11 Aktiviti Urus Rumah Yang Sesuai Untuk Anak-Anak

Aktiviti Urus Rumah Yang Sesuai Untuk Anak-Anak | Sejak lockdown 18 March hari tu, masing-masing dah mula penat dan stress. Penat dan stress sebabnya terperap dalam rumah je. Kerja rumah masih dibuat seprti biasa tetapi rasa makin banyak sebabnya anak-anak ada dirumah. Rumah sentiasa bersepah dengan permainan dan makanan yang bertabur dilantai. Belum lagi kena memasak dan pastikan anak-anak dan suami tidak lapar di kala berada dirumah.
11 Aktiviti Urus Rumah Yang Sesuai Untuk Anak-Anak
Yang anak-anak pula asyik mengadu bosan duduk dirumah, tengok TV, buat ulangkaji dan bermain. Ye la kan, tak keluarga rumah dah dua minggu memang mula la diaorang buat hal. Bergaduh la berlari la menjerit la. Mama pula stress mendengarnya.
Membantu di rumah menimbulkan rasa percaya diri: apabila ibu bapa menegaskan bahawa anak-anak melakukan tugas mereka, membiarkan mereka tahu bahawa mereka tidak hanya disayangi tetapi mereka diperlukan. -Wendy Mogel, Ph.D.

Tapi inilah masanya untuk kaum ibu untuk mengajar anak-anak dari usia 3 - 7 tahun mengurus dan menjaga kebersihan rumah yang bersesuaian dengan usia mereka. Sebenarnya banyak yang boleh mereka lakukan tetapi pastikan orang dewasa perhatikan.

Kelebihan Aktiviti Urus Rumah Yang Sesuai Untuk Anak-Anak

  • Mengajar anak tentang nilai tanggungjawab dalam diri
  • Penting bagi mereka untuk belajar bagaimana melakukan kerja-kerja untuk beri mereka rasa kepunyaan dan masyarakat.
  • Memberikan mereka rasa bahawa mereka adalah penting dan masyarakat memerlukannya untuk membantu ia berfungsi.
  • Anak-anak harus belajar melakukan tugas adalah kerana ia membantu mereka memahami bahawa rumah itu tidak membersihkan sendiri

11 Aktiviti Urus Rumah Yang Sesuai Untuk Anak-Anak

1. Vacum atau Menyapu Lantai

Ada sesetengah anak-anak takut dengan bunyi hampagas atau vacum tu. Sama macam Qaseh dan Niyaz masa umur 2-3 tahun siap menangis bila Liez pasang vacum. Tapi lama-lama mereka jadi excited bila tengok kotoran yang disedut masuk dalam vacum. Terus mereka suka dan nak cuba buat. Lagipun kerja va chum ni mudah dan selamat untuk mereka.

2. Membersihkan habuk

Ni memang Liez akan suruh mereka buat sebab kerja paling senang. Berikan mereka kain lembap atau penyapu bulu ayam untuk membuang segala habuk terutama di atas kabinet tv, celah-celah kabinet dan sebagainya. Boleh cuba ajar mereka sapu atau lap habuk-habuk di bingkai gambar ke. Mudahkan??

3. Susun atur meja makan

Pada usia begini, mereka memang excited nak membantu mengankat lauk pauk, pinggan dan sebagainya. Tapi perlu berhati-hati kerana ada pingan atau perkakasan dari kaca. Jadi boleh minta mereka mengangkat dan menyusun pelapik pinggan, sudu dan garfu, cawan dan ajar mereka susun mengikut susunan yang betul.

4. Membersihkan meja

Ni Qaseh memang suka nak buat tapi kadang-kadang marah dia juga sebab dia akan sapu semua nasi ke lantai. Aishhh pening juga nak kena menyapu lantai pulak kan. Tapi ini memang mudah untuk mereka lakukan. Berikan mereka kain dan peyembur pewangi dan perhatikan mereka membersihkanya.

5. Mencuci Pinggan Mangkuk

Yang ini perlu diperhatikan kerana banyak peralatan kaca. Jadi ibu tolong tengokkan dan pastikan mereka tahu bagaimana untuk membersihkan dari minyak dan susun semula semuanya ditempat sepatutnya.

6. Mengemas dan membersihkan bilik

Boleh diajar seawal usia 5 tahun sebenarnya. Ajarkan mereka untuk membetulkan cadar dan bantal, menyusun buku-buku di rak, menyusun permainan di tempat yang ditetapkan. Mungkin untuk lebih memberi mereka semangat untuk mengemas bilik sendiri, korang boleh cuba mengubah suai bilik mengikut kehendak anak. Pasti mereka semangat nak pastikan bilik mereka sentiasa kemas dan bersih.

7. Mengasingkan dan mencuci pakaian

11 Aktiviti Urus Rumah Yang Sesuai Untuk Anak-Anak
Mereka boleh diajar untuk mengasingkan pakaian bewarna dan pakaian putih untuk dicuci berasingan. Kerja mudah kerna mereka sudah mengenal warna dan kerja yang mudah untuk mereka masukkan pakaian ke dalam mesin basuh.

8. Melipat pakaian

Liez baru mengajar Qaseh melipat pakaian sendiri dan pakaian Niyaz. Boleh diharap untuk melipat dan menyimpan pakaian didalam almari sekarang. Cuba perlu di ingatkan cara lipatan yang betul dan kemas.

9. Memasak

11 Aktiviti Urus Rumah Yang Sesuai Untuk Anak-Anak
Ini perlukan pemerhatian ye. Bukan apa, sebab bila didapur banyak menggunakan pisau dan juga penggunaan api. Jadi ibu-ibu tolong perhatikan anak-anak bila di dapur. Mungkin boleh diajar untuk menumbuk bawang dan membasuh beras. Selain itu boleh ajar diaorang buat cookies, tapi dalam penggunaan oven ibu kena tak over. bahaya sebab panas. Yang selebihnya, ibu kena pastikan anak-anak selamat ye.

10. Menyiram pokok

Paling mudah dan senang. Di rumah Liez ada la 5, 6 pokok di balkoni so Liez boleh harapkan mereka siram. Tapi ada masa diaorang main juga sampai basah balkoni tu.

11. Memberi makanan kepada haiwan peliharaan

Yang ni mesti anak-anak suka. Mungkin ada bela kucing, arnab, hamster boleh la beri anak-anak peluang untuk memberi makanan. Boleh ajar mereka memberikan makanan dan air dengan jumlah yang betul.

Agak menarik kan 11 Aktiviti Urus Rumah Yang Sesuai Untuk Anak-Anak kan? Bukan sahaja mengurangkan masa terluang tetapi juga memberikan mereka peluang untuk sam-sama membantu kita dirumah dan membolehkan mereka biasa dengan kerja-kerja tersebut bila sudah besar nanti. Boleh diharap kalau tiba-tiba mama demam ke, tak sihat ke. So parents boleh ajar anak-anak kesemua aktiviti diatas.

Post a Comment

9 Comments

  1. Memang bagus kita ajar dan didik mereka sama sama kemas rumah time pkp ni kan. At least mereka tahu macam mana penat ibu mereka mengemas seharian

    ReplyDelete
  2. Mmg bagus mndidik anak erti disiplin dan penjagaan diri dan rumah

    ReplyDelete
  3. idea menarik2 semua boleh parents cuba..
    anak2 buah saya jenis yang kinestetik mmg kena kasi benda untuk focus..
    jenuh jugaklaaaaa nak layan hehe..

    ReplyDelete
  4. Menarik ni. memang kena start since kecik lagi baru mudah kerja inshAllah :)

    ReplyDelete
  5. Betul tu Liez...aktiviti macam ni pun mereka seronok kan sebab buat sama-sama

    ReplyDelete
  6. semua aktiviti di atas memang sesuai untuk anak-anak, aiyan cukup suka kalau akak ajak dia buat kek sama... atau minta dia tolong masak apa-apa, dan bila masakan tu dah siap dia akan dapat banyak pujian sebab dia kata dia yang buat hehehe.... bagi makanan kucing dan air memang kerja dia... tapi melipat baju masih lagi fail

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. Waaa seronoknya bila dapt buat sama2. SS pasti anak2 pun suka. Dorang akan lebih menghargai diri sendiri bila parent percaya pada kemampuan mereka untuk menguruskan hal2 seperti org dewasa. Tahniah!

    ReplyDelete
  8. bagus entri ni. Saya pun sejak PKP ni, suruh dan ajar anak sulung saya untuk buat kerja-kerja umah yang mudah dan senang untuk dia sebab dia baru 6 tahun. So far, (sejak PKP) ALhamdulillah dah boleh cuci pinggan, cuci dan lipat baju, vakume rumah dan kemas susun atur rumah, Ok lah to get started. btw, selamat berpuasa Liez

    ReplyDelete
  9. pendedahan awal yg bagus utk anak-anak...umur sebegini mmg diaorg eager nak buat semua kerja yg kita buat tapi ttp kena peratikan..kan

    ReplyDelete