Kadar Tol Lebuhraya PLUS Diturunkan Mulai 1 Februari 2020 | Salam Februari semua. Dah masuk bulan kedua tahun 2020, cepat betul masa berlalu ye. Tapi ada berita gembira juga di awal bulan ni bila kerajaan mengumumkan 18% penurunan kadar tol di semua lebuhraya kendalian PLUS.
Kadar Tol Lebuhraya PLUS Diturunkan Mulai 1 Februari 2020 |
Diskaun kadar tol sebanyak 18 peratus itu akan diberikan kepada kenderaan penumpang, bas dan teksi di lebuh raya yang terlibat iaitu Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH) dan Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
Tidak ketinggalan, diskaun ini boleh digunapakai bagi kenderaan kelas 2, 3, 4 dan 5 bagi Jambatan Pulau Pinang. Dengan pengumuman dari kerajaan ini, ia tidak lagi menampung beban bayran pampasan kepad PLUS dan juga dapat menjimatkan sebanyak RM42 billion sepanjang tempoh konsesi hingga tahun 2058.
5 Comments
alhamdulillah...
ReplyDeleteKira murah banyak juga tu penurunan harga. Baguslah turun harga. kalau tak semuanya naik harga je. huhu
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
ReplyDeleteBanyak juga kadar penurunan tu kan. Moga kurang beban nk balik kampung.
ReplyDeletealhamdulillah.. kurang le sikit beban..
ReplyDeletenak balik hujung bulan ni penang - kl nun..
tengok juru - jalan duta adala sikit duit lebih beli jajan =D