Resepi Pan Mee Sup Halal Buat Hilang Mengidam

Resepi Pan Mee Sup Halal Buat Hilang Mengidam | Tetiba.... bangun pagi je terus google resepi pan mee sup. Dah kenapa pulak Liez ni? Haaa tu la perihal perut Liez ni. Kalau nak makan sesangat memang terus mencari dan kalau tak jumpa di kedai, memang sanggup masak. Kisah nya pagi tadi la boleh pulak teringat nak makan pan mee sup. Teringat dengan pan mee sup yang Liez selalu makan masa bekerja dulu. 

Resepi Pan Mee Sup Halal Buat Hilang Mengidam

Tapi kebanyakan pan mee sup tidak halal kerana dimasak oleh kaum cina. Kalau tengok resepi-resepi dalam Youtube memang menggunakan daging khinzir. Jadi Liez pun olah sahaja resepi -resepi dalam Youtube kepada penggunakan daging ayam kisar.

Resepi Pan Mee Sup Halal Buat Hilang Mengidam

Pagi-pagi tadi dah ke Giant untuk beli bahan-abahn nak buat pan mee sup. Actually kebanyak bahan ada tapi bahan untuk sup seperti sengkuang dan daun bawang yang tak ada. Jadi sanggup la pergi sambil usung sekali anak-anak.

Pan Mee Sup Halal

Bahan-Bahan untuk sup:
Segenggam ikan bilis
1/2 biji sengkuang (size sederhana)
Daun bawang (diikat)
2 inci halia (diketuk)
Garam
Lada sulah
Perencah masakan Hilal (option)

Cara penyediaan:
1. Rebus semua bahan-bahan dalam seperiuk air. Perisakan dengan bahan perasa.

Bahan-Bahan untuk ayam cincang:
300g isi daging ayam (dikisar)
1/2 biji bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
cendawan telinga (direndam dan dihiris)
cendawan Shitakii kering (direndam dan dihiris)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu kicap cair
1 sudu kicap pekat
1 sudu minyak bijan
Garam
Lada sulah
Perencah masakan Hilal (option)


Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing. 
2. Kemudian masukkan isi ayam dan gaul hingga masak. Sentiasa kacau biar daging menjadi hancur.
3. Kemudian masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan minyak bijan. Gaul dan masukkan cendawan shitakii dan cendawan telinga. Tuangkan sedikit air. Dan biar ia kering.
4. Perisakan dengan garam, lada sulah dan bahan perasa.

Bahan sampingan:
1. Pan mee kering atau Kuewtiaw
2. Ikan bilis goreng
3. Pucuk manis atau bayam

Pelbagai resepi-resei masakan viral di https://t.me/ResepiKampungku


Post a Comment

9 Comments

  1. Nampak sedap dan senang je nak buat..nanti SA nak cuba la..

    ReplyDelete
  2. Campak campak je...nampak senang... boleh la try nnt

    ReplyDelete
  3. Simple je pun rupanya...boleh la try buat, tukar ngan daging pun sedap ni...

    ReplyDelete
  4. Alahai sedapnya nampak. Berapa mangkuk dak kenteng tu makan kali ni?

    ReplyDelete
  5. tak pernah makan pan mee nih, tapi nampak macam sedap je

    ReplyDelete
  6. yummeh..nanti akak nak try jugaklah buat pan mee sup ni..anak suka jenis mee dan sup² ni

    ReplyDelete
  7. belum pernah saya makan mee ni, hehe

    ReplyDelete
  8. sedap ke?tak penah try. akak mmg suka chinese food tapi hat ni rasa macam tak penah try..boleh la cuba resipi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kak... cuma dia tak pedas. Liez suka versi sup ni dan dray chili version..

      Delete