Jus Dara Vogue, Jamu Moden Menarik Dengan Rasa Sedap Delima

Jus Dara Vogue, Jamu Moden Menarik Dengan Rasa Sedap Delima | Sejak ada anak kecil, memang badan cepat letih dan tak bermaya. Rasanya bukan Liez sorang je macam ni kan? Mana tidaknya, urusan seorang surirumah memang tak pernah habis kan? Dari pagi hingga ke malam, mengemas rumah, memasak, mengajar anak-anak dan menguruskan anak kecil lagi. Ada masa, memang rasa badan tu makin lesu dan tidak bertenaga. Dan pendek kata, memang tak terjaga diri sendiri.

Jus Dara Vogue, Jamu Moden Menarik Dengan Rasa Sedap Delima

Tapi dalam masa yang sama Liez akui, diri kita semakin lama semakin berusia jadi tak mustahil kenapa makin penat berbanding dulu. Lagi-lagi jika tak jaga kesihatan tubuh badan dengan baik. Patutlah mak dan nenek moyang kita sejak dulu memang suka makan jamu. Untuk panaskan dalaman badan katanya. Tak nak badan jadi sejuk, sakit-sakit dan lemah bila semakin berusia kelak.

Jus Dara Vogue, Jamu Moden Menarik Dengan Rasa Sedap Delima

Bercakap tentang jamu, masa lepas bersalin, memang Liez akan amalkan makan jamu untuk membaiki aset dalaman dan juga untuk bantu memberi tenaga selepas berjuang melahirkan seorang hamba Allah. Tetapi masalahnya, tak lama lepas tu Liez dah jadi malas nak amalkan selepas habis berpantang. Faham-faham je la jamu tu kan pahit!

Tak berdaya rasanya nak ditelan selalu. Sihat nak tapi amalkan makan jamu yang rasa pahit tak nak. Macam mana nak dapat tubuh yang bagus. Mujurlah, secara kebetulan  Liez diperkenalkan dengan jamu moden Jus Dara Vogue keluaran Tejja Herbs. Alhamdulillah, ada lah juga perubahan positif untuk tubuh Liez ni.

Jus Dara Vogue Jamu Moden Rasa Sedap Dengan Masam Manis Buah Delima

Jamu Dara Vogue yang dikeluarkan oleh Syarikat Tejja Herbs, milik Bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 002215435-D. Syarikat ini aktif dalam menghasilkan produk yang berasaskan herba dan bahan semulajadi. Jus Dara Vogue ini bukan sahaja menggunakan 100% bahan asli yang sesuai diamalkan bukan sahaja untuk kaum hawa tetapi boleh diamalkan oleh kaum adam juga.

Paling best, jamu moden Jus Dara Vogue ini sangat sedap dengan rasa masam manis buah delima. Jika jamu tradisional tu pahit hingga Liez susah nak telan selalu tapi Jus Dara Vogue ni sangat sedap sampaikan rasa tak cukup setakat 1 sachet sekali minum.

Antara Bahan Yang Terdapat Di Dalam Jus Dara Vogue

Jus Dara Vogue adalah pati asli dari penghasilan 12 jenis ramuan herba antaranya:


  • Delima
  • Kunyit Hitam
  • Madu
  • Kurma
  • Kacip Fatimah
  • Epal
  • Manjakani
  • Vitamin C
  • Akar serapat
  • Sireh
  • Pegaga
  • Lobata

Keistimewaan Jus Dara Vogue Yang Sesuai Diamalkan Oleh Wanita & Lelaki

Unik kan? Siapa sangka Jus Dara Vogue ini sangat sesuai diamalkan oleh golongan wanita dan juga lelaki. Sekali beli dah boleh makan bersama suami isteri. Barulah dua-dua sihat dan makin happy lepas ni. Terdapat banyak juga keistimewaan dan khasiat Jus Dara Vogue ini. Antaranya adalah seperti yang Liez senaraikan kat bawah ni. 

Kelebihan Jus Dara Vogue Buat Golongan Wanita

  • Memberikan tenaga kepada tubuh badan
  • Mengawal paras kolestrol dan gula dlama badan
  • Sesuai diminum ketika dalam pantang lepas bersalin dan menyusukan bayi.
  • Sesuai diamalkan oleh remaja, wanita berkahwin dan wanita sudah menopause
  • yang mempunyai masalah faraj berair dan kentut faraj
  • Menghadapi masalah keputihan dan vagina longgar
  • mengalami haid yang tidak teratur
  • Bagus diamalkan oleh wanita yang sukar mendapat zuriat (dengan izin ALLAH SWT)
  • menyuburkan rahim dan peranakan.
  • mengurangkan kelesuan badan, kebas, sakit sendi tumit dan sakit kepala 
  • membantu banyakkan penghasilan susu badan
  • memberi rasa kenyang untuk kurangkan nafsu makan
  • menegangkan semula punggung dan payu dara yang kecut dan kendur 
  • Membuang lemak dan menyingkir angin serta toksik dalam badan 
  • Menegangkan dan mencerahkan kulit
  • memancarkan seri wajah

Kelebihan Jus Dara Vogue Buat Golongan Lelaki :

  • memberi tenaga pada tubuh badan
  • Kurangkan rasa penat dan lesu
  • Membantu mengawal paras kolestrol dan gula di dalam darah
  • Bantu masalah kebas, sakit sendi tumit dan kerap sakit kepala
  • Beri rasa kenyang untuk kurangkan nafsu makan
  • Membuang lemak dan menyingkir angin serta toksik dalam badan
  • Bantu Kempiskan perut yang boroi
  • Boleh bantu turunkan berat dengan amalan pengambilan yang betul
  • Menegangkan dan mencerahkan kulit
  • memancarkan seri wajah 

Packaging Lama Ditukar Baru

Mungkin ada yangdah pernah cuba produk jamu moden dengan nama Jus Dara Vogue ini tetapi lepas tu dah kurang nampak lagi. Sebenarnya, jamu moden ini masih lagi ada di pasaran sejak dulu hingga kini cuma packaging Jus Dara Vogue ini telah ditukar ke arah yang lebih baik. Jadi jangan keliru tau.

Packaging lama Jus Dara Vogue yang dalam bentuk botol kini telah ditukar dengan packaging baru dalam bentuk sachet yang lebih mudah dibawa dan disimpan.

Dan yang paling penting Jus Dara Vogue telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ada sijil HALAL dari JAKIM. 

Antara Testimoni Jus Dara Vogue Yang Membuatkan Liez Rasa Tertarik

Jus Dara Vogue, Jamu Moden Menarik Dengan Rasa Sedap Delima

Pengalaman Liez Setelah Mengamalkan Jus Dara Vogue Untuk Diri Sendiri

Selalunya kena telan biji-biji jamu dari kapsul atau pun yang gentel-gentel tu. Itu yang buat Liez jadi malas sangat nak makan jamu. Tetapi ini kali pertama Liez mencuba jamu moden yang disiapkan didalam bentuk jus dan dalam sachet. Memang mudah sangat, hanya perlu koyak kan sedikit dan terus minum. Kalau disimpan didalam peti sejuk dan minum, lagi sedap. Nak bawa travel pun senang, selit je dalam handbag.

Suprisingly, rasanya bukan pahit tetapi masam-masam manis. Memang boleh diterima tekak Liez ni. Campuran jus masam dari buah delima, manis dari madu dan kurma serta gabungan bahan lain buatkan rasa herba yang azalinya pahit menjadi sedap. Minum satu macam tak cukup pula.

Selepas mengambil Jus Dara Vogue dalam beberapa hari, Liez memang dapat rasakan yang badan bertenaga untuk menguruskan rumah. Lagi best,badan kurang lesu, badan rasa segar dan ringan tiap kali bangun tidur. Kalau tidak, memang rasa lenguh sana-sini. Dan Liez boleh tidak ambil sarapan selepas ambil 1 sachet Jus Dara Vogue ni setiap pagi. Memang rasa kenyang.

Dan sebagai ibu yang menyusukan anak dengan susu badan sepenuhnya, Liez suka amalkan minuman yang mengandungi kurma sebab ia adalah milkbooster untuk Liez. Alhamdulillah, production susu badan Liez bertambah dan baby cepat kenyang. Bukan sahaja boleh bagi anak susu minum secara terus tetapi Liez boleh pam dan simpan untuk dijadikan stock sejuk beku.

Liez memang RECOMMENDED sangat Jus Dara Vogue dan amalkan seawal yang mungkin untuk memberikan kebaikan dari segi fungsi luaran dan dalaman. Bukan saja boleh beli untuk diri sendiri, tetapi boleh dijadikan hadiah untuk suami, sebagai hadiah untuk pengantin, berikan kepada ibu dan bapa.

Kaedah Pengambilan : Cara Makan Jus Dara Vogue Yang Disyorkan

1 sachet setiap pagi dan 1 sachet setiap malam. Kalau nak nampak keberkesanan, kena la amalkan mengikut dos yang syorkan. Baru la mantap.

Jus Dara Vogue, Jamu Moden Menarik Dengan Rasa Sedap Delima

Untuk yang ingin mencuba Jus Dara Vogue, boleh hubungi mereka seperti maklumat yang akan Liez sertakan dibawah. Selain itu, jika ada yang ingin menjana pendapatan untuk menjadi agen atau dropship juga amat dialu-alukan. Mana tahu korang boleh jana pendapatan tambahan di masa kita sedang diduga dengan musibah Covid-19 ini.

Harga sekotak (15 sachets)
RM49/sekotak (Semenanjung Malaysia)
RM59/sekotak (Sabah dan Sarawak)

Website : 
https://tejjaherbs.com/

Facebook : 
https://www.facebook.com/jusdaravogue/
Instagram : 
https://www.instagram.com/jusdaravogue_hq/


Post a Comment

25 Comments

  1. macam best je jamu moden ni. kinah pun lately cepat letih. bolehlah cuba nanti

    ReplyDelete
  2. Haaa tengok ramai gak yg review pasal jus ni. Umur2 cam kak min ni mmg doo carik produk camni

    ReplyDelete
  3. Ok.. Mcm best ja.. Kita suka gak jamu dalam sachet mcm ni.. Lebih mudah nak bawak ke mana2

    ReplyDelete
  4. hai,jemput join GA saya..

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete
  5. saya pun consume ni juga.
    memang best pasal badan sentiasa bertenaga.

    ReplyDelete
  6. mudah pengambilan jus ni..jadi senang nak ambil bila-bila masa kan?

    ReplyDelete
  7. Saya rasa kena try Jus Dara Vogue nih bila baca kelebihannya tu bagus sesangat. terutamanya boleh Membuang lemak dan menyingkir angin serta toksik dalam badan

    ReplyDelete
  8. mudah je nak ambil jamu ni ye..menarik ni. bagus jugak tengok kebaikan die tu. dah lama tak makan jamu ni

    ReplyDelete
  9. banyaknya khasiat dalam satu sachet tu! Power lah marketing team dia, cantik betul design packaging yang baru ni.

    ReplyDelete
  10. Haa nice lah packaging baru dia. Baru lah modern n senang nak bawak masok dalam handbag hehe fa pon suke kalau minum jamu rasa delima macam tu.. Nak tryyyyyyyy

    ReplyDelete
  11. Baguslah improved packaging..sacket senang sikit nak consume kan..hehe

    ReplyDelete
  12. Peminat delima here😍 mmg sedap kalau rasa ada buah delima. Tpi tgok herbs2 dia pun mmg bgus

    ReplyDelete
  13. Senang jugak bila packaging buat gini. Mudah nak masuk dalam beg dan bawak ke office. Khasiat pun boleh tahan..nanti kita usyar lanjut ya !

    ReplyDelete
  14. Vogue la akak lepas ni!!! Hahahaha. bagus produk mudah dibawa kemana-mana ni. Saya suka produk sachet camni. sedut je.

    ReplyDelete
  15. Wow just Vogue ni makin ramai lah wanita yang Vouge kat Malaysia lepas ni hehehehe tachooot kita awak hehehe mudah nak amalkan mesti rasa sedapkan...

    ReplyDelete
  16. Baru tau lelaki pun boleh ambil jus nih... Ingat perempuan je.. boleh la try nanti ni...

    ReplyDelete
  17. ramai jugak share kebaikan jamu modern ni. tunggu habis pantang nanti nak cuba la

    ReplyDelete
  18. Honestly kalau bab2 jamu ni mmg sy failed. Takleh telan sebab pahit. So, boleh la try produk ni sebab nak taknak kena jaga badan dah skang. Maklumla dah nak masuk 40 series 😅

    ReplyDelete
  19. Sis pun suka jenis paket macam ni, mudah nak bawa ke mana aje masuk dalam bag.. mesti sedap sebab rasa delima..nanti nak cuba jugalah..

    ReplyDelete
  20. this looks like such a good and healthy product. the packaging also makes this a cute christmas gift idea for friends! thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  21. Woman should consume Jus Dara Vogue. The ingredients are so good for maintain beauty and health

    ReplyDelete
  22. Macam menarik jugak Jus Dara Vogue ni. Orang laki pun boleh minum jugak and Iza suka sebab dia dalma bentuk sachet macam tu. Senang nk consume.

    ReplyDelete
  23. Senang kan bila dapat sachet tu terus koyak dan minum sahaja! Memang memudahkan sangat bila ada jamu moden macam ni kita yang tak sempat pun boleh jadi sempat nak ambil suplemen tambahan untuk badan hee

    ReplyDelete
  24. Bagusnya dalam 1 jamu ni ada mcm2 khasiat bahan yg lain.. Senang xpyh makan satu persatu... Zaman skrg muda dh nak sihat dan cantik kan

    ReplyDelete
  25. Salah satu bahan dia delima.. mmg bagus utk kesihatan luar dan dalaman

    ReplyDelete