pagi Liez nak mandi pagi, Liez rasa ada ketulan di anus Liez. Ya Allah, buasir tu keluar sekali masa Liez teran. Ishhkkk.. patutlah Liez rasa sakit yang lain macam. Rupanya ia terkeluar sedikit. Apa lagi, Liez beranikan diri tolak balik ke dalam. Fuhhh lega, dan sakit tu hilang sikit demi sedikit.
Buasir Ketika Mengandung.. Sakitnya Hanya ALLAH Yang Tahu - Part 2
Alhamdulillah, sakit buasir tu tak datang sehingga 2 minggu Liez berpantang. Disebabkan Niyaz masih lagi Jaundis dengan bacaan yang tinggi, so Liez tak makan sebarang jamu pun. Jadinya, kemungkinan Liez akan kena buasir kembali memang tinggi. Nak makan ubat klinik memang Liez takut disebabkan menyusukan Niyaz. Jadi Liez google lagi untuk cari info untuk merawat buasir ni. Sehingga lah Liez terjumpa tentang Shaklee.

Ostematrix Shaklee Bantu Merawat Buasir
Bila Liez baca dan terus berminat nak tahu lebih info tentang produk Shaklee. Terus Liez hubungi nombor yang tertera dan bertanya sendiri dengan penjual Shaklee. Alhamdulillah, rupanya Ostematrix Shaklee bukan sahaja membantu merawat buasir tapi sangat bagus untuk ibu mengandung dan didalam pantang. Bila cukup info yang Liez nak, terus Liez beli Ostemetrix dan amalkan lebih kurang 3 botol. Selama itu, Liez tidak dihantui dengan sakit buasir lagi. Walaupun ada kalanya trauma nak membuang tapi dengan pengambilan Ostemetrix, sakit buasir dah hilang. Sebenarnya banyak lagi kebaikan Ostemetrix Shaklee, nanti Liez share di entry lagi ye.
Buasir Ketika Mengandung.. Sakitnya Hanya ALLAH Yang Tahu - Part 2

Post a Comment

1 Comments

  1. Ana yang baca pun rasa seriau especially part buasir tu terkeluar. Alhamdulillah lepas consume shaklee makin berkurang sakit nya ye. Boleh lah pesakit buasir cuba juga ni.

    ReplyDelete