Sejak PKP dari 18 March tempoh hari, peti ais Liez memang sentiasa penuh dengan barang basah terutama sekali dibahagian freezer. Encik suami asyik topup ikan, seafood, ayam daging agar tak putus bekalan makanan basah untuk Liez masak. Alhamdulillah, dapat selalu makan seafood macam sotong, udang dan ketam. Padahal sebelum ini memang jarang nak membeli semua tu. Boleh kira setahun mahu 3,4 kali je.
Baru-baru ini encik suami pesan daging kambing dan daging batang pinang dari sahabat yang membuat delivery ke kondo kami. Dibeli sekilo daging setiap satu. Masa beli tak fikir lagi nak masak apa tapi bila nak masak baru kelam kabut nak cari resepi. Tapi Liez tak risau sebab kitab resepi chef terkenal, Chef Wan memang sentiasa berikan idea yang best-best. Bila dan cari, akhirnya kami decide nak masak Kambing Masala.
Bahan-bahan:
1kg daging kambing
3 sudu minyak sapi
3 ulas bawang besar * cincang
4 ulas bawang putih * cincang
1 inci halia * cincang
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk buah pala
1 sudu besar garam masala
1 sudu besar serbuk jintan manis
3 sudu besar puri tomato
400g yogurt tanpa perasa
1 cawan air
Garam
2 tangkai daun ketumbar * cincang
3 batang cili hijau * cincang
Cara penyediaan - https://www.youtube.com/watch?v=ag-Fbl6xDE4
Memang Liez boleh jamin resepi Kambing Masala dari Chef Wan ini memang sedap, tak boleh dinafikan. Memang tak rugi untuk korang mencubanya.
2 Comments
terserlah kesedapannya.
ReplyDeleteSelamat berbuka puasa.
vah vah vahhhh....terliur ai dah tau
ReplyDelete