5 Restoran Pizza Sekitar Lembah Klang Yang Patut Di Cuba Oleh Pencinta Pizza Luar Sana

5 Restoran Pizza Sekitar Lembah Klang Yang Patut Di Cuba Oleh Pencinta Pizza Luar Sana | PIZZA. Salah satu makan western yang boleh dikatakan mempunyai peminatnya yang ramai di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Bagi peminat pizza, antara yang terbaik adalah pizza yang dibuat dari pelbagai bahan yang berbeza. Apa yang paling penting dalam pembuatan pizza, adalah doh pizza yang tidak terlalu kenyal atau terlalu rapuh. Topping juga mainkan peranan penting dalam menambahkan lagi kesedapan sesuatu pizza tersebut. 


Siapa yang tak suka makan pizza tak tahulah. Yang pasti pizza ni memang sedap dan sesuai dinikmati oleh semua golongan dari kanak-kanak, dewasa sehinggalah kepada warga emas. Pizza ni juga ada pelbagai variasi dan boleh membuatkan diri rasa puas jika dapat menikmati pizza yang benar-benar sedap!

Gabungan doh pizza yang lembut bersama topping yang penuh dengan sos yang secukupnya, benar-benar mengamit selera. Makin best kalau dapat makan ketika masih panas-panas. Terasa cair keju di dalam mulut. Puashati sangat-sangat. Kat mana ada pizza sedap di Lembah Klang KL? Kat sini ada 6 cadangan tempat makan pizza yang menarik untuk kita kunjungi beramai-ramai. 

1. Dave’s Bistro, Bar & Grill
Di restoran Dave’s Bistro, Bar & Grill ini terdapat pelbagai jenis pizza dengan rasa yang pelbagai. Ia mampu menepati cita rasa sesiapa sahaja dan antara menu yang paling popular adalah Traditional French Pissaladiere dengan topping sos tomato, bawang caramelized manis, tomato confit, buah zaitun dan ikan bilis. Gabungan yang luar biasa untuk rasa yang sangat meletup.

Di restoran ini juga turut menghidangkan pelbagai jenis hidangan Perancis dan Itali yang lain merangkumi daging, pasta, pencuci mulut dan lain-lain lagi. 



Alamat: 
Lot G209, Promenade, Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, Selangor.

Masa operasi: 
setiap hari (11.00am - 11.00pm)

2. Eatalia @ Telawi
Apa yang anda akan lakukan jika mahu merasakan masakan Itali? Sudah pastinya anda akan mula mencari makanan itali. Begitu juga dengan Pizza, sudah pastinya ramai antara anda diluar sana sangat meminati pizza asli dari Itali. Tetapi di mana mahu mencari pizza Itali yang sangat sedap?

Tidak susah manapun, anda boleh mencubanya di Eatalia. Apa yang lagi best pasal Eatalia ialah, anda bukan sahaja dapat merasa makanan Itali tetapi dekorasi restoran ini juga mempunyai dekorasi Itali. Jadi, anda akan merasa seperti makan di Itali.


Alamat: 
25, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: 
Dibuka setiap hari (11.00 pagi - 12.00 pagi)

Hubungi: 
03-2288 8188

3. Nerovivo @ Bukit Ceylon
Sebagai sebahagian daripada restoran yang di miliki oleh Nerogrup, Restoran Nerovivo mempunyai reputasi yang sangat baik yang dimiliki oleh kumpulan ini dalam masakan Itali salah satu menu mereka ialah Pizza mereka yang sangat sedap.

Bukan sahaja, menunya yang sedap tetapi juga gaya kontemporari yang terdapat pada restoran ini membuatkan restoran ini menjadi pilihan pencinta pizza di sekitar Lembah Klang.


Alamat: 
8, Lorong Ceylon, Bukit Ceylon, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: 
Dibuka setiap hari (11.30 pagi - 11.00 malam)

Hubungi: 
03-2070 0530

4. Enorme @ PJ Centrestage
Antara pizza yang menjadi pilihan ramai adalah pizza yang dibakar dengan menggunakan cara tradisional iaitu di bakar dengan bakar menggunakan kayu api. Rasanya akan menajdi lebih enak berbanding dengan pizza yang di baar menggunakan cara moden.

Jadi, sekiranya anda mencari pizza yang dibakar kayu bakar yang sangat sedap, Enorme yang terletak di PJ Centrestage adalah tempat yang tepat dan tempat yang patut anda pilih jika hendak makan pizza yang enak dan sedap. Apa yang lagi best anda boleh menggunakan pizza delivery untuk menempah pizza di sini.


Alamat: 
P-G-20, Podium PJ Centrestage, No.1, Jalan 13/1, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: 
Isnin - Jumaat (10.00am - 3.00pm, 6.00pm - 11.00pm), Sabtu - Ahad (10.00am - 11.00pm)

Nombor Telefon: 
03-7661 0651 

5. Bello @ Pavilion
Pavilion merupakan salah pusat membeli belah yang terkenal di negara kita. Disini, bukan sahaja menjadi lubuk untuk mereka membeli belah dan juga menjadi lubuk makanan yang sedap dan menyelerakan. 

Dalam Pavilion terdapat satu restoran yang di beri nama Bello yang diasaskan oleh salah seorang chef Itali yang paling lama berkhidmat di KL, aka Federico Michieletto. Tempat makan kontemporari ini mungkin mencerminkan lokasi kosmopolitan di mana restoran itu berada, tetapi menunya juga banyak menu Itali termasuk juga Pizza itali yang terdapat pada restoran ini.


Alamat: 
Lot. 6.01.03, Level 6, Pavilion, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Waktu operasi: 
Dibuka setiap hari (10.00 pagi - 10.00 malam)

Hubungi: 
03-2148-8108

6. Sassorosso Italian Restaurant @ Lorong Yap Kwan Seng
Jika anda mahukan pizza yang mempunyai rasa asli Itali, Sassorosso Italian Restaurant yang patut anda pilih. Terletak di tengah-tengah ibu kota negara, pengasas restoran ini iaitu Giovanni, sangat menekankan soal rasa kesedapan dan keaslian Pizza tersebut. Sehinggakan bahan-bahan yang digunakan dalam masakannya dan pembuatan pizzanya di import khas dari Itali.


Alamat: 
9, Lorong Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: 
Ahad - Khamis (12.00pm - 3.00pm, 6.00pm - 11.00pm), Jumaat (12.00pm - 3.00pm, 6.00pm - 12.00am), Sabtu (6.00pm - 12.00am)

Hubungi: 
03-2166 6428

Pada masa kini, untuk menempah pizza sangat mudah. Malah, anda tidak perlu bersusah payah keluar rumah dan meredah kesesakan lalu lintas semata-mata mahu membeli pizza kegemaran anda. 



Antara pihak yang boleh digunakan untuk servis penghantaran makanan sercara terus dari restoran ke rumah adalah Foodpanda. Apa yang anda perlu lakukan hanya dengan menempah pizza kegemaran melalui Aplikasi Pizza Delivery dan biar pihak team penghantaran Foodpanda hantarkan pizza itu hingga ke hadapan pintu rumah.



Jangan susahkan diri sendiri dan jangan juga beri risiko kerana buat masa ini masih ada pihak lain yang boleh membantu dalam memenuhi kehendak selera kita yang mahu makan itu dan mahu makan ini.

Post a Comment

2 Comments

  1. sedapnya.. selalu layan pizza hut je.. bila tengok pizza kat sini pehhh.. ada variasi lain..

    ReplyDelete