Pengalaman Cucuk Insulin Ketika Mengandung. Kawal Glukos Untuk Elak Komplikasi Pada Ibu Dan Kandungan

Pengalaman Cucuk Insulin Ketika Mengandung. Kawal Glukos Untuk Elak Komplikasi Pada Ibu Dan Kandungan | Assalamualaikum korang. Bila baca tajuk pun dah tahu kenapa perlu cucuk insulin ketika mengandung. Dan itulah yang dilalui oleh Liez untuk kandungan anak ke 3 ni. Satu pengalaman yang tidak akan Liez lupakan dan sangat berharga dalam perjalanan kehamilan Liez.
Bulan Disember yang lepas, selepas Liez membuat ujian kehamilan di rumah dan di klinik terus Liez set tarikh untuk buka buku pink di KK Selayang Baru. Seingat Liez waktu itu Liez dah mengandung 15 minggu. Bila nak buka buku pink, antara soalan yang ditanya adalah tentang status kesihatan atau tahap kesihatan. Disebabkan Liez mempunyai sejarah keluarga belah ayah memang ada kencing manis, terus nurse set tarikh untuk minum air gula. Bab minum air gula yang tak best ni sebabnya faham-faham je lah. Tapi alhamdulillah Liez jenis yang boleh je telan air gula tu tanpa muntah atau loya.

Lepas minum air gula, petang tu Liez dapat panggilan dari nurse. Nurse inform yang bacaan gula Liez tinggi iaitu 15. Terus la dapat arahan untuk buat BSP keesokan harinya. Bab BSP pula, jenuh nak berulang alik ke klinik untuk ambik darah 4 kali sehari. Tapi apa nak buat, memang kena hadap. Dan selepas 4 kali ambil darah tu, memang bacaan gula agak tinggi. Dan Liez kena jumpa doktor di KK untuk tindakan selanjutnya. Keesokan harinya pula, bila jumpa doktor terus diberi surat untuk check in hospital pada hari itu juga. Sebabnya mungkin Liez ada kencing manis sebelum mengandung dan juga boleh membahayakan kandungan jika tidak dirawat dengan segera.

Petang tu juga, Encik suami bawa Liez ke hospital Selayang. Dalam hati dah sedih sebab tak tahu berapa hari nak kena stay dekat hospital dan tinggalkan suami dan anak-anak lagi. Bila jumpa nurse di kaunter, agak lega sikit sebab katil memang penuh jadi Liez diminta untuk datang esok pagi. Gembira la sebab tak masuk wad lagi dan sempat ajak encik suami layan movie dekat Melawati Mall malam tu. 

Esoknya, bila serah diri ke hospital dapat pulak bilik katil satu. Bosan betul la tak ada geng sembang tapi nasib encik suami datang setiap hari untuk menemani. 
Selama 4 hari di wad, glukos dalam darah Liez di monitor sebanyak 8 kali sehari ye. Uishhh memang sakit semua jari ni sebab perlukan darah untuk buat test. Selepas diberi makan Metformin 500mg, 2 kali sehari masih bacaan glukos tinggi. So doktor decide untuk bagi insulin pada Liez. Allahuakbar, dalam hati berdoa tak nak kena cucuk insulin tapi apakan daya terpaksa juga. Lagipun kalau bacaan gula tinggi boleh membahayakan kandungan sebenarnya.


Kali pertama cucuk insulin, nurse yang buatkan dan dicucuk pada perut. Mulanya Liez risau juga sebab nak cucuk insulin pada perut ye. Tapi nurse dah bagitahu, jarum insulin memang halus dan tak rasa sakit pun. Even jarum tu tak kena pada kandungan pun. Sebenarnya insulin boleh dicucuk sama ada di perut atau di peha tapi nurse yang pertama kali cucuk tu dah bagitahu better cucuk di perut.

Bila discharge, terus dapat 2 batang pen untuk cucuk insulin untuk kegunaan selama Liez mengandung. Boleh bayangkan tak yang Liez kena cucuk insulin 4 kali sehari. Jadi bermula episod menjadi 'doktor insulin' selama 23 minggu. 
Bukan sahaja kena cucuk insulin tapi pemakanan perlu dijaga, diet diabetes yang Liez amalkan. Liez terpaksa beli Glucometer untuk check bacaan gula seminggu dua kali. Bacaan glukos harus dicatit pada buku catatan yang diberikan.

Yang tak best lagi, Liez kena datang check up di hospital sebulan sekali dan 2 minggu sekali di KK. Tapi yang seronoknya mengandung kali ni, berat badan tak naik tapi turun je. Mulanya Liez risau takut itu petanda tak baik pada kandungan. Liez bertanya pada doktor dan doktor bagitahu itu normal bagi ibu yang makan ubat kencing manis atau cucuk insulin, jadi tak perlu risau. Yang tak best, setiap kali nak makan, kena cucuk insulin 30 minit sebelum makan. Dan insulin tu memang menjadi peneman Liez kemana sahaja Liez pergi. 

Dan bila kandungan mencecah 29 minggu, Liez dah mula risau tentang nak bersalin pula. Sebabnya banyak yang Liez baca katanya bila cucuk insulin mesti bersalin secara caesarean. Apa lagi Liez tanya la doktor tiap kali datang untuk pemeriksaan. Tiap kali datang jumpa doktor, Liez akan dapatkan jawapan tentang bersalin tu dan Liez lega bila doktor kata tak semestinya. Cuma Liez kena bersalin pada minggu ke 38 untuk elak baby terlalu besar.

Itulah pengalaman berharga hidup Liez untuk kandungan ke 3 ni. Next entry nanti Liez cerita pula tentang pengalaman bersalin ye.

Post a Comment

11 Comments

  1. Ya Allah!
    Tabahnya Liez hadapi semua ini.
    Tak dapat saya bayangkan kena cucuk insulin begitu lama.
    Harap selepas entri ini dapat baca perkongsian 'gembira' pengalaman bersalin dari Liez.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dugaan anak² lain kan? Awal² mcm diwn juga tapi lama² dh biasa

      Delete
  2. Allah tabahnya kak Liez. Iyela lain anak lain pengalamannya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tabah jugak.. awal² nak sesuaikan diri utk cucuk sebelum mkn tu mmg failed... asyik lupa.. hahah tp lama² dah ok..

      Delete
  3. alahai dugaan ibu mengandung semoga anak dalam kandungan menjadi anak soleh/solehah

    ReplyDelete
  4. seram jugak nak cucuk sendiri tu kan, tapi lama-lama ok tuh...

    ReplyDelete
  5. so cemana ? boleh tak cucuk sendiri?

    ReplyDelete
  6. Puan liez dah brp bulan skrg...

    ReplyDelete