Resepi Dalgona Coffee #kopiviral

Resepi Dalgona Coffee #kopiviral | Salam hari ke 4 kita digalakkan untuk menghadkan pergerakkan disebabkan virus Covid-19 yang makin meruncing ni. Setiap hari makin meningkat rakyat Malaysia yang postif virus Pendemik ini dan bilangan yang meninggal dunia juga bertambah dari hari ke hari. 
Resepi Dalgona Coffee #kopiviral
Apa yang kita boleh buat adalah duduk dirumah dan lakuakan aktiviti bersama-sama anak dan keluarga. Ini sangat membantu untuk mengurangkan jumlah yang dijangkiti dan jugamengembalikan kehidupan seperti sedia kala. Liez dah 3 tahun menjadi suri rumah tangga , jadi bila kena stay dirumah memang perkara biasa tapi kesian pada anak-anak yang nak keluar bermain. So guys, bantulah kerajaan dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mematuhi arahan untuk duduk dirumah untuk mengurangkan dan sekaligus nyahkan Covid -19 di negara kita.

Perasan tak bila kita berada dirumah, masa untuk bersam keluarga dan juga rasa nikmat menghidangkan makanan untuk keluarga. Waktu ni lah, nampak masing-masing menunjukkan kehebatan memasak di dapur kan? Hari-hari memasak untuk keluarga dan yang lagi best berkongsi resepi dengan rakan-rakan. Liez pun anatara yang suka share resepi dengan rakan-arakan di Facebook dan di Youtube.

Semalam Liez mencuba kopi viral yang dipanggil Dalgona Coffee. Katanya kopi yang menjadi popular di Korea Selatan di kala mereka diserang Covid-19. Fuhh, memang time-time kena berkurung ni time ni la mula teringin nak mengopi kan. So dengan adanya Dalgona Coffee, korang boleh mencubanya dirumah.

Dalgona Coffee

Bahan-Bahan
1 sudu besar Nescafe atau instant coffee kegemaran
2 sudu besar gula putih atau gula perang
3 sudu air panas
Susu rendah lemak, susu badam, susu full cream atau sebarang susu kegemaran
Ais kiub


Cara penyediaan
1. Nescafe, gula dan  air panas disatukan didalam mangkuk. Pukul hingga kembang atau berubah menjadi form dengan menggunakan hand mixer, shaker atau sudu. Ambil masa dalam 5 - 10 minit.
2. Dalam gelas, isi kan dengan ais kiub dan tuangkan susu sebanyak 3/4 gelas. Kemudian sudukan bancuhan nescafe yang sudah kembang diatas susu tadi. Tadaaa!!! dah siap.

#Tips:
gula boleh dikurangkan menggikut kesukaan. Boleh menggunakan susu pekat yang dibancuh dengan air.

Post a Comment

5 Comments

  1. seronok tgk orang buat but I'm not a coffee lover so it's a no no for me.

    ReplyDelete
  2. wahhh ni kan kopi viral tu..sha nak try tp tp sha preggy nanti naik gula haha...

    ReplyDelete
  3. Merata kwn2 di media sosial tunjuk dh try menu ni... akak jelah yg tak teruja nk cuba.. almaklum minum nescafe setahun sekali pun jarang

    ReplyDelete
  4. alah3.. terliur kita tengok dia up kat fb... tak ada susu nak buat lagii… nanti nak restok barang dapur kena beli nihh

    ReplyDelete
  5. Wahh akak pun buat. Qis tak dapat nak buat sebab tak minum kopi

    ReplyDelete